BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pandangan mata burung atau dari bawah tempurung.............part 1

Assalamualaikum
Amboi tajuk tak boleh kalah,
Puitis sangat
 
Hehehe
Sebenarnya mata ini tak boleh lelap
Banyak sangat tidur siang hari ni
Almaklumlah
Bila badan dah mula uzur
Mudah penat mudah mengantuk mudah terlelap
Nah sekarang, di kala insan lain diulit mimpi
Mata ini terbuntang besar

Sebelum kita tahajud
Mummy nak kongsikan pendapat
Tentang tajuk di atas

Pandangan mata burung
Atau
Tilikan  dari bawah tempurung

Di saat umat islam
Melangkah ke bulan penuh barakah ini
Kita dikejutkan dengan beberapa isu
Yang boleh dikatakan
Mencubit perasaan ramai

Isu-isu kemanusiaan
Yang dekat dengan kehidupan
Antara prinsip dan peraturan
Antara  tindakan dan arahan
Antara ego dan kebijaksanaan
Antara rela dan paksa
Antara kerakusan dan kemanusiaan

Antara isu yang dikejutkan
Anak istimewa adik firdaus
Yang diabaikan kebajikan
Oleh ibu yang mengandung dan melahirkan
Atas alasan terpaksa demi kesinambungan hidup

Isu keganasan rumahtangga
Suami melepaskan kemarahan pada isteri
Isteri melepaskan dendam pada suami
Mencederakan isteri sekuat kudrat lelaki
Menganiaya suami sepuas-puas hati
Tanpa memikirkan inilah insan
Yang pernah membahagiakan harinya
Yang pernah mengindahkan hidupnya
Yang pernah memberikannya kenikmatan
Sebagai suami dan bapa
Sebagai isteri dan ibu

Isu ego tak bertempat
Bila sendiri tidak mampu
Meletakkan diri di paras paling bawah
Menganggap kekuasaannya yang paling tinggi
Meletakkan peraturan tak bertempat
Melayakkan peraturannya
lebih dari arahan Yang Maha Esa
Tanpa rasional akal berkata
Rasa tercabar egonya
Bila ada insan lain yang mengambil tempatnya
Menyambut tangan yang dihulur
Biar pun dia sedar
Tangannya sepatut menyambut huluran itu
Tapi dek ego mungkin keterpaksaan
Ditempelak orang yang membantu menutup malunya
Disindir orang yang cuba melindung khilafnya


Dan banyak lagi isu
Yang kian rancak menguliti
Hari-hari kita di bulan mulia ini
Ironinya isu ini berlegar
Di kalangan kita yang mengaku
Mengucap syahadah

Pernahkah kita fikirkan
Mengapa dan kenapa
Serta bagaimana terlerai dan terungkainya
Cerita-cerita sadis ini
Di bulan istimewa ini.

Carilah jawapannya
Dari mata burung
Usah dituruti telekan dari bawah tempurung
Nanti kita akan dapat jawapan
Seluas pandangan burung
Bukan pandangan di celah tempurung....

Jam mummy sudah 1.53 am
Sudah 2/3 malam
Kita berhenti dulu
Nanti kita sambung part 2
Mari kita selesaikan dulu
Bekalan untuk pulang nanti.....

Wallahualam.


Sahur kat mama kay

Assalamualaikum
Jah o jah
Moh bangun sahur jah


Alahai jah
Pagi ni acik sahur kat mamak
Kata kau!     


Serious jah
Acik tak gurau
Ni hah dok tunggu
Mama kay tu buat roti telur


Kami kat syed bistro
Nak buek camno jah

Hari ni teraso nak sahur
Roti telur
Tak kuasa acik
Nak menebar roti
Pepagi buta


Maka
Jomlah nak
Kita pi mamak


Daddy nya lagi suka
Sambil sahur
Boleh layan bola
Ada gang pulak tu
Adek kan tengah cutI
Sabo je laa.......

















Sembang Jumaat

Assalamualaikum warrahmatullah.
Alhamdulilah, diberi nikmat
melewati ramadhan ke enam
Ramadhan kareem
Allahu Akram

Salam jumaat yang berkat
Penghulu segala hari
Dah baca surah al-kahfi?
Surah yang patut diamalkan
Sebagai pelindungan Allah dari fitnah dajal

Mummy terpanggil untuk bercerita
Bagaimana kita menilai diri sendiri
Bagi mummylah
Jangan menilai orang dengan membandingkan amalan kita
Tapi nilai lah diri kita dengan membandingkan amalan orang

Pendapat mummy
Kalau kita nak menilai diri dan amalan kita
Usah kita syok sendiri
Bandingkan amalan kita dengan orang lain
Contoh nya ; kita selalu ke surau untuk mendengar kuliah agama
Kita rajin ke majlis-majlis ilmu

Sedangkan kawan kita Sibuk dengan kerja
Sibuk dengan menambah pendapatan keluarga
Maka kita buat kesimpulan
Ilmu kita lebih tinggi
Kita orang baik-baik
Itu 'SS' atau syok sendiri

Adalah lebih baik
Jika nak menilai diri
Kita bandingkan diri kita
Dengan amalan orang lain

Mereka yang sanggup berjaga 2/3 malam
Bertahajud dan berwitir
Zikir dan selawat nyanyian mereka
Quran dan kitab hiburan mereka
Sunat dan sunnah amalan mereka
Ditapis dijaga tutur bicara serta segala pancaindera

Letakkan di mana aras kita
Barulah penilaian dapat menjadikan kita
Insan yang lebih berkualiti
Hamba yang lebih baik.


Wallahualam.......



Misi kembara ifftar...

Assalamualaikum.
Ramadhan kareem
Allahu Akram

Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhamaad  Salallah 'alaihiwassalam.

Alhamdulilah, masuk ramadhan kelima.
Jah oooo jah
Tido laie ko?
 Hehehe lupo lak mokcik
Ekau kojo....
Hehehe kojo rajin-rajin jah yo
Nanti rayo a, jgn lupo....
Ulur-ulurla ke mokcik penganggur tetap tanpa pencen ni yo....

Semalam kan jah
Mokcik bawak si kakak,adek dan baby
Gi buka kat masjid
Mokcik ngan pokcik memang dah plan
Ramadhan kali ni
Kami nak didik bebudak tu
Camana rasa orang susah
Camno rasa nak buka puasa
Kena beratur ambik makanan
Bersyukur dengan makanan yang disediakan
Tanpa memilih sesuka hati
Yang penting biar diorang tahu
Ada saudara seagama di luar sana
Yang susah

Kelakar sangat jah
Mokcik ajak diorang naik lart
Turun klcc
Dah janji ngan pokcik jumpa klcc
Lepas tu kita bergerak ke masjid yang dipilih

Plan asal nak ke masjid as-syakirin klcc
Si kakak gelabah
Dia kata , kita belilah roti ngan air sendiri
Kakak tak sampai hati nak ambik food
Takut tak cukup
Kesian kat orang susah.

Alahai anak , ni masjid klcc je
Hari ni cuma testing je
Kat sini , tak semua orang susah nak.
Tapi diorang beli jugaklah roti ngan mineral water

Nak jadi cerita
Pakcik bgtau surau petronas klcc
Ada buat buka puasa dan terawih sekali
Memandangkan first time (wah speaking pulok) nak buka kat masjid
Kami buat keputusan
Kita buka lah kat surau al-muhsinin tower 1 klcc

Berbuka dengan tamar dan air mineral
Lepas tu solat maghrib berjemaah
Lepas tu makan nasi putih
Lauknya ikan kembong berlada
Sup daging
Sayur kobis goreng
Buah tembikai
Air sirap limau.

Menu yang ringkas dan sederhana
Tengok diorang makan sampai licin pinggan
Oklah , mokcik dapat rasakan
Diorang mula faham
Apa yang mokcik dan pokcik nak diorang belajar
Bersyukur dengan rahmat Allah

Hari ni nampaknya kembara ifftar diteruskan
Masjid yang mana?
Nanti mokcik bagi tau ekau yo jah
......

Dah, dah, habis dah
Gi sambung kojo ekau tu
Kang nampak dek boss
Kono potong gaji
Camno nak bagi acik duit rayo?

...... Bye jah,,,,,,

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Ramadhan kareem.

Fuh......lamanya tak menulis
Sibukla jah
Tak tau apa yang sibuknya
Yang penting sibuk
Hahahhaha .......pening arr

Dah puasa kan
Sekejab je masa berlalu
Mummy pun dah agak sihat
Sebenarnya kesenyapan mummy
Selama ini pun
Sebab masalah kesihatan jah
Nantilah , ada masa mummy citer kat ekau ye jah.

Ekau puasa tak jah
Eleh...cam mummy tak kenal kau
Sejak kau umur 13 tahun lagi
Puasa kau dah tak penuh sebulan kan?
hahahahaha......samolah kita........

Hari ni dah masuk ramadhan ke4
Sekojap yo kan
Alhamdulilah puasa kali ni badan agak kuat

Menu hari pertama simple je
Mummy panaskan je lauk yang kawan baik mummy bagi
Gulai patin tempoyak all the way from temerloh
Gulai kurma dan sikit sayur.

Hari kedua mummy masak lemak petola ngan telur
Bawal goreng ,
Mira ngan adek beli siput sedut ngan honey chicken wing
Beli air soya dgn jus buah

Hari ketiga aka semalam le
Mummy buat ikan cencaru bakar
Sup sayur ngan fishball
Adek yang rajin melawat bazar
Beli otak-otak kempas dengan pulut udang panggang

Hari ni tak masak
Hehehe kami plan nak buka kat masjid klcc
Nak rasa suasana berbuka ramai-ramai di masjidz
Lepas asar nanti nak pergi pasar juadah
Beli makanan, naik lrt ke klcc.

So , insyaallah
Blog ini akan kembali berceloteh
Ramadhan kareem
Allahu Akram.

Clix