one day iwent to jj with my dady my momy my abangs and my sister. at jj i meet auntie shanti.she is a kind women.and she give me hand tattoe.
aunte shanti is my own friend.i love her so much. i hope i can see her one day. at jj i went to amusement center. i enjoy with my brother , my sister
and my daddy.thats all i got to go bye.
entry edisi baby...II
celoteh Mummy Cinta! at 14:52 0 comments
hutang budi bawak ke mati..................
hari ni anak bujangku kehilangan dompetnya.
resahnya b ukan kepalang
habis satu rumah kami geledah
masih tak jumpa
mummy dah start bebel
mana tak bebel
dlm wallet tu ada rm200
duit asramanya
dah seminggu diberi tak dibayarnya
amik kau sekali lesap ngan wallet sekali
mummy rasa mesti cicir kat kedai
pagi tadi abang menemani mummy
ke kedai beli ikan
masa kat kedai mummy dah perasan
ada satu group bangla
masuk dlm kedai tu
tengah sorang tu pilih ayam
tetiba kawan dia
tarik ajak keluar
agak pelik tapi mummy wat tak kisah
dia punya pasal lah kan
so bila ptg tadi abang sedar wallet dia hilang
mummy terus terfikir kat group bangla tu
tapi bila abang kata dia letak atas meja
mummy ye kan aje
lepas maghrib tadi
masa mummy nak buat sup ayam
hubby panggil kata ada org nak jumpa
mummy agak terkejut
bila sepasang suami isteri dtg
memulangkan dompet abang
katanya jumpa depan balai polis tmn melawati
wah syukurnya mummy
tak payah wat report and gi jpn buat ic baru
kepada pn jan n hubby
thanks a lot
kalau org lain jumpa
may be tak akan buat mcm
pn jan n hubby buat
mereka sangat baik hati
mereka sangat amanah
mereka sangat peramah
kami sekeluarga terhutang budi
rasanya tiada harga boleh dinilaikan
betul kata orang tua-tua
hutang budi bawak ke mati................................
celoteh Mummy Cinta! at 23:57 0 comments
Labels: hilang wallet
entry edisi baby
dear freind i love you all.dear ayah i love go ride on your motor.and i love you daddy bye.
dear geng i mean shazlin and amira we weal be a geng yeh.....
celoteh Mummy Cinta! at 17:06 0 comments
my lovely baby myra....................
Hari ini bangun seawal jam 5
sementara tunggu azan subuh
sempatlah blog hoping ke fav blog
yg menjadi kemestian
lepas tu mcm biasa
uruskan anak sekolah n rumah
tapi hari ni baby buat hal
tak nak bangun
siap ckp.......5 min pls
bila mummy gerak suruh bangun
dia angkat tangan je
tunjuk 5 jari sambil tarik selimut
kita off aircond pun dia wat tak tau je
mengantuk sangat le tu
as usual mummy tak kan paksa dia gi school
kalau dia tak nak sebab..................................
dia dah gi kindie tu sejak umur dia 2 tahun lagi
so mummy bagi peluang kat dia
kalau boring gi school is ok
duk kat rumah
sebab mummy tahu kalau kat rumah pun
baby akan belajar sendiri jugak
umur 6 tahun tapi dah banyak buku stnd 1
yang dia dah buat
kalau gi book store
tak de dia nak tengok buku pre school
ke rak rev tahun satu lah di tuju
puas mummy pujuk suruh amik buku pre school
tahu apa jawabnya...............
pre school book too easy la mummy
i want the difficult one
the year one book
see bebudak sekarang
tak mcm zaman mummy
apa yg dihidang itulah yg ditelan
tak berani nye nak mintak lelebih
tapi syukurlah
kurniaan ALLAH ini
mummy selalu doa
moga baby @ fatin @ baby myra @ kak bi
akan ikut jejak langkah abang n kakaknya
yg rajin belajar dan sentiasa cemerlang
i love u baby myra...................................
celoteh Mummy Cinta! at 23:13 0 comments
Kepenatannnnn........................
2 3 hari ni agak tight...........................
penat dan sakit kaki................................
4 hari dah berlalu.................................
tinggal 2 hari lagi.................................
mohon kekuatan Maha Esa agar aku terus kuat menempuhinya
tanpa rasa sesal dan putus asa
sudah ini jalan yang ku pilih..................
terima aje lah...........................................
waaaaaaaaaaaaaaaa.......................
rasa nak meraung.....................
celoteh Mummy Cinta! at 01:06 0 comments
Labels: penat
Happy besday adek
harini 22nd june 2009
adalah ulangtahun kelahiran adek yang ke 14
tapi aku ngan hubby dr pagitadi buat dek aje kat dia
kami tau dia dok tunggu wish n present dr mom n dad
kami biarkan dia tertanya
agaknya sedehlah tu semua org tak ingat besday dia
dia tak tau
yang kami dah plan nak bagi surprise kat dia
ni dia masih kat skolah
ptg nanti bila dia pyulang dari sekolah
mesti terkejut beruk tenguk surprise kami untruk dia
harap-harap menjadi
he he he
happybirtday buat anakku
muhammad zayn haziq bin zailan
moga terus dipelihara Allah dunia akhirat
semakin kukuh iman
semakin cemerlang dalam pelajaran
semakin hensem hermmmmm
semakin temokkkk
semakin..............
dah besar kannnnnnnnn
tak boleh nak manja-manja lagi ye
nak air buat sendiri
lalala ibu dah boleh rileks.................................
celoteh Mummy Cinta! at 17:31 0 comments
Quality time for our babies
cewah tajuk tak boleh blah
kasi gempak kata mira.....
so petang ahad tu
balik dr waterfall kat kemensah
kita org rehat dulu
bagi baby tido dulu
cadangnya lepas asar
nak ke bkt jalil jengah abang.
minggu ni abang tak balik
nak siapkan assignment
so cadangnya hari minggu ni
nak amik dia kejab
gi jenjalan satu family
gi makan-makan
shopping sikit-sikit............
tapi dlm kul 2.30 gitu
abang call.....
A : bu , kat mana tu
M : kat rumah. abang kat mana/
A : kat bilik. ibu tak jadi pegi piknik ke
M ; Pegi. Ni dah balik la. mandi pun tak lama.
A :oookejab je lah pegi waterfall tu. best tak bu... baby camana?
M : ok lah tpt tu cantik. tapi yg tak best , abang tak ada. kurang seronok la.
baby kata kalau ada abg lagi best.
A : he he he kesian baby. tak apalah nanti free abang balik la. kita gi ye bu.
M : of course..he he he. abang dah makan?
A : dah. abg mkn nasi lauk kicap je. he he he
M : la knp tak beli lauk.
A : he he he saje...
M ; duit dah abes ke? ni mesti tak de duit....
A : ada lagi sepuluh inggit. simpan utk esok.
M : La knp tak bgtau. nanti ibu gi antar duit.
A : he he he boleh jugak. nak gerak dr rumah ibu call lah abang.
M ; ok. take care.love u. bye
A : assalamaualaikum.
mummy pun apa lagi la gelabah giler.
sedeh lak dengar anak bujangku itu makan nasi ngan kicap je,
abis ku gegar satu rumah suruh siap
kita gi nengok abang.
so dlm kul 4 , gerak terus ke bkt jalil.
hostel abang dekat ngan tpm.
call abg tak berjawab.
dah tiba kat hostel dia ., still tak angkah phone.
tido ke anak bertuah ni.
so mummy decided gi giant kat south city plaza dulu
shoping sikit stok mkn abang
tengah shopping barulah abang call
rupanya dia gi swim.
patut tak angkat phone.
aku suruh je dia jalan kaki ke giant
n teruskan aktiviti menhabiskan duit sang bapak.
lepaas shoping, terus gi makan.
barulah lengkap zailan's family
kita gi kat marry brown je.
oleh sebab father's day
mummy la yg keluar duit belanja makan
sesekali apa salahnya.
makanlah kami sambil bergurau senda
happy betul mummy bila semua anak ada depan mata
bahagia rasanya
lepas makan kami gi main bowling kat tkt 3
kami biar 3 beradik tu main.
sambil melayan telatah baby.
dekat maghrib baru abes main.
lepas semayang magrib kat surau
terus antar abg balik hostel.
straight balik rumah
memasing dah keletihan
sampai rumah , mandi ,solat isyak,
kebabommm semua tumbang keletihan............
penat tapi mummy n hubby happy
coz dpt menggembirakan anak-anak
n spent time ngan baik.............
Alhamdulillah ,
terima kasih Allah atas anugerahMu ini.....................
celoteh Mummy Cinta! at 16:07 0 comments
HAPPY FATHER'S DAY
Hari ni June 21st dikatakan hari meraikan kaum adam bergelar bapa
hari pergi makan sekeluarga dgn membawa hadiah
disulami ucapan dan pelukan happy father's day
untuk insan bergelar ayah , abah , abi , babah, daddy , chek , dan ............
tak tau lah bila 'perayaan' ini bermula
seingat mummy masa kecik dulu
tak pernah pun sambut father's day ni
tapi tetap sayang abah
hari-hari pun hari bapa
hari-hari pun hari ibu
dan rasanya yang tak lupa sambut setahun sekali
hari guru
sebab ptg sebelumnya kena gi kedai
beli tisu sekotak
bungkus dgn brown paper ( dulu buat sampul buku)
untuk dikepit dgn megah pagi esoknya
ya lah tisu sekotak kan murah tapi besar
lebih besar dari hadiah pen youth yg diberi
anak pengurus kat kampung
ye lah......mummy kan anak FELDA
mana mampu nak beli mahal-mahal...................
berbalik pd hari ini
mummy anak beranak pun turut meraikan
hari bapa bersama
ye lah boleh juga jadi waktu bersenggang kami anak-beranak
quality time gitu
so kami ke air terjun kg kemensah
dekat je dr rumah
tak sampai 10 minit pun.
bersukaria lah kami anak beranak disitu 2 jam
tapi tak berapa best
sebab abang tak ada
anak bujang kesayangan kami kat kolej
kalau dia ada
lagi meriah terutama baby
tak apalah
nanti abang balik kita pergi lagi.
tempatnya agak cantik
lagipun bersih je terjaga
tak nampak sampah ke apa
bagus.....bagus....
tak rugi bayar 8 inggit untuk parking
wah bukan main seronok
mira adek n baby
aku tumpang sekaki je
malas nak salin baju nanti
si bapa yang diraikan?
hubby ku lebih senang mengambil gambar
insan kesayangannya bergumbira.................
layan le gambar
lepas ni kami ada agenda lain
di hari bapa...........................................................
celoteh Mummy Cinta! at 22:52 0 comments
HOOLAAAAAAAAAAAA
Lamanya tak up date
dah bersarang
dah bersawang
tapi tak pe............
sekarang dah ada masa semula
bolehlah kembali
memeriahkan dunia tanpa sempadan ni ye
ewah ...................
perasan macam ada pembaca je
tak apa kalau tak de orang baca
den sendiri baca pun bole.........
no hal.........................................
jadi ......
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
celoteh Mummy Cinta! at 19:49 0 comments
English placement Test @ TPC Bkt Jalil
Hari ni ke Kolej Teknologi Park kat Bukit Jalil. Abang ada english placement test. Alhamdulilah anak bujang kesayangan kami dapat tawaran belajar kat kolej tu under mara sponsor. 2 tahun kat TPC dan 2 tahun terbang ke California abes kan degree kat sana. Syukur pada ALLAH kerana memberi laluan mudah untuk abang belajar. Thanks jugak untuk auntie siti yang memberikan info tentang TPC tu.
apa yang mummy peratikan 90% yng mendaftar adalah bebudak dari MRSM. student sekolah harian tak ramai pun. tak tau kenapa. tapi dari perbualan dgn petugas kat situ katanya student sekolah harian tak ramai tau tentang tpc ni dan ditambah dgn rasa ragu-ragu kemampuan kolej ni. tapi bebudak mrsm ni dia orang dah diberi info yg cukup tentang tpc ni.tu yang menderu datang tu.
sementara tunggu abang duduk ujian aku dan hubby layan si baby buat homework dia.tapi sayang camera tertinggal! tak ada gambar la jawabnya.
mcm mana pun harap-harap abang dapat lalui kehidupan di kolej dgn baik. semoga cita-citanya nak jadi mech engnr tercapai. mummy n daddy doakan abang berjaya. belajar rerajin n try dapatkan 4 flat.....................
celoteh Mummy Cinta! at 18:47 0 comments
Labels: Kolej teknologi park