BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Hasil tuaian hari ini...

ceh tajuk tak boleh kalah
macam beso nau ladang tu
padahal sekangkang kera je

eh dok aih banyak kangkang kera
kalau kumpul 30 ekor kera
baru betul
luas lamanku
30 kangkang kera
hehehe........

petang tadi dah sempat tuai
hasil tangan ku
pokok roselle tu dah nak tumbang
dek berat buahnya
condong semacam dah
hubby pun suruh gunting buahnya
nanti esok nak buat jus

syedap jahhh.....
ekau nak?
mohlah datang rumah ambe
minum jus roselle tanaman organik






dah condong beno dah.....























dijamin mutu keunggulannya
hahaha propa lebih.....


Pagi mingguku

Assalamualaikum jah,
Selamat berhari minggu
Cewah macam ke orang bekerja
Padahal awak hari-hari ,hari minggu
Errrkkk ekau paham ke jah.....

Wah best hari ni
Bangun pagi je
Hubby kata,jom pi KLCC
Suka suka suka
Padahal bkn nak shopping pun
Hubby nok gi opis
Nok ambik barang je pun
Tak apolah janji dapat keluar
 La ni kat setiawangsa
Tengah makan roti canai telur
Dioranglah
Hamba minum susu je
Eh,minum susu je pun bagus apa
Boleh jadi juara...hehehe...




















K jah
I have to go
(Nok gi klcc kena speaking londonlah wei)
Nanti kita simbang lagi jah ye...
Byeee.....

Tapak semaian baru

Ni nak tunjuk tapak semian terbaru
mummy guna bekas telor
dari membazir
baik kita recycle
ye dak.......

malas nak taip
tengok gambo je lah



Kebun organik di laman miniku




 Sejak dua menjak ni
Mummy kena jaga pemakanan
Sebaik mungkin kena elak makan
Makanan yang segera atau sayur yg ada racun serangga

So sebagai alternatif
Hubby cadangkan
Kami tanam sayur sendiri

So buat permulaan
Kami dah tanam beberapa
Jenis sayur yang memang sering mummy gunakan
Dalam dapur comelku.

Gembira je hati lihat
Tanaman hidup subur dan
Mula mengeluarkan hasil.





























Sotong/ikan celop tepung

Macam biasa
Sabtu hari kami mengisi semula stok barang basah
Jadi ke NSK lah kami berdua

Wah , hari ni
NSK berhati mulia
Hahaha mulia kata kau jah
Ya lah mana tak mulia
Hari ni ikang-ikang kebanyakan segar bugar
Terbaek dari ladang!

Maka mokcik  mula lah
rambang mata ngan tangan mek
Tak hengat dunia
Paling fresh ikan kembong pelaling ngan sotong
Dalam kepala nak buat celop tepung
Walaupun ,mokcik dok leh makang
Masok tetap mokcik gigih
Kalu dok kesiang ke tok laki mokcik
Ngan anok -anok
(Maaf le , zizan punya pengaruh la ni)

So sampai rumah
Mokcik pung start misi
Membersih dan menyimpan semua
Hasil buruan di NSK
Dan mulakan operasi menyediakan
Adunan celop tepung.
Nok ke resepi?
Moh , mokcik ajarkan deh!


I kg ikan ( sokahati koranglah , hari ni mokcik guna ikan kembung pelaling)
I kg sotong (kalau hok beso tu , pepandailah potong ye)
2 senduk makan tepung gandum ( mesti bff mokcik kat saudi bengang lagi ni.hihi sori da)
1 sudu makan tepung beras
2 biji telur
1 mangkuk air
Sedikit kunyit , garam dan air kapur

Caranya
Campurkan semua bahan dan pukul dgn whisk sampai semuanya bersatu.
Cair atau pekat ikut selera. Kalau cair nanti keraknya halus-halus.
Kalau pekat, keraknya besar-besar. Bersederhana lebih afdhal. Hahaha.
Panaskan kuali. Panaskan minyak. Lepas tu goreng lah jah.
Minyak mesti betul-betul panas ye jah.

Nanti mok cik letak gambo untuk rujukan ye.


















Hari malas seduni

Huwaaaaaa
Apa nak buat ni
Badan rasa berat nak gerak
Rasa nak tido je
 Hubby pulak sangat sweet hari ni
Buat breakfast untuk budak berdua ni
Tq sayang ......
So memandangkan di luar cuaca mendung
Mummy isytihar hari malas sedunia
Hahahah dia yang malas
Satu dunia nak dihasutnya
Sokahati kau la tipah.......

MENYEMAI BENIH DI TENGAH MALAM

hahaha
tengah_tengah malam
kami berdua buat kerja gila
ops jgn salah tafsir
teettttt

lepas habis tengok mega maharajalawak
mummy pun nak naik tidur
hubby keluar nak kunci pagar
bila tengok hubby keluar
mummy pun menyibuk ngekor bontot
lps tu hubby teringat
yang petang tu kami  ke giant
beli benih sayur

terus kata
jom kita tanam nak
mummy apa lagi
terus suka suka suka

akceli tempat semaian dah mummy siapkan
lupa lak nak ambik gambo
esok lah
hujan dah ni

so memalam buta ni
sempat kami semai
sawi,salad,kacang panjang dan bendi
harap-harap menjadi....

fuhhhhh.......

ikan jenahak masak kunyit lengkuas

Salam pagi Jumat penuh barakah
semoga hari ini
lebih baik dari semalam

ada banyak cerita yang nak
diluahkan di sini
namun empunya diri perlukan kekuatan
untuk meluahkannya

baiklah biar kita cerita
benda yang menggembirakan dulu ye
apa lagi yg menggembirakan
kalau bukan hal makan

hihihi
saja je intro nak mengundang....

btw hari ni mummy masak simple je
simple sesimple simplenya
amik kau banyak simple kan

yup mummy masak
ikan jenahak gulai kunyit lengkuas
favorite anak bonsu kami












kalau ada lauk ni
memang bertambah nasi lah jawabnya budak lentok tu

yg mummy kata simple tu
sebab mummy masak lauk tu je
hahahaha  amik nak
atas meja ada satu lauk je
gila pemalas nak gi beli sayur
stok sayur dah habis kata kau.....
so sabar je lah

nak resipi?
mudah aje...

3 keping ikan jenahak
1 biji bawang besar atau 3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sebiji lada merah
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
2 biji buah keras
200 ml santan
sekeping asam keping
garam
gula
1 sudu minyak

caranya

Kisar bawang merah@ bawang besar, bawang kecil,kunyit , lada , lengkuas dan buah keras sampai lumat.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
masukkan 2 cawan air dan separuh santan.
masukkan ikan . biarkan ikan lembut dan kuah jadi pekat.
masukkan asam keping , garam dan sedikit gula.
biarkan mendidih seketikaa.
masukkan lebihan santan. biar mendidih seketika.

*** jangan biar mengelegak, nanti pecah santan.

senang sangat kan?
ha apa lagi
pergi lah cuba.

kalau sedap bagitau mummy
kalau tak sedap
eh jangan salahkan saya
awak silap bahan kot........
hihihi.....



Terima Kasih Allah

Assalamualaikum.

Lamanya tak menulis
rindu rasanya nak menulis semula
insyaallah
akan kerap menulis

hari ini
3 januari 2013
dah 3 hari lembaran baru
berlalu meninggalkan 2012
yang penuh kenangan
pahit manis masam kelat
semua tinggal kenangan
untuk dijadikan tauladan  dan sempadan

bagi empunya blog
2012 merupakan tahun penuh cabaran
buat diri ini , suami dan anak-anak
tahun yang mengubah iklim kami sekeluarga
tak tahu nak react
yang pasti kisah ini telah merubah hidup kami sekeluarga
namun kekuatan ketabahan dan keyakinan
telah membantu kami bangkit semula

semoga 2013 ini
akan kami lalui dengan pengalaman baru
yang lebih mematangkan
dan meningkatkan kualiti hidup kami sekeluarga
insyaallah.












suami tercinta yang sentiasa setia di sisi saat senang dan sukar
terima kasih abang.












abg hariz yang tabah dan kuat












kakak mira yang sabar , optimis dan tabah
tq kakak












adek haziq yang sentiasa tenang dan sabar












baby yang kuat dan bersemangat
kalian penguat semangatku
Terima kasih ALLAH








Happy Birthday Mira....

Hari ini 19 tahun nan lalu

masih segar dalam ingatan
malam sebelumnya
mummy rasa sangat letih
seawal jam 10 mlm
mummy dah lena di buai mimpi

nasib baik petang tu
hubby kembali dari offshore
so , daddy take over
melayan kerenah abang
yang waktu itu
berusia 1 tahun 4 bulan
tengah nakal.

bila dah tidur awal
jawabnya awal subuh
mata dah terbukak luas
seawal 4.00 pagi mummy dah terjaga
cuba tidur tapi tak boleh
so mummy capai towel
dan terus nak mandi

masa nak mandi
mummy sedar ada lendir berdarah
kat panty
mummy berdebar tapi tak rasa sakit
so mandi je lah...

selesai mandi sementara tunggu azan subuh
mummy rasa macam tak selesa
apakah tanda awal ni
kalau ikut due date 1st march
ini baru 16th december
oh...no!!!!!

lepas solat subuh
mummy rasa macam bleeding
check kat toilet...betullah
terus bgtau hubby
MIL pulak macam biasa
buatkan susu dan suruh mummy minum
susu and roti bakar jadi pengalas perut

lebih kurang jam 7.00 pagi
mummy rasa contractions
mild je tapi rasa tak sedap hati
bgtau hubby, so kami bergegas ke hospital
nasib baik hospital dekat je

sampai hospital
doktor check dah 9 cm
and can deliver anytime
wah !
mummy tak rasa sakit sangat
jam 7.30 pagi
dgn sekali push
lahirlah puteri yang dinanti
sangat comel dan
saat daddy mengiqamah ditelinganya
matanya terbuka luas dan tersenyum
di beri nama FATIN UMMIRRAH BT ZAILAN


senang sangat melahirkannya
semudah mengandungkannya
tanpa sebarang kerenah ibu mengandung
senang jugak menjaganya sepanjang dalam pantang
bayi yg comel dan montok
berat 3.0 kg lahir pada 16 disember 1992



dari kecil anak yg mudah dilentur
seawal usia 3 tahun dah boleh membaca
mendengar kata
tapi manja sangat dengan daddynya
daddy princess.............
sangat mudah memahami
pintar, keletah , periang dan lasak
maklumlah atasnya abang
so perangai lasaknya tu
menjadilah

cuma ada masalah lelah
biasalah baby pra-matang kan

buat anakanda
buah hati bonda
selamat ulangtahun ke 19
dah besar anak ibu

mummy doakan agar kakak
jadi anak yang solehah
cemerlang dan terbilang

mummy dan daddy
sangat sayang akan kakak
mummy harap kakak pandai jaga diri dan maruah

mummy dan daddy
sentiasa berdoa agar kakak
dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat
berjaya dengan cemerlang
dapat dekan lagi sem ni
dan berjaya mencapai cita-cita
menjadi manager bank yang terbilang
suatu hari nanti, insyaAllah...........

dan last but not least
ibu doakan kakak dipertemukan jodoh
dengan muslim sejati
yang boleh sama-sama berpimpin tangan
menuju ke syurga jannah, insyaALLAH.............

sayaaaaaaangggg kakak........

Clix