BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jangan Tinggal Daku

Ku kira lama sudah kamar ini ditinggalkan sepi. hasrat untuk menarikan jemariku di sini sudah lama , namun ku perlukan kekuatan untuk itu, setelah diriku dirundung duka berpanjangan. Peristiwa paling pilu dalam hayatku , peristiwa yang tidak pernah ku pinta hadir dalam hidupku telah meerampas kegembiraan seluruh hidupku. kejadian yang menoktahkan keterujaanku menatap fajar syawal yang bakal menjelma. Indahnya fajar syawal bagiku kini dilindungi gumpalan medung yang tak akan berarak pergi

Ku kira ketika kehilangan mertua yang ku anggap sahabat paling akrab dalam hidupku telah meletakkan aku jauh ke dasar kelukaan. Aku silap. Rupanya ada kelukaan yang paling parah ku rasakan kini. Betul kata orang, bumi ini bulat. Ada kala kita di atas dan ada kalanya di bawah. Kini aku berada jauh di bawah. Diri ini jauh terperosok ke jurang kelukaan. Luka yang hanya boleh di rasa. Luka yang tidak nampak titisan darahnya, namun denyutannya tak pernah henti.

Ramadhan yang membawa seribu rahmat ini saja mampu membalut sedikit kelukaanku. Memikrkan keberkatannya, hatiku sedikit tenang menghadapi musibah yang melanda.

16 Ramadhan 1429 bersamaan 16 September 2008 mejadi tarikh yang menerobos kegembiraanku ini. Subuh hening itu mengegar seluruh jantungku bila telinga ini merima berita pilu kehilangan bonda tercinta. Oh tidak ! Tidak tergambar betapa pilunya hatiku menatap tubuh kaku pilu ibu yang sembilan bulan sepuluh hari mengandungkan ku itu. Tenang dan damai wajah yang telah dua tahun menanggung derita itu seolah-olah telah terlepas segala beban yang ditanggungnya. Bibirnya ku lihat seolah menguntum senyuman kepuasan kerana seakan puas akhirnya dapat bertemu penciptanya. Sehingga sewaktu memandikan jenazahnya dapat ku lihat airmata di kelopak mata. Adakah itu titisan gembiranya kerana kembali menemui pencipta atau kerana kepiluannya meninggalkan kami anak-anak dan suaminya???

Ya Allah kau berikanlah kekuatan bagiku menghadapi semua ini. Tenangkan hati ini. Ku pohon agar kau ampuni dosa bonda ku HAJJAH HENDON BT HASHIM. Kau pelihara dirinya. Letakkan dirinya di kalangan insan yang beriman dan beramal soleh. Permudahkan dirinya sehingga hari kebangkitan nanti. Demi susunya yang ku minum, Ya ALLAH kau masukkanlah ibu ku itu ke syurga Mu yang indah agar dia gembira selamanya di sana. Amin Ya Rabbil Alamin.

0 comments:

Clix