BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

 Assalamualaikum 

Aduhai lamanya blog ni menyendiri. Bukan apa , minat nak menulis masih ada cuma bila buka blog rasa macam ermmm ermmm ermmm ,idea yang bertakung tadi ,entah ke mana menyerap. Hilang segala buah fikiran.

Hari ni kuatkan hati nak update. Biarlah tiada pembaca tapi ibu nak update jugak. Nak tinggalkan cerita untuk kenangan anak anak bila ibu pulang ke negari abadi.

Saat blog ni ditulis ,ibu usai solat isya. Sementara tunggu daddy balik dari masjid,ibu ambik ruang santai ni isi blog.

Pagi tadi ,sibuk mengemas dapur. Menyimpan pinggan mangkuk yg digunakan semalam. Oh ya ,lupa nak bgtau,semalam ibu ada meeting dgn ajk reunion ex staff sekolah lama ibu.  Ibu masak laksa johor. Alhamdulilah , kawan kawan ibu menyukainya. Sempat jugak hantar kat achik kah. Lama tak jumpa achik. Rindu sangat kat achik. Achik nampak sihat. Alhamdulilah. Dapat peluk dan cium achik. Insyaallah ,nanti nak ajak achik bermalam di rumah.

Alamak daddy dah balik lah. Nanti ibu sambung ya. Nak sediakan dinner daddy. Ok nanti ibu sambung lagi ya.

Ibu sayang anak anak ibu ❤️




Selamat Hari Lahir Merdeka..............

Assalamualaikum....
Apo kaba jah
Semalam Malaysia meraikan kemerdekaan
Ramai-ramai sambut meriah
Satu negara cuti

Ha acik tau
Ada orang sambut harijadi
Sama dengan hari merdeka
Kelas kau jah
Hari jadi ekau
Satu negaro cuti
Hepi besday yo
Donga eh
Dapek hadiah telepon pintar
Wahhh....
Pinjam buat melaram
Buleh?
Heheheeheee.......


Opsss........
termeleretla pulak
Hehehe........

Ingat nak cerit tentang merdeka
Tetiba dah melalut
Hilang idea
Hahahaha
Lain kali lah acik citer
Yo jah..
K bye....
Nak berenang kejap
.......................




Pandangan mata burung atau dari bawah tempurung.............part 1

Assalamualaikum
Amboi tajuk tak boleh kalah,
Puitis sangat
 
Hehehe
Sebenarnya mata ini tak boleh lelap
Banyak sangat tidur siang hari ni
Almaklumlah
Bila badan dah mula uzur
Mudah penat mudah mengantuk mudah terlelap
Nah sekarang, di kala insan lain diulit mimpi
Mata ini terbuntang besar

Sebelum kita tahajud
Mummy nak kongsikan pendapat
Tentang tajuk di atas

Pandangan mata burung
Atau
Tilikan  dari bawah tempurung

Di saat umat islam
Melangkah ke bulan penuh barakah ini
Kita dikejutkan dengan beberapa isu
Yang boleh dikatakan
Mencubit perasaan ramai

Isu-isu kemanusiaan
Yang dekat dengan kehidupan
Antara prinsip dan peraturan
Antara  tindakan dan arahan
Antara ego dan kebijaksanaan
Antara rela dan paksa
Antara kerakusan dan kemanusiaan

Antara isu yang dikejutkan
Anak istimewa adik firdaus
Yang diabaikan kebajikan
Oleh ibu yang mengandung dan melahirkan
Atas alasan terpaksa demi kesinambungan hidup

Isu keganasan rumahtangga
Suami melepaskan kemarahan pada isteri
Isteri melepaskan dendam pada suami
Mencederakan isteri sekuat kudrat lelaki
Menganiaya suami sepuas-puas hati
Tanpa memikirkan inilah insan
Yang pernah membahagiakan harinya
Yang pernah mengindahkan hidupnya
Yang pernah memberikannya kenikmatan
Sebagai suami dan bapa
Sebagai isteri dan ibu

Isu ego tak bertempat
Bila sendiri tidak mampu
Meletakkan diri di paras paling bawah
Menganggap kekuasaannya yang paling tinggi
Meletakkan peraturan tak bertempat
Melayakkan peraturannya
lebih dari arahan Yang Maha Esa
Tanpa rasional akal berkata
Rasa tercabar egonya
Bila ada insan lain yang mengambil tempatnya
Menyambut tangan yang dihulur
Biar pun dia sedar
Tangannya sepatut menyambut huluran itu
Tapi dek ego mungkin keterpaksaan
Ditempelak orang yang membantu menutup malunya
Disindir orang yang cuba melindung khilafnya


Dan banyak lagi isu
Yang kian rancak menguliti
Hari-hari kita di bulan mulia ini
Ironinya isu ini berlegar
Di kalangan kita yang mengaku
Mengucap syahadah

Pernahkah kita fikirkan
Mengapa dan kenapa
Serta bagaimana terlerai dan terungkainya
Cerita-cerita sadis ini
Di bulan istimewa ini.

Carilah jawapannya
Dari mata burung
Usah dituruti telekan dari bawah tempurung
Nanti kita akan dapat jawapan
Seluas pandangan burung
Bukan pandangan di celah tempurung....

Jam mummy sudah 1.53 am
Sudah 2/3 malam
Kita berhenti dulu
Nanti kita sambung part 2
Mari kita selesaikan dulu
Bekalan untuk pulang nanti.....

Wallahualam.


Sahur kat mama kay

Assalamualaikum
Jah o jah
Moh bangun sahur jah


Alahai jah
Pagi ni acik sahur kat mamak
Kata kau!     


Serious jah
Acik tak gurau
Ni hah dok tunggu
Mama kay tu buat roti telur


Kami kat syed bistro
Nak buek camno jah

Hari ni teraso nak sahur
Roti telur
Tak kuasa acik
Nak menebar roti
Pepagi buta


Maka
Jomlah nak
Kita pi mamak


Daddy nya lagi suka
Sambil sahur
Boleh layan bola
Ada gang pulak tu
Adek kan tengah cutI
Sabo je laa.......

















Sembang Jumaat

Assalamualaikum warrahmatullah.
Alhamdulilah, diberi nikmat
melewati ramadhan ke enam
Ramadhan kareem
Allahu Akram

Salam jumaat yang berkat
Penghulu segala hari
Dah baca surah al-kahfi?
Surah yang patut diamalkan
Sebagai pelindungan Allah dari fitnah dajal

Mummy terpanggil untuk bercerita
Bagaimana kita menilai diri sendiri
Bagi mummylah
Jangan menilai orang dengan membandingkan amalan kita
Tapi nilai lah diri kita dengan membandingkan amalan orang

Pendapat mummy
Kalau kita nak menilai diri dan amalan kita
Usah kita syok sendiri
Bandingkan amalan kita dengan orang lain
Contoh nya ; kita selalu ke surau untuk mendengar kuliah agama
Kita rajin ke majlis-majlis ilmu

Sedangkan kawan kita Sibuk dengan kerja
Sibuk dengan menambah pendapatan keluarga
Maka kita buat kesimpulan
Ilmu kita lebih tinggi
Kita orang baik-baik
Itu 'SS' atau syok sendiri

Adalah lebih baik
Jika nak menilai diri
Kita bandingkan diri kita
Dengan amalan orang lain

Mereka yang sanggup berjaga 2/3 malam
Bertahajud dan berwitir
Zikir dan selawat nyanyian mereka
Quran dan kitab hiburan mereka
Sunat dan sunnah amalan mereka
Ditapis dijaga tutur bicara serta segala pancaindera

Letakkan di mana aras kita
Barulah penilaian dapat menjadikan kita
Insan yang lebih berkualiti
Hamba yang lebih baik.


Wallahualam.......



Misi kembara ifftar...

Assalamualaikum.
Ramadhan kareem
Allahu Akram

Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhamaad  Salallah 'alaihiwassalam.

Alhamdulilah, masuk ramadhan kelima.
Jah oooo jah
Tido laie ko?
 Hehehe lupo lak mokcik
Ekau kojo....
Hehehe kojo rajin-rajin jah yo
Nanti rayo a, jgn lupo....
Ulur-ulurla ke mokcik penganggur tetap tanpa pencen ni yo....

Semalam kan jah
Mokcik bawak si kakak,adek dan baby
Gi buka kat masjid
Mokcik ngan pokcik memang dah plan
Ramadhan kali ni
Kami nak didik bebudak tu
Camana rasa orang susah
Camno rasa nak buka puasa
Kena beratur ambik makanan
Bersyukur dengan makanan yang disediakan
Tanpa memilih sesuka hati
Yang penting biar diorang tahu
Ada saudara seagama di luar sana
Yang susah

Kelakar sangat jah
Mokcik ajak diorang naik lart
Turun klcc
Dah janji ngan pokcik jumpa klcc
Lepas tu kita bergerak ke masjid yang dipilih

Plan asal nak ke masjid as-syakirin klcc
Si kakak gelabah
Dia kata , kita belilah roti ngan air sendiri
Kakak tak sampai hati nak ambik food
Takut tak cukup
Kesian kat orang susah.

Alahai anak , ni masjid klcc je
Hari ni cuma testing je
Kat sini , tak semua orang susah nak.
Tapi diorang beli jugaklah roti ngan mineral water

Nak jadi cerita
Pakcik bgtau surau petronas klcc
Ada buat buka puasa dan terawih sekali
Memandangkan first time (wah speaking pulok) nak buka kat masjid
Kami buat keputusan
Kita buka lah kat surau al-muhsinin tower 1 klcc

Berbuka dengan tamar dan air mineral
Lepas tu solat maghrib berjemaah
Lepas tu makan nasi putih
Lauknya ikan kembong berlada
Sup daging
Sayur kobis goreng
Buah tembikai
Air sirap limau.

Menu yang ringkas dan sederhana
Tengok diorang makan sampai licin pinggan
Oklah , mokcik dapat rasakan
Diorang mula faham
Apa yang mokcik dan pokcik nak diorang belajar
Bersyukur dengan rahmat Allah

Hari ni nampaknya kembara ifftar diteruskan
Masjid yang mana?
Nanti mokcik bagi tau ekau yo jah
......

Dah, dah, habis dah
Gi sambung kojo ekau tu
Kang nampak dek boss
Kono potong gaji
Camno nak bagi acik duit rayo?

...... Bye jah,,,,,,

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Ramadhan kareem.

Fuh......lamanya tak menulis
Sibukla jah
Tak tau apa yang sibuknya
Yang penting sibuk
Hahahhaha .......pening arr

Dah puasa kan
Sekejab je masa berlalu
Mummy pun dah agak sihat
Sebenarnya kesenyapan mummy
Selama ini pun
Sebab masalah kesihatan jah
Nantilah , ada masa mummy citer kat ekau ye jah.

Ekau puasa tak jah
Eleh...cam mummy tak kenal kau
Sejak kau umur 13 tahun lagi
Puasa kau dah tak penuh sebulan kan?
hahahahaha......samolah kita........

Hari ni dah masuk ramadhan ke4
Sekojap yo kan
Alhamdulilah puasa kali ni badan agak kuat

Menu hari pertama simple je
Mummy panaskan je lauk yang kawan baik mummy bagi
Gulai patin tempoyak all the way from temerloh
Gulai kurma dan sikit sayur.

Hari kedua mummy masak lemak petola ngan telur
Bawal goreng ,
Mira ngan adek beli siput sedut ngan honey chicken wing
Beli air soya dgn jus buah

Hari ketiga aka semalam le
Mummy buat ikan cencaru bakar
Sup sayur ngan fishball
Adek yang rajin melawat bazar
Beli otak-otak kempas dengan pulut udang panggang

Hari ni tak masak
Hehehe kami plan nak buka kat masjid klcc
Nak rasa suasana berbuka ramai-ramai di masjidz
Lepas asar nanti nak pergi pasar juadah
Beli makanan, naik lrt ke klcc.

So , insyaallah
Blog ini akan kembali berceloteh
Ramadhan kareem
Allahu Akram.

Serangan chicken pox

Hahaha bagi mokcik gelak dulu ye
bukan apa
entri ni dah hampir setahun umurnya
den lupo nak publish
ambik kau jah
baco jo lah
redho ja lah.......
ok letsego.......


Serangan Chicken Pox


Help me help me
Tulun tulun
Chicken pox melanda rumahku
(Sambil lari-lari anak keliling ruang tamu)
Hehehe

Serius jah
Rumah mokcik dilanda chicken pox
Sungguh tidak menyeronokkan
Kalau dilanda kentucky fried chicken
Baru seronok jah...

Semua bermula dari abang
3 minggu lepas
Balik dari kemaman
Muka abang dah penuh berbintik
Cuti seminggu
Sunyi petrosains tak ada incik hariz



Semalam pulak
Pukul 8 lebih
Baru mokcik nok ke dapur
Wat breakfast
Sekolah call


Eh cikgu call
Gila kau sekolah boleh mengecall
Hahahah.....

Puan, boleh tak datang sekolah
Anak puan muntah
Badannya panas
Ha sudah!
Orang balik sekolah pukul 1.00 tengahari
Awak balik pukul 8.30 pagi baby oiii....

Nasib baik abang off hari ni
Jom abang , teman ibu ambik baby
Sampai kat pejabat sekolah
Alololo terus budak kecik tu cembeng
Sedihlah konon nampak ibu ngan abang
Kesian nengokkannya
Habis baju dan tudung kena muntah
Badan pun panas

Sampai rumah terus bagi ubat
Lepas baby tidur
Siadek pulak datang dekat
Mummy , cuba tengok badan adek ni
Sambil selak baju dia

Hahahah omg
Serius mokcik gelak dulu jah
Badan dia dah penuh polka dot
Member jeling tak puas hati
Kena gelak dek emaknya.

Jadinya hari ni
mokcik jadi doketor
merawat orang demam

masib baik abangnya dah agak sihat
tawar diri masak bubur untuk adik-adik
mokcik dah dok boleh gerok
kena kepit ngan adek n baby
kejap-kejap tepek losyen pink
kejap-kejap picit badan
kejap-kejap buat air

kalau kat spital
datang 2 patient ni
mokcik jamin habis berterabur lari misi
tak larat nok layang kerenah
budak berdua ni

dah petang dalam pukul 5 gitu
dapat call
dapat whatsapp
'mom , kakak balik malam ni'
'aik, cuti ke kak'
''ye akak dapat mc seminggu'
'why'
'kakak kena chicken pox'
oooooooooooooooooooo
OMG...........
rumahku diserang chicken pox...


Hasil tuaian hari ini...

ceh tajuk tak boleh kalah
macam beso nau ladang tu
padahal sekangkang kera je

eh dok aih banyak kangkang kera
kalau kumpul 30 ekor kera
baru betul
luas lamanku
30 kangkang kera
hehehe........

petang tadi dah sempat tuai
hasil tangan ku
pokok roselle tu dah nak tumbang
dek berat buahnya
condong semacam dah
hubby pun suruh gunting buahnya
nanti esok nak buat jus

syedap jahhh.....
ekau nak?
mohlah datang rumah ambe
minum jus roselle tanaman organik






dah condong beno dah.....























dijamin mutu keunggulannya
hahaha propa lebih.....


Clix