BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bila baby nak adek...................................

baby : mummy , jom lah kita gi giant.
mummy: nak wat apa sayang
baby : baby nak cari baby sister.
mummy: (dengar baby sitter) buat apa baby sitter. mummy kan ada.
baby : main ngan mummy tak best. mummy dah woman(dah tua lah kot)
baby nak kawan main barbie n cooking.
mummy: baby sitter pun woman apa...macam mummy
baby : waaaaaaaaaaaaaaa(tetiba menangis)
mummy : (heran) apa hal ni sayang. tetiba meraung ni.
baby : i told u , iwant baby sister. baby sister.not baby sitter. i want go to giant to buy my
baby sister.
mummy : what??????? u want me to buy baby at giant.
baby : (angguk sambil esak-esak).i dont have friend to play with. please mummy..........
mummy:sayang baby, kita x boleh beli baby sister kat giant. mana ada jual budak kat giant
yang oi..............................(poning mak kau)

Yey Mira menang.......................

Yey ! yey! Mira menang
mira menang.........................
yessss.........
mira menang pertandingan debat
antara sekolah pusingan kedua.............
masuk quarter final...............................
aku over ke????????????
MESTI lahhhhh........
kenapa???????????????
Sebab aku IBUNYA..............................
ha ha ha statment poyo kata hubby................
hurmmmmmmmmmm...........

Permata Bonda..................................

2009 adalah tahun ke 19 perkahwinanku
kulalui dunia yg amat membahagiakan ini
ditemani sang suami yang amat penyayang dan bertanggungjawab
serta 2 putera dan 2 puteri kebanggaanku......

aku amat bangga dgn 4 permata hatiku
abang , kakak , adek , baby
w/pun memacam kerenah yang meminaukan mata
merekalah jantung hatiku
nyawa hidupku
bahagiaku kerna bahagia mereka
riaku kerna tawa mereka
duka ku kerna luka mereka
tak tau la aku mengapa masih ada yg sangup
membuang zuriat mereka sesuka hati.............

Permata Bonda
(buat anak-anak remajaku)

Permata bonda
hari ini bonda tersenyum puas
melihat kamu mulai dewasa
menjalani hidup remaja
dunia penuh warna
seribu cerita suka pun duka

abang kakak adik
bonda tau kalian
anak yang baik
patuh luhur nan jujur
tidak pernah menongkah arus
terokai lah dunia remajamu
dengan riang gembira
berbatas susila
berpaksi agama

permata hatiku
tidak mau aku
kalian nestapa hiba
dicirit cinta muda
dihirit gejolak jiwa remaja
enggan kalian lupa
di mana akar kita
menyesal kemudian di mana guna

Ingat pesan bonda
dunia nan luas pergilah teroka
usah leka di bawah tempurung kelapa

Permata bonda
jangan kalian lupa
di mana kita bermula
juga sentiasa ingat
ke mana garisan penamat hayat..................................

baby menguji IQ daddy............

soalan baby pada daddynya ;

baby : daddy kenapa lampu tu tak menyala kalau kita on kan dia.
daddy : sebab lampu tu rosak
baby : salah. lampu tu mana rosak (sambil tunjuk lampu kat siling)
daddy: (buat kerut dahi. kekononnya x dpt jawab)
baby : ha ha ha apala daddy ni. sebab black out. ha ha ha (gelak guling guling)

begitula cara hubby ku merangsang anaknya berfikir. dia buat-buat bodo agar anaknya rasa yakin akan kebolehannya berfikir walaupun kadangkala memang kami betul-betul rasa bodoh bila dia mula memberikan jawapan yang agak kartun tapi logik.

baby baby.............

IKRAM RUSYAIDI ...........kau pergi jua ....

Sabtu lepas 21 Februari ingatkan tak nak gi memana.
nak settlekan kain baju yang menimbun,
nak kemas rumah yang dah macam tongkang karam.
plan nak ajak hubby gi giant sbb stok dapur dah habis.
tapi semua plan x jadi. kenapa???????

lepas sarapan hubby n abang siap-siap gi masjid.
ada program bulanan kat masjid.
adik bersiap nak gi sekolah.
ada latihan softball.
mira pulak awal pagi dah ke sekolah
ada latihan debate.
mummy ngan bantuan baby start mengemas dapur.
tengah mumy cuci pinggan
tepon bunyi.
bila angkat..........................................

khairul (cousin hubby) rupanya.

krul : asalamualaikum kak tie. Arul ni.
me : waalaikumsalam. arul apa kabar.
krul : baik. kak tie , arul ada beita sedeh ni.
me :(berdebar dah) ye apa halnya.
krul : adek ikram accident. pukul 9.00 tadi.
me : astaghfirullah'alazim ! kat mana?
krul : kat nkve. tapi .....(sebak)
me :kenapa rull.
kul : ikram dah meninggal kak tie......
me : ya allah adek aku................(sebak) inalilahiwainalilahirajiun.....
krul : jenazah dah sampai kat hosp sg. buluh.arul on the way ni.
me : ok ok . kak tie gi sekarang. Arul sabar ye.bawak keta baik-baik.



Ya Allah berita ini betul-betul sedih buat kami sekeluarga.
Allayarham Ikam adalah adek sepupu hubby.
Dia sangat rapat dengan anak-anakku.
sampai hari ni mereka masih bersedih.
abang ngan adik suruh aku hantar balik baju Ikram yang ada dlm lemari dia org.
baju tu ditinggal arwah waktu bermlm di rumah kami tempohari.
"Adek x bole tenguklah baju Acu Ikram ni bu, adek sedih.''
SiMira pulak tiap kali sebut nama Acu Ikramnya melelehlah airmata dia.
Abang pulak banyak berdiam tapi aku tau dia pun amat sedeh.

Sesungguhnya arwah Ikram anak yang baik.
Aku tau dia punya wawasan yang jauh utk masa depannya.
setiap kali ke rumah kami
pasti dia akan bercerita padaku cita-citanya yang tinggi menggunung
Allah memang sayang insannya yang baik.
Sebab itulah dipanggilNya pada usia yg masih muda.
Ku lihat jenazahnya yang tenang seolah-olah sedang tidur lena.
Diwajahnya seolah-olah tersenyum kepuasan.

Buat Angah dan Mak Ngah
tabahkan hati meneima dugaan ini
redhakan pemergiannya
doakanlah kebahagian buat anakanda
ampun segala dosanya dan halalkan segala yang diberi untuknya
sesungguhnya arwah sangat sayang pada ma dan baknya
sepeti yang pernah dilafazkan
"kak tie , Ikram sayang sangat bak ngan ma,
kalau Ikram dah kaya , Ikram nak senangkan bak ngan ma
nak belikan bak keta baru
nak bagi seribu ringgit sebulan
nak bawa bak ngan ma gi Mekah"

Buat adikku Ikram Rusyaidi bin Zahid
pergilah kau kepada pemilikmu
tenanglah dikau di sana
kami doakan agar perjalananmu selamat
bersemadilah dengan tenang bersama doa dari yg tersayang
kami sayang pada kamu......................................

Ikram Rusyaidi...
kau pergi jua..........................................................
Al Fatihah........

Set Salinda & Examo CKM500..............................

hari ni aku terpanggil untuk bercerita tentang makanan kesihatann yang kian hangat diperkatakan di kalangan ibu bapa. Salinda dan Examo CKM500.

aku mempunyai pengalaman sebagai pngguna Salinda dan Examo CKM500 ni. semuanya bermula ketika aku melawat seorang sahabat yang baru melahirkan bayi pada tahun 1990. lebih kurng 19 tahun yang lalu.ketika itu kami berbual pengalamannya mengndung dan melahirkan. aku tertarik bila dia menceitakan perihal SALINDA iaitu remedi yang dimakan sepanjang tempoh kehamilannya. begitu jua tidak pernah dia meninggalkan semua vitamin yang dibekalkan doktor.

mendengar ceritanya yang menghadapi tempoh kehamilan yang menyenangkan dan proses kelhiran yang agak mudah , aku jadi tertarik. waktu itu aku masih tunangan hubby.

tidak lama menempuh gerbang perkahwinan , aku disahkan hamil . lalu ku hubungi rakanku itu untuk mengetahui lebih lanjut set SALINDA. tidak ku nafikan tempuh kehamilan dan proses melahirkan yang ku tempuhi amat mudah. sewaktu menziarahiu dalam berpantang, sahabat tadi membawa anaknya yang telah beumur setahun lebih. aku amat tertarik melihat kebijaksanaan sicomel itu. menurut sahabatku itu dia memberikan anaknya sejenis makanan otak bernama EXAMO CXM500 sejak berumur 3 bulan.

lalu aku melakukan perkara yang sama. sejak abang berusia 3 bulan telah ku berikan examo ckm500 . kesannya amat menggembirakan. begitu jua mira,adek dan baby. mereka juga anak-anak salinda serta mengambil examo ckm500 hingga sekarang.

kesan baik yang diterima adalah mereka amat fokus dalam apa jua yang dilakukan terutama waktu belajar. boleh membaca lancar bi dan bm seusia 4 tahun.syukur pencapaian akademik mereka amat membanggakan. mereka lulus upsr dan pmr dgn straigt A. mereka juga anak-anak yang baik dan mudah mendengar kata.tidak degil. mempunyai sikap dalaman yang positif. aku bersyukur dikurniakan anak-anak sebijak mereka.

kini aku masih lagi memberi mereka exmo ckm 500. apa ang lebih mengembirakan sekarang aku adalah outlet barangan era edar (pengeluar examo ckm500).

anak ayah..........

Perbulan seorang ibu penyayang dengan anak kecilnya yang amat keletah yang tak reti duduk diam dalam kereta sewaktu sang ibu memandu.sang ayah di opis..

mummy : baby , sit proply .
baby : ok ok la. baby duduk proply la ni. (masih bergerak-gerak).
mummy : baby (suara agak tinggi) mummy said , sit proply.
baby : okyyyyy . baby sit la ni. mummy ni gerak sikit pun x bole. baby nak buat colouring
ni aje.
mummy : u cannot do ur colouring in a car. culd u plis do it at home.
baby : nooooo i want do it now. waaaaa daddy , mummy x bagi baby kaler-kaler.(start
crying)
mummy : ala-ala bucuk mummy. why crying sayang.
baby : no i dont friend u. eh baby x mau kawan ibu.
mummy ; (tergelak) apa eh eh tu.
baby : tak mau talk ngan ibu.
mummy : why
baby ; baby nak talk to dady je. mummy talk melayu je.
mummy : why? i can speak english what.
baby : sebab dady talk english ngan friend dia. mummy talk melayu ngan ur friend. baby tak
kawan mummy lagi.mummy marah baby! (sambung nanges n pnggil dadynya)
mummy:ibu sayang baby. talk to mummy la.(cuba pujuk)
baby : (sambil menangis esak-esak) no i dont want friend u. i friend dady je. u cannot speak.
.daddy je can speak english.daddy speaking better than u.
mummy : ha ha ha (dalam hati grrrrrrrrrrrr)
baby : waaaaaaaa dady , dady , ibu jahat , loughing at baby. (terus merajuk tak mau cakap)
mummy: (dalam hati) emmmmmmmmm anak ayah........

Diarie Baby Myra.........

My little princess , Baby sibuk nak tulis diary , so untuk layan kerenahnya ku suruh dia tulis kat blog ni. Belasah je. layannnnn.


dear dairy i love my sister and i love my mommy and daddy
and i love my brother very much.


dear dairy to day i am not gowing to the school because i
have a flu . but i go to ustaza house for kirati class.

dear dairy i have to go because my sister want to use the computer.

bye bye...............

Amirul telah pulang.................:(

kelmarin pagi lebih kurang jam 10 pagi , sedang aku memandu nak ke jj , ku terima sms dari kak zam kakak angkat ku dr kemaman. '"salam , anak sulong mubin meninggal petang semalam krn lemas air" Inalilahiwainalilahirojiun. hanya itu ayat yg mampu keluar daari mulutku. serta merta airmataku deras mengalir.

perlahan-lahan ku hentikan kereta di petronas , sambil mengucap panjang. anak-anak yg tak tau punca agak bingung melihat keadaan ku. Mira sibuk bertanya. aku ambil beberapa minit utk tenangkan diri. dah reda baru aku call balik kak zam utk dpt kan cerita yag sahih. sebelum itu aku sempat antar sms kat hubby yg tengah meeting.dia pun terkejut.

Arwah Amirul anak wan dan mubin sahabatku itu sebaya ngan Mira. Seorang anak yang comel dan baik. Terbayang dimataku wajahnya yang sentiasa senyum. aku suka mengusiknya waktu di sksi dulu. masa ku tinggalkan kemaman , usianya baru 8 tahun. lama dah tak tengoknya. muka bulat seiras ibunya yang manis itu membuatkan airmata ku masih menitis hingga kini. Dia terlalu muda.Baru berusi 17 tahun. Masih jauh lagi perjalanan yang sepatutnya ditempuhi namun ALLAH terlalu sayangkannya.

Dapat ku rasakan betapa pilunya hati Mubin dan Che Wan Norlia.Ye lah kehilanngan anak sulong kesayangan. Apa tah lagi Arwah , satu-satunya anak lelaki tunggal mereka. Dapat ku bayangkan betapa remuk hati mereka. masa aku call kak zam , dia bagitau ada kat rumah Mubin dan offer aku cakap ngan Mubin, tapi aku x bole cakap. aku sedih dan aku takut kalau aku cakap , aku akan menambah kesedihan mereka sekeluarga. ku hanya mampu menghantar sms aje. sori wan/mubin , kaktie tak boleh berckap ngan kamu berdua, kak tie takut akan menangis dan tambah lagi kedukaan kamu berdua.

But Mubin dan Wan , tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk hadapi semua ini. Memang kita sayang pada arwah , namun Allah lebih sayangkan dia. Kak Tie dah rasa betapa pilu kehilanngan insan yang kita sayang yang pergi secara tiba-tiba. Pilu hati bak di rentap jantungnya. Hadapilah dugaan inni dengan redha. Insyaalah perjalanannya akan selamat. Usah risau , arwah anak yang baik. Pemergiannya pun di hari mulia, hari jumaat dan punca kematiannya pun akibat lemas yang mana salah satu dr mati syahid. Redhakan pemergiannya agar rohnya tenang disana ye dik.

Alfatihah..........

Clix