kelmarin pagi lebih kurang jam 10 pagi , sedang aku memandu nak ke jj , ku terima sms dari kak zam kakak angkat ku dr kemaman. '"salam , anak sulong mubin meninggal petang semalam krn lemas air" Inalilahiwainalilahirojiun. hanya itu ayat yg mampu keluar daari mulutku. serta merta airmataku deras mengalir.
perlahan-lahan ku hentikan kereta di petronas , sambil mengucap panjang. anak-anak yg tak tau punca agak bingung melihat keadaan ku. Mira sibuk bertanya. aku ambil beberapa minit utk tenangkan diri. dah reda baru aku call balik kak zam utk dpt kan cerita yag sahih. sebelum itu aku sempat antar sms kat hubby yg tengah meeting.dia pun terkejut.
Arwah Amirul anak wan dan mubin sahabatku itu sebaya ngan Mira. Seorang anak yang comel dan baik. Terbayang dimataku wajahnya yang sentiasa senyum. aku suka mengusiknya waktu di sksi dulu. masa ku tinggalkan kemaman , usianya baru 8 tahun. lama dah tak tengoknya. muka bulat seiras ibunya yang manis itu membuatkan airmata ku masih menitis hingga kini. Dia terlalu muda.Baru berusi 17 tahun. Masih jauh lagi perjalanan yang sepatutnya ditempuhi namun ALLAH terlalu sayangkannya.
Dapat ku rasakan betapa pilunya hati Mubin dan Che Wan Norlia.Ye lah kehilanngan anak sulong kesayangan. Apa tah lagi Arwah , satu-satunya anak lelaki tunggal mereka. Dapat ku bayangkan betapa remuk hati mereka. masa aku call kak zam , dia bagitau ada kat rumah Mubin dan offer aku cakap ngan Mubin, tapi aku x bole cakap. aku sedih dan aku takut kalau aku cakap , aku akan menambah kesedihan mereka sekeluarga. ku hanya mampu menghantar sms aje. sori wan/mubin , kaktie tak boleh berckap ngan kamu berdua, kak tie takut akan menangis dan tambah lagi kedukaan kamu berdua.
But Mubin dan Wan , tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk hadapi semua ini. Memang kita sayang pada arwah , namun Allah lebih sayangkan dia. Kak Tie dah rasa betapa pilu kehilanngan insan yang kita sayang yang pergi secara tiba-tiba. Pilu hati bak di rentap jantungnya. Hadapilah dugaan inni dengan redha. Insyaalah perjalanannya akan selamat. Usah risau , arwah anak yang baik. Pemergiannya pun di hari mulia, hari jumaat dan punca kematiannya pun akibat lemas yang mana salah satu dr mati syahid. Redhakan pemergiannya agar rohnya tenang disana ye dik.
Alfatihah..........
Amirul telah pulang.................:(
celoteh Mummy Cinta! at 09:35
Labels: amirul meninggal pilu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment