BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kemalasan...

wuhuuu..mahap la da lame tidak meng-update blog ini..akibat kemalasan tahap gaban mummy gue tuh tak reti2 update!hahaha..*waaaa kutuk mak aku weyhhh..larikkkss

hehehe...tapi sebenarnye mummy malas sbb susah die nak update ngn segala keje bagai kene wat..da name rabun IT..hehehehhe *ala, mira pown same juga! :P

tapi blog ini akan jarang di update..dan akan depend pada tahap kerajinan sahaja! *gila tak tegar..hahahha

tapi takpe..cuz any updated entry ade kat blog mira...juz pegi sane n tengokla kegilaan keluarga cinta ini! welll..SALAM MAAL HIJRAH! :)

selamat pengantin bru ceera n ciput........part 1

Memeriahkan lagi pesta perkahwinan ceera-ciput , mummy turut menyertai ribuan tetamu (memang ramai lah) hadir. pgi tu siap dlm kul 11.00 , kul 12.00 terus ke jj. mulanya nak ke jj wangsa mju but then hubby said jom gi jj au2 tu. ala jj tu bru buat opening kan. layan je lah.

selepas pusig 2/3 kali, mira pilih haiah tu pengantin , terus ke service kaunter , minta dia wrapkan hadiah tu. then gerak ke cheras baru.


On d way , ujan dah start turun. alamak camna ni , he he he kalu kat trg org kata pengantin banyak makan budu......... tapi mummy kt ujan rahmat. insyallah lepas ni rezeki ceera suami isteri mencurh-curah bak ujan tu. so mummy n mira dah mula cuak. hubby kata ok. ujan sikit je. lagipun ujan air, bukannya ujan batu .............

sampai kat umah pengantin , dah terpacak kat tepi tu penyambut tetamu nan manis , sisepet. alahai tecik je adik kita tu. comeel sesangat. seriusla...dia org adik beradik comel-comel belaka.
bz beno zacku memandu arah para tetamu yg mungkin x jumpa jln.


ujan dah mula lebat, we ol terus lari masuk khemah. mira dok cuit mummy kata mom tu vp la. wah lagggi comel sikakak ni.mummy pun terus pegi hi kat vp. kesian tenguk dia.nampak keletihan sikit.biasalah tu.sapa yg pernah alami je yg tau.

lepastu hubby ajak gi makan dulu , tengah amik lauk ,mira cuit lagi , mom tu auntie red la. si mira ni dlm blog bkn main kecoh , actualy kalau org x biasa , dia agak malu kucing gitu...ha ha. ngikut bapaknya yg agak pemalu......maknya???????

mummy pun apa lagi teruslah gi tegur cik red. comellah dia. kecil molek kata org ganu. sigegirl pun comel.sbb ujan x leh nak sembang lama. dah kelencunan.....tapi...waaaaaaaa lupa la nak amik gambar ngan red. anyway best ....dpt tengok para blogger berkumpul. camera lip lap , cm artis. tapi serius cakap pengantin memang de bomm la. cantek bebeno. comel sesangat, bak puteri.........

cerita lawak......

cerita agak lawak berlaku masa nak anta fil ke klinik semlm. masa tu ujan , walaupun renyai namun agak lebat jugak la. sebaik nak masuk keta , hubby call kata dah dekat depan zoo. ye lah umah kami kat belakag zoo tu aje. so hubby suruh tunggu dia.

kami pun tunggulah kat depan umah tu. lalu satu kereta , bukan hubby. ye lah waktu tu kan lepas maghrib, agak gelap jugklah. dah lah lampu jalan tu mampos. aku suruh adik perati betul-betul.

x lama lepas tu ampak keta slow, hah sampai pun hubby kesayanganku itu. ket makin slow , aku pun hulur tangan nak buka pintu kereta , tpi aik ada 4 org dalam keta tu , sapa la pulak. keta pun x berenti terus jalan and stop kat depan rumah jiran ku. ha ha ha siadik dah gelakkan aku yag dok terpinga-pinga. bukan dd lah mom , uncle nik tu. la jiran aku rupanya. dah keta sama , warna sama n plat no pun dekat-dekat. agaknya abang tu dok gelakkan aku . malu oii. sudahlah penuh satu family dia dlm keta tu. alahai wt de aje lah. nak wat camana...............

ke klinik lagi............

baru balik dari klinik . fil kena attack athsma. mulanya dah pujuk ajakgi klinik pagi tadi , tapi biasalah kan , orang tua. nanti dia makan tahun. bila dah x tahan barulah nak pergi.



so lepas maghrib tadi , call hubby kat opis , bgtau nak gi klinik. pesan kat mira suruh bagi baby makan , ditemani adik kami terus gegas ke klinik medik taman melawati , nasib baik hubby pun sampai on time.



sampai klinik , dok tengah solat . sib baik org pun x ramai. tunggu 10 minit gitu , dah dpt jumpa dok. amik nebulizer. then ok , boleh balik. ni dah kat umah. baby pun dah makan. bagus kakak... sakit-sakit pun boleh harap jaga adik. tapi best hari ni, mummy , abang n adik dok sakat mira je. he he he bila lagi..........

dah tiba ...yey

kul 1.00 lebih sampai kemaman. ingat semua dah tido.tengok-tengok mira ngan adik masih dok ngadap game. abang je dah tido. melompatlah anak dara mummy tu dpt coklat. dia memang antu ncoklat. semua anakku antu coklat. ngikut daddynya. ye lah hubby kalau out station abis coklat kat duty free tu diborongnya. he he he habis katanya.

weiii penat sei. jammed tak hengatla. ye la semua orang nak balik kg. dah la ujan. lepas tu ada satu bas expres tu mcm nak racing kat jalan tu. hubby dah bebel-bebel dah.

dah sampai tu , tengok tilam , terus landing merehatkan tubuh. ingat nak rehat kejab , bukak mata je hubby sound , yang bangun dah kol 7.00. hah!!!!!!:o sib baik ku cuti ari ni ,, kalau dak subuh gajah you..............

nak buat sambal nanas?????????


sonang baitu....................... ada yang tanya camana nak buat sambal nanas tu ye. ok mummy ajarkan.

kena ada nanas , sedikit belacan bakar, cili (terpulang nak pedas cili padi , nak yang manja-manja letak je cili segar) , garam dan gula. sukatan ikutlah banyak mana sambal yang nak dihasilkan. kalau x boleh makan belacan, dont worry. tak usah letak belacan. macam mummy memang x letak belacan sbb hubby x bleh makan belacan. nanti dia hak..cuuuuuuuum. kalau ada lesung batu , tumbuklah lada ,belacan dan sedikit garam sampai lumat. dah lumat tu , masukkan nanas. jangan tumbuk. cuma lenyek-lenyek je ngan anak lesung tu. dah tu rasalah. kalau masam sangat,letak sikit gula. tapi kalau guna nanas madu tru, x yah la letak gula. mana yg tak ada lesung tu , masukkan dlm blender kesemua bahan dan blend la sekali dua je. x perlu letak air. dah siap.

bole la layan ngan nasi panas , ikan masin dan ulam-ulaman. (menu ujung bulan waktu bujang dulu hehe he)

tak sabar......

wah dah jumaat ari ni. maknanya petang nanti kami gerak balik kemaman. x sabar mummy nak balik. jumpa my babies. mummy rindulah kat abang , mira n adik.

bukan apa, anak-anak mummy tu manja-manja. so kalau x ada terasa sangat. kalu dia orang ada, memang penat layan kerenah sengsorang. tapi mummy happy , walau kadang kala agak meletop bila diaorang buat perangai. namun mummy bahagia dan bangga punya mereka.

petang ni hubby kata nak gerak pukul 5.00 , lepas pejabat. so mummy plan nak buat donat. tu hari masa kat kemaman mummy buat donat x jadi, yis tu dah kong. donat mummy jadi kayu keramat. dok situ t mengembang. he he he. so sat lagi nak uli tepung. goreng sikit je. boleh bawak balik kemaman.

so anak-anakku tungguuuuuuuuu. malam nanti mummy sampai ye....muahhhhh

kerabu pucuk paku


hari ni mummy nak ajar buat kerabu pucuk paku. bahan-bahannya ;



secekak pucuk paku segar ( yg dah layu x sedap)

3 biji cili segar ( kalau nak pedas , tambah sikit cili padi)

3 ulas bawang merah

satu sudu udang kering ( rendam dalam air , dah kembang toskan))

3 sudu besar kelapa parut.

limau kasturi , garam , gula



caranya



bersihkan pucuk paku. ambil daun dan pucuk muda je.

tumbuk sampai lumat bawang kecil dan cili.

dah lumat , masukkan udang kering yang direndam. tumbuk sampai lumat.

gaulkan bahan yang ditumbuk dengan kelapa parut.

panaskan kuali dan masukkan pucuk ubi dan kelapa parut yang dah digaul bahan tumbuk. goreng sampai naik bau dan ringan ( api jgn besar , nanti hangus)

perahkan sesudu air limau kasturi. masukkan sedikit garam dan gula.

rasakan masam , masin dan manis.

hidangkan sebagai lauk pembuka selera.





selamat mencuba.........

Internet Down

Wow...internet down tday

sambal sotong kesukaan anak-anakku


Anak-anakku memang x suka makan cili. kalau masakan tu pedas , memang tolak tepi la. tapi kalau tomyam tu makan pulak . pedas pun pedas la. so kalau nak masak sambal tumis , aku akan letak bawang banyak-banyak sehingga hilang rasa pedas. so hari ni mummy nak share resipi sambal sotong yang x pedas untuk mereka yg x makan pedas. he he he

mcm biasa bahannya
sotong segar 1 kg ,
2 sudu besar lada kisar (cili segar) ,
3 labu bawang besar(2 dikisar , 1 tu dihiris bulat) ,
5 sudu air asam jawa ,
3 btg serai,
2 sudu besar minyak masak ,
sedikit daun ketumbar , garam dan gula.


bersihkan sotong. (kalau besar potong beberapa bhg). panaskan minyak dalam kuali , tumis lada hingga masak ( lada kalau dah masak, terbit minyak), masukkan bawang kisar dan serai yang dititik. biarkan hingga bawang betul-betul masak. masuk air asam jawa (sukatan asam jawa , jgn banyak air dan ikut kemasamannya sbb ada yg masam n ada yg kurang masam), biarkan didih sekejab. masukkan sotong. tutp seketika. (jgn lama , nanti sotong keras) masukkan garam dan gula. rasakan keseimbangan rasa masam , manis dan masinnya. sebelum angkat taburkan daun ketumbar dan bawang yg di potong bulat tadi.

beberapa petua ;

jgn masak sotong terlalu lama kerana ia akan keras dan tidak enak dimakan.
untuk mengelakkan sotong menjadi keras , celur sekejab sotong dalam air panas sebelum dimasak.
bancuhan air asam jawa, biar pekat kerana sotong mengeluarkan air apabila dimasak.
kalau terlalu masam , seimbangkan dengan manis.
kalau terlalu pedas , seimbangkan dengan masam dan manis.
kalau terlalu masin , seimbangkan dengan masam dan manis.
kalau terlalu manis , seimbangkan dengan pedas dan masam.

* manis : gula pasir , gula melaka , gula batu , air rebusan udang , sotong or ayam , udang kering.
(elakkan guna aji no moto)

masin : garam la ( jgn masin sangat , nanti darah tinggi pulak)

masam : asam jawa , asam keping/gelugur , perahan limau nipis/kasturi , cuka , buah
tomato separuh masak , belimbing buluh , mangga muda , sos tomato

pedas : cili kering/segar dikisar , cili padi , sos cili , cili serbuk , serbuk kari ,


selamat mencuba..............



ps.... waaaaaaaaa mummy rindu kat anak-anak...............sob sob sob

baby yang kebosanan ................

hari ni bz sikit. lepas hubby ke ofis , mummy terus kemas rumah , masuk baju dlm w/machine , dan gerak baby n azu. b tw azu ada kat umah sbb emaknya kena outstation. lepas siap mandi , baby sibuk nak mkn roti canai. mummy pun bawaklah dia org kr rest melati. baby n azu mkn roti canai. mummy order tosai. lepas mkn , ingatkan nak gi jj , tapi baby lak sibuk , mummy i want pass motion. uish kacau daun betul.



baby pulak jenis memilih toilet , so sblm dia melepas dlm kereta , baiklah ku batalkan aje niat nak membantu jj tu.



yang angin tu , sampai rumah , sori mummy i dont want go to toilet but i want to watch astro ceria. wahhhhhhhh angin gue ye. sabo je le.



tengah mummy dok menyapu , si baby dah sibuk , jom la mummy kita gi jalan. boring laaa. boleh gitu. awak tu baru 5 taun. yg sebenonya mummy pun boring. kwn gaduh mummy , si mira , abg n adik ada kat kemaman. tak kan nak gaduh ngan baby lak. ilang akal kau.



so mummy pk punya pk , jom baby kita gi klcc. gi aquaria. baby kan suka fish. wah apa lagi , melompat la si baby. call hubby , sib baik dah abis meeting, then kul 11.30 gerak dr rumah menuju klcc.



seronok baby terus menjerit-jerit seronok.............aquaria tungguuuuuuuuuuuuu.............

blog baru mira...

hehehhe..mira menceroboh sebentar blog mummy sebab nak tengok update2 yang tertunggak...*ceyh, cam mira je manager bolg ni! :P

alaa...yang sbenarnye mira getik je updatekan blog mummy sbb nak men-war2 kan blog baru mira..

mummy kan da amik balik blog die nie..so, terpaksa la mira lari cari blog sendiri! wahahha *uisshhh.mira yang getik nak blog baru sbenarnye! :D

so, sila la ke blog mira yang baru =======> http://thecintadiary.blogspot.com/

hehehe..okeyla, mira kne lari sbelom mummy taw!wahahahhahah

menu sihat hari sabtu ku


selesai brkfst semlm , teruslah mummy mulakan misi memasak. menu hari ni simple je masak sambal tumis sotong , asam rebus ikan kisi dengan nanas , ikan goreng, kerabu pucuk paku , sambal belacan nanas n ayam goreng serta ulam pucuk putat dan timun. sangat sedap kan. sesekali dapat makan lauk kampung cam ni , kata org mertua lalu pun , x nampak. yo la dh dia lalu kat belakang mana nak nampak kan.


by the way , ada yang ym mummy tanya resipi masakan kampung , hah hari ni mummy nak kongsi resipi sempoi mummy yang sihat dan sedap ( kat tekak kami lah pastinya , org lain x tau la)


resipi pertama ialah ikan kisi masak rebus asam ngan nanas.


memula mestilah ada sebiji nanas separuh masak , ikan kisi (yg mcm ikn merah tapi kecil n banyak sisik) , serai 3 btg , cili merah , nak pedas campur sikit cili padi , buah tomato yang masak , 3 ulas bawang kecil , sedikit kunyit , 2 keping asam keping/asam gelugur dn air.


memula didihkan air dalam periuk. ikut sukalah banyak mana kuah yang kita mau. kalu mummy , anak-anak suka banyak kuah. sementara air mendidih kopek nanas dan hiriskan macam kita hiris buah mangga tu. nipis aje. lepas tu kisar lada , bawang , kunyit , buah tomato dan garam. titik serai. dah tentu bersihkan ikan tu n buang segala isi perutnya dan sisik. ( kang ada yang masukkan ikan x bersiang..keh keh keh) , bila air dah mendidih , masukkan semua ramuan yang dah dikisar tadi beserta serai yang ditik dan asam gelugur. biarkan mendidih utk seketika, masukkan nanas. (tak perlu celur dulu nanas tu) bila nanas tu dah lembut , bolelah masukkan ikan. rasalah masam , masin dn manis kuahnya. kalau kurang masin tambahlah garam , kurang masam tambah lagi asam keping n kurang manis masukkan sikit gula. biarkn mendidih but seketika.


kalau ada yang nak cuba , bolehlah cuba. sedap dan berkhasiat lagi seimbang. bagus utk yg nak diet. ( hurmmm mummy tak juga kurus keh keh keh)


selamat mencuba. kalau sedap bagitau mummy , kalau tak sedap tu dendiam aje buang dlm tong sampah keh keh keh.

misi jalan-jalan cari makanan

macam biasa la kalau balik kemaman, lepas subuh je aku n hubby terus siap nak ke pasar. memang itula rutin kami bila balik. cari kuih tuk brkfast n lauk utk lunch. anak-anak semua tido balik lps solat subuh. dah tido nya lewat. qada la apalgi. bagi la can kat dia org. cuti skolah kan..



so kami terusla ke pasar kemaman. mulanya nak beli nasi dagang tapi nampaklah pulut kuning, dah lama x mkn pulut kuning, so aku amik 5 bungkus. lepas tu beli nasi dagang 2 bungkus (x sedap langsung), ketupat palas n sikit kuih. ok misi cari bfast selesai. second misi lak, cari lauk utk lunch.



terus ke wet market, tengok laaaa x ada ikan. ada tu adala tapi sikit. selalunya wet market ni meriah dgn ikan yang segar bugar. tapi hari ni ala-ala aje. musim tengkujuh sudah meerjah pantai timurkan. so aku beli ikan kisi n sotong je. itu pun mahallah. biasanya sotong kecil ni harga cuma 8 higgit je, tapi hari ni 12hinggit .mahal tu. then beli ayam. ye la anak-anak ku suka ayam. x ada lauk lain pun x apa, asal ada ayam goreng kunyit pun jadilah. beli utk seminggu punya portion. next friday kami balik semula ke sini utk raya haji kan.



so lepas tu gi bhgn sayur pulak. beli syur yg tahan lama. kacang panjang, petola , salad dan aku beli pucuk paku sikit. ingat nak buat kerabu pucuk paku. lama dah nak buat tapi kat kl kan susah nak dpt pucuk paku yang segar. so tenguk kat sini,sayurnya segar bugar esp sayur kampung. best betul. then kami gi beli nanas madu. murah betol kat sini. kalau kl kecik tu dah rm 3 kan. tapi kat sini rm1 je. tapi yg size kecik tu dah habis, aku amik g agak besar sizenya, rm2 je sebutir. so hubby suruh amik 3 biji. mission completion. gerak balik rumah.



sampai rumah semua anakku dah bangun n memasing buat muka sengal. kelaparan la tu. nah makan lh anak-anak ku.....ni memacam mummy beli tuk korang..........

balik cuti di kampung

due cuti sekolah nan panjang n hubby ku kebzian yg amat , aku n hubby pun anto anak-anak blk kemaman. duduk ngan atoknya. ye la , setelah kematian mak (mil), bak (panggilan utk fil) duduk sorang. dah la baru ni msk spital , sib baik masa tu dah cuti, kami antar mira n adik balik jaga atoknya. bergilirla dua beradik tu kat spital jaga atoknya. syukur anak-anakku dah boleh diharap. abg kan peksa. jadi tinggal baby ngan abg la kat kl .



so skarang abang dah abis peksa, dia nak duduk ngan atoknya, kami antarla. ptg smlm lepas hubby balik keja kami bertolak balik ke kemaman. kol 9.50 mlm baru sampai. disebabkan kami x berenti mkn , aku terus la singsing lengan buat nasi goreng bodoh. he he he bodoh katanya sebab x de apa-apa pun rencah, cuma letak telur je.



anak-anak pulak dh sampai kemaman , joli la dengan psp la ps3 la komputer la. ehh anak-aak aku ni hari sekolh diharamkan menyentuh segala game ni kecuali komputer. semua kena msk simpan dlm lemari maknya. bila cuti barula segala mak nenek game ni keluar. hubby pulak melayan hobi anak-anak bujangnya. aku ngan mira x lain, sibuk layan blog la.



ahad ni balik kl. hanya aku baby n hubby je balik. 3 org tu tinggal atoknya. pepandai korang la bawak diri ye.



ps... mira, jgn marah , sogo ngah buat sale. mummy nak gi joli shopping . he he he

monster mengamuk..

smlm weols lepak2 kat hall...monster kecik ni lak bad mood..ntuh hape2..suka suki die je mrh sume org

lps tuh..abg pon dtg usik2..fyi, abg mmg ske kacau baby..so, klu mengamuk ke hape ke..abg la tolong settle! heheh

hbs sume org die mrh..sape tegor je kne mrh.."waaa! Weeiii! wuuu!"..cam kne sampuk pun ada!hehe*larikks

so, kije org len batu api r kan..lg die mrh lg weols kacau...and sasaran die abang la..ntuh hape mye mood...dtg bulan mengambang kowt! :P


so, ble da lme sket br die okey..xmrah2 da..gelak2 je manjang..sbb die dpt tendang abg die..*kuat jugak baby nie erk?huhu
tp, benda ni tak sampai ctu..ble weols kuar rumah die sambung mengamuk dlm keta..nsb bek la die xmengamuk sgt...die menangis je..hehehe..
p/s : sejak bile baby pediod?huhu

secret recipe..

mummy amik mira kat skewl around 10 n trus pegi cr place to eat..mira da mmg lapar tahap gaban..

pagi before gi skewl tak makan cuz gubra ngn tangan sejuk je..ye la, lme tak interview kan..pulak tu ingt ade pengetua *budus toll...

mummy amik ni..ape tuh name..sedap salad die :D

dr skewl trus we go to secret recipe kat tmn melawati je..ye la, kan kat2 ctu br nk membangun! xyah gi jauh2..*yeeehhhahaaa!!


mira amik makaroni...ade prawn n mushroom..

tp, the foods yg mira pilih today tak brape sedap..tp mkn gak la!hehehe

head prefect's interview..


yes! pg td mira pegi skool for interview ketua pengawas..

wah? memeranjatkan...hehehe..actually mira takut gak nk pegi..tkt nk jmpe cikgu2 besar yg duk kat office tuh..

plus, today kan spm n stpm days for form 5 n 6 students..ala..biase la the gubra-ness terase..weyy, next yer spm lor..

but then yg ade for the interview tuh puan rohanah je..yes, once mira penah cite die agak scary ngn mate nye...at first ade la pengetua..then die kuar...ciiit!

tak kesah la kan..cuz yg slalu ade kat skool pun bkn die..n this is OUR skewl..not her's...


the calon yg pegi ade la dlm 7 org but yg dtg ni 5 org sahaja..why? cuz xdapat nk contact them..hihihi
so, after interview sume..the teacher kate nnty die kol..dapat x dapat berserah je kat ALLAH..

*uols doa2 kan mira ye :D

interviu?

actually at this moment mira spatotnye ade kat kampung jd doc smentra for atok..*ye la, atok sakit so perlulah cucu yg baik spt mira ini menjaga...ceeewwaaahhh!

but last week mummy called kate cikgu call ade urgent..wah! apakah? xkn nk gtaw mira kelas taon depan kot? *awal la plak..

ataupun, nk gtaw mira failed all the subjects in my last exam? waaaaaaaaa! nk mira meroyan ape cikgu ni time2 holidays gini..mati mira kne cuci ngn air sabun..

tp, bile call...br mira taw i got an interview with the teachers..interviu apekah? mahu tahu...hehehe..

tomorrow is the interview day..tunggu..*mira tgh nervous tahap gaban ni taw..any idea how to cool me down? :D

charger! gambar..

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........!!!!!!!!!!

charger handphone tertinggal kat kampung la weyh..habis enset xleh on..hancur la harapan nk gne fon kat kl nieyh..

tp kan, mse nk update blog ni..mira tgk fon di charged la..kasi suspen je..thank you thank you komputer kuh..wahahahha...blh amik gambr! yeehhhaaa..

tp kan, bile da charge la mira lpe gmba hp sume da msk laptop mummy kat kg..waaaaa!!!!!!mira ingt da trasnfer kat dlm pendrive, skali check...TAKDAAAA!!!

waaahhh, mira nk meroyan xleh nk update blog..da la byk gambo kat ctuh..ntuh msk ntuh idak dlm laptop tuh..gambr dlm phone da delete habis! haiyaa..gile cereless gue....

*mummy bile nk blk kg ni..nk tgk gamba!!!!

reason entry ni? mira nk meroyan!

kad kad kad..

you see that? see the name!
dapat surat dapat surat! tp, siape bg erk...

Wallaaaweeeii..kad undangan jemputan la beb! sekali tgk akak ceera punye meh..

nk dijadikan citer mse dpt surat ni mira ade kat kg..ala, cam mummy citer tapis2 surat tuh..*fuh, nsb bek kad undangan klu surat len?wawawawa

punyela lme mira tnggu..mummy pun asyk tanye n now dah dapat! thanks to kak ceera for the lovely card..


ade name mira tuh..so, 12 disember ryte? hehehe..

check calendar kasi kosong program...but for now tgh fikir nk beli ape for kak ceera..hurm?

ade idea x? sile drop comments..*kak ceera nk hadiah best ke xbest?wahahah


kad undangan dia indah

sekembali dari amik abang dari skola tadi , mummy teengok ada surat dlm mail box. belek punya belek , eh ada surat untuk mira. anak dara ku itu x ada kat kl. dia nun di kemaman , terengganu. bercuti ngan atok nya. sekali gus jadi personal doctor menjaga atok yang sakit.

berbalik pada surat tadi , fikirkan surat penting , aku pun buka. (memag pun akan ku tapis setiap surat yg datang ke rumah). WAALAAAWEI kad jemputan dari CEERA rupanya. Kad yg si mira tunggu-tunggu rupanya.Setiap hari dia call , tanya dah sampai belum. Hah tu dia terus call , sepertoi yang dijangkakan menjerit kegembiraan anak dara ku itu. suka bebeno ye. Ceera tu kan fav blogger dia. IDOLA katakan

cantik kad jemputan tu. simple tapi mewah. ijau lagi. penggemar ijau katanya. bagus tu sbb ijau adalah salah satu warna kesukaan Nabi .

For ceera mummy bagi pihak mira ucapkan ribuan terima kasih. InsyaAllah kami akan ke Cheras nanti. Mummy doakan Ceera dan Ciput
bahagia hingga ke hujung hayat. kamu berdua sangat manis. Selamat Pengantin Baru buat Ceera dan Ciput.

hening bayu bertiup lembut
harum kasturi cerita dibawa
selamat pengantin baru ceera dan ciput
moga bahagia ke hujung nyawa

Doa buat abang

waah lama mummy x jenguk sini. sibuk sbb abang tengah spm. anak bujangku itu peksa, mummy yg x tido mlm. yo la. abang kan anak sulung. pasti harapanku dan hubby mau lihat dia sukses dan jadi contoh untuk adik-adiknya. So far abang did well dalam upsr dan pmr. so mummy doakan abang dapat ulang kejayaan cemerlang dalam spm pulak ye. sebagai ibu, hanya doa dan sokongan yg mampu mummy berikan. tiada yang lebih membahagiakan buat orang tua apabila menatap keceriaan wajah anak-anak yang mengecapi kejayaan.

Buat abang , ingat pesan mummy n daddy , tiada kejayaan yang datang dengan mudah.hanya yang tekun dan tidak putus asa saja yang dapat mengecapinya. mummy n daddy sentiasa doakan abang dan adik-adik mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

superbowl, flamingo

gambaran? atau kenyataan..? ceewaaah! mira sudah berangan nk buat citer mistik nieyh...*asl lah xde hantu nk ikut akuh ni...wuuuu

well, pg td mummy daddy n babby blk jhr..mira slalu nk ikut je! tp kan...today mira da discussed ngn friends nk kuar men bowl..hehehehe



actually weols janji nk men kat ampang point...tp bley plak depa pi penohkan sum lane! *huh, xhormat pada tuan puteri..uhuuk! so, kami pun bejalan pegi flamingo..but before that mira da contct flamingo tnye penoh ke tak..and they said tak! terus.....serbu!hehehhe



sepatot yang mira calling2 soh pegi ramai..but then ade hal lak..so tinggalah a few of them! its okey.bcuz i had a lot of FUN!



and the GOOD news is...
MIRA MENANG OKEY!

wallpaper ?







rindu teman2..

it has been like 4 weeks after rimup..n i still thinking about the joy n fun we had there! mmg gile abis la kat sane..

well, the only things that i most miss surely my roomates kan..mereka sangat la sporting habis..
sharifah shafinaz

my closest roomate..n the shy2 one!hhaha

diana

the youngest of us..adq yg sgt durhaka! hahaha...mmg suka buli die..

lavannya

she is one of my coolest roomate! satu kepala...i luv ya

joanna


jojo a.k.a syafiq!hahaha..pemalu n sgt comel!

kami hanye 5 org satu blik..walopun ramai but still best gile cuz kami sangt gile2..





gile kan? yeah.. i miss them a lot! bile lagi mahu hang out? I LOVE U!

facial..

oh..last sunday kan mummy n daddy nye anniversary..*yes, cite lapuk lg..sorry for late upadate!hahah

so, daddy hadiahkan la mummy pg wat facial..mummy asyik merungut muke die da berhabuk cuz da lame xmenyinggah wat facial kan...

well, as the only daughter * i mean grown up one la..monster tu kecik lagi..hehee...

mira pown dapat la tumpang muka kan...dah alang2 wat facial mummy, mira pun nk manje kan muke yg ayu ni! hahahaha..

weols pun fikir nk pg kat2 permata..n then jumpe one kat atas kedai yb..*hahha..kedai kasut je!


u see that? all the certificates? valid kayh..


mse tu ade sorg je wat facial, so i goes first then mummy!..kakak yg wat facial tu pun lembut je die layan..mmg nyaman je time buat!



i bet uols know this was the hurting part! buang jerawat, bintik hitam n wat so ever!

time ni mummy berdengkur gile kuat! hahahha

sorry ye gmbar gue takde..cuz mummy malas! hahaha..suka suki je wat kesimpulan sendiri kan? nnty kne ketuk ngn mummy br taw!hahaha...



tp, mmg sesuai la tmpt tuh...harge pun not bad RM 50 for normal facial..okey kan?


thanks kak nana n aunty! =D

*sorry gambar blurr cuz mummy's phone da gile! hahahha..larikkkkzz

cuti!

yay..today is the last day of skol! syiork abis..but, pg td kan mira lupe bgn awal! hahahh..so, tersangat la bengong pada ari akhir gue nggak ke sekolah! huhuhu...

well, tak kesah la cuz it's the last day ryte..no worry, next is the other year n will be the final yer for me! spm meh...huhuh

anyway, for spm people! gudluck babes n dudes...HIGH 5! hehheheh

selamat berholidays..

last day of skewl...

yay! tomorrow will definitely n officially last day for school this yer..well, its sad that it wasn't the last day school for the whole life isn't it? hahaha..*gile mira nk abis spm cepat!

hahahha..anyway, tomorow mestila pegi skola to watch n see the last class that i entered this yer..hhahhaha

sangat sedih kan? tapi..holidays sudah mari..jom buat check list! =D

SPM fever..

wah..peperiksaan sijil pelajaran malaysia sudah kembali menggegarkan malaysia...*cewwahh! cam bagus je ayat..

well, klu xde adk bradik sdare mare or sape2 yg dkt amik exam..xde nye mira rajin nk update about this ryte...tp, disebabkan abg gue yg mendudukinye...harusla dicanang!

wahahha...tp for those who taking spm this yer...i wish u all the best! apesal mira ckp cam rojak nowadays?..hahah

for abang,

dun think about the past..this is a realy new start for u..this is when u want to show the world who u r...gud luck! n i LOVE u bro...

for org2 lain yang seangkatan dengan nye..gud luck! GANBATTE...

*for those upsr students..results minggu ni...hehehe (saje kasi api2)

baby's concert 2

ini lah photo2 concert baby..

the first persembahan : gadis melayu...
the dikir barat...babby was sitting at the back there...
the set for 6 lil' monkeys...
6 litle monkeys jumping on the bed, one fell off and bump his head..
mummy call the doctor and the doctor says ...


no more monkeys jumping on the bed..
continued until the end yeah! =P
the nasyid
chinesse dance
ni je vid yg mira amik..hahhaha

dancing queen..

last show!...it's fantastic babe..


lastly, bagi2 sijil! wuh00ooo..

mmg A++ lah for everyone! mmg kasi gempak uia la bdk2 kecik nie...

n for those yg da abis tadika..kak mira wish u all the best in future..n for anis, plz dont study a lot...akk taw u're good one..mesti berjaya punye la! CHAIYORK2!..hehehe

Clix