BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kemalasan...

wuhuuu..mahap la da lame tidak meng-update blog ini..akibat kemalasan tahap gaban mummy gue tuh tak reti2 update!hahaha..*waaaa kutuk mak aku weyhhh..larikkkss

hehehe...tapi sebenarnye mummy malas sbb susah die nak update ngn segala keje bagai kene wat..da name rabun IT..hehehehhe *ala, mira pown same juga! :P

tapi blog ini akan jarang di update..dan akan depend pada tahap kerajinan sahaja! *gila tak tegar..hahahha

tapi takpe..cuz any updated entry ade kat blog mira...juz pegi sane n tengokla kegilaan keluarga cinta ini! welll..SALAM MAAL HIJRAH! :)

selamat pengantin bru ceera n ciput........part 1

Memeriahkan lagi pesta perkahwinan ceera-ciput , mummy turut menyertai ribuan tetamu (memang ramai lah) hadir. pgi tu siap dlm kul 11.00 , kul 12.00 terus ke jj. mulanya nak ke jj wangsa mju but then hubby said jom gi jj au2 tu. ala jj tu bru buat opening kan. layan je lah.

selepas pusig 2/3 kali, mira pilih haiah tu pengantin , terus ke service kaunter , minta dia wrapkan hadiah tu. then gerak ke cheras baru.


On d way , ujan dah start turun. alamak camna ni , he he he kalu kat trg org kata pengantin banyak makan budu......... tapi mummy kt ujan rahmat. insyallah lepas ni rezeki ceera suami isteri mencurh-curah bak ujan tu. so mummy n mira dah mula cuak. hubby kata ok. ujan sikit je. lagipun ujan air, bukannya ujan batu .............

sampai kat umah pengantin , dah terpacak kat tepi tu penyambut tetamu nan manis , sisepet. alahai tecik je adik kita tu. comeel sesangat. seriusla...dia org adik beradik comel-comel belaka.
bz beno zacku memandu arah para tetamu yg mungkin x jumpa jln.


ujan dah mula lebat, we ol terus lari masuk khemah. mira dok cuit mummy kata mom tu vp la. wah lagggi comel sikakak ni.mummy pun terus pegi hi kat vp. kesian tenguk dia.nampak keletihan sikit.biasalah tu.sapa yg pernah alami je yg tau.

lepastu hubby ajak gi makan dulu , tengah amik lauk ,mira cuit lagi , mom tu auntie red la. si mira ni dlm blog bkn main kecoh , actualy kalau org x biasa , dia agak malu kucing gitu...ha ha. ngikut bapaknya yg agak pemalu......maknya???????

mummy pun apa lagi teruslah gi tegur cik red. comellah dia. kecil molek kata org ganu. sigegirl pun comel.sbb ujan x leh nak sembang lama. dah kelencunan.....tapi...waaaaaaaa lupa la nak amik gambar ngan red. anyway best ....dpt tengok para blogger berkumpul. camera lip lap , cm artis. tapi serius cakap pengantin memang de bomm la. cantek bebeno. comel sesangat, bak puteri.........

cerita lawak......

cerita agak lawak berlaku masa nak anta fil ke klinik semlm. masa tu ujan , walaupun renyai namun agak lebat jugak la. sebaik nak masuk keta , hubby call kata dah dekat depan zoo. ye lah umah kami kat belakag zoo tu aje. so hubby suruh tunggu dia.

kami pun tunggulah kat depan umah tu. lalu satu kereta , bukan hubby. ye lah waktu tu kan lepas maghrib, agak gelap jugklah. dah lah lampu jalan tu mampos. aku suruh adik perati betul-betul.

x lama lepas tu ampak keta slow, hah sampai pun hubby kesayanganku itu. ket makin slow , aku pun hulur tangan nak buka pintu kereta , tpi aik ada 4 org dalam keta tu , sapa la pulak. keta pun x berenti terus jalan and stop kat depan rumah jiran ku. ha ha ha siadik dah gelakkan aku yag dok terpinga-pinga. bukan dd lah mom , uncle nik tu. la jiran aku rupanya. dah keta sama , warna sama n plat no pun dekat-dekat. agaknya abang tu dok gelakkan aku . malu oii. sudahlah penuh satu family dia dlm keta tu. alahai wt de aje lah. nak wat camana...............

ke klinik lagi............

baru balik dari klinik . fil kena attack athsma. mulanya dah pujuk ajakgi klinik pagi tadi , tapi biasalah kan , orang tua. nanti dia makan tahun. bila dah x tahan barulah nak pergi.



so lepas maghrib tadi , call hubby kat opis , bgtau nak gi klinik. pesan kat mira suruh bagi baby makan , ditemani adik kami terus gegas ke klinik medik taman melawati , nasib baik hubby pun sampai on time.



sampai klinik , dok tengah solat . sib baik org pun x ramai. tunggu 10 minit gitu , dah dpt jumpa dok. amik nebulizer. then ok , boleh balik. ni dah kat umah. baby pun dah makan. bagus kakak... sakit-sakit pun boleh harap jaga adik. tapi best hari ni, mummy , abang n adik dok sakat mira je. he he he bila lagi..........

dah tiba ...yey

kul 1.00 lebih sampai kemaman. ingat semua dah tido.tengok-tengok mira ngan adik masih dok ngadap game. abang je dah tido. melompatlah anak dara mummy tu dpt coklat. dia memang antu ncoklat. semua anakku antu coklat. ngikut daddynya. ye lah hubby kalau out station abis coklat kat duty free tu diborongnya. he he he habis katanya.

weiii penat sei. jammed tak hengatla. ye la semua orang nak balik kg. dah la ujan. lepas tu ada satu bas expres tu mcm nak racing kat jalan tu. hubby dah bebel-bebel dah.

dah sampai tu , tengok tilam , terus landing merehatkan tubuh. ingat nak rehat kejab , bukak mata je hubby sound , yang bangun dah kol 7.00. hah!!!!!!:o sib baik ku cuti ari ni ,, kalau dak subuh gajah you..............

nak buat sambal nanas?????????


sonang baitu....................... ada yang tanya camana nak buat sambal nanas tu ye. ok mummy ajarkan.

kena ada nanas , sedikit belacan bakar, cili (terpulang nak pedas cili padi , nak yang manja-manja letak je cili segar) , garam dan gula. sukatan ikutlah banyak mana sambal yang nak dihasilkan. kalau x boleh makan belacan, dont worry. tak usah letak belacan. macam mummy memang x letak belacan sbb hubby x bleh makan belacan. nanti dia hak..cuuuuuuuum. kalau ada lesung batu , tumbuklah lada ,belacan dan sedikit garam sampai lumat. dah lumat tu , masukkan nanas. jangan tumbuk. cuma lenyek-lenyek je ngan anak lesung tu. dah tu rasalah. kalau masam sangat,letak sikit gula. tapi kalau guna nanas madu tru, x yah la letak gula. mana yg tak ada lesung tu , masukkan dlm blender kesemua bahan dan blend la sekali dua je. x perlu letak air. dah siap.

bole la layan ngan nasi panas , ikan masin dan ulam-ulaman. (menu ujung bulan waktu bujang dulu hehe he)

tak sabar......

wah dah jumaat ari ni. maknanya petang nanti kami gerak balik kemaman. x sabar mummy nak balik. jumpa my babies. mummy rindulah kat abang , mira n adik.

bukan apa, anak-anak mummy tu manja-manja. so kalau x ada terasa sangat. kalu dia orang ada, memang penat layan kerenah sengsorang. tapi mummy happy , walau kadang kala agak meletop bila diaorang buat perangai. namun mummy bahagia dan bangga punya mereka.

petang ni hubby kata nak gerak pukul 5.00 , lepas pejabat. so mummy plan nak buat donat. tu hari masa kat kemaman mummy buat donat x jadi, yis tu dah kong. donat mummy jadi kayu keramat. dok situ t mengembang. he he he. so sat lagi nak uli tepung. goreng sikit je. boleh bawak balik kemaman.

so anak-anakku tungguuuuuuuuu. malam nanti mummy sampai ye....muahhhhh

kerabu pucuk paku


hari ni mummy nak ajar buat kerabu pucuk paku. bahan-bahannya ;



secekak pucuk paku segar ( yg dah layu x sedap)

3 biji cili segar ( kalau nak pedas , tambah sikit cili padi)

3 ulas bawang merah

satu sudu udang kering ( rendam dalam air , dah kembang toskan))

3 sudu besar kelapa parut.

limau kasturi , garam , gula



caranya



bersihkan pucuk paku. ambil daun dan pucuk muda je.

tumbuk sampai lumat bawang kecil dan cili.

dah lumat , masukkan udang kering yang direndam. tumbuk sampai lumat.

gaulkan bahan yang ditumbuk dengan kelapa parut.

panaskan kuali dan masukkan pucuk ubi dan kelapa parut yang dah digaul bahan tumbuk. goreng sampai naik bau dan ringan ( api jgn besar , nanti hangus)

perahkan sesudu air limau kasturi. masukkan sedikit garam dan gula.

rasakan masam , masin dan manis.

hidangkan sebagai lauk pembuka selera.





selamat mencuba.........

Internet Down

Wow...internet down tday

sambal sotong kesukaan anak-anakku


Anak-anakku memang x suka makan cili. kalau masakan tu pedas , memang tolak tepi la. tapi kalau tomyam tu makan pulak . pedas pun pedas la. so kalau nak masak sambal tumis , aku akan letak bawang banyak-banyak sehingga hilang rasa pedas. so hari ni mummy nak share resipi sambal sotong yang x pedas untuk mereka yg x makan pedas. he he he

mcm biasa bahannya
sotong segar 1 kg ,
2 sudu besar lada kisar (cili segar) ,
3 labu bawang besar(2 dikisar , 1 tu dihiris bulat) ,
5 sudu air asam jawa ,
3 btg serai,
2 sudu besar minyak masak ,
sedikit daun ketumbar , garam dan gula.


bersihkan sotong. (kalau besar potong beberapa bhg). panaskan minyak dalam kuali , tumis lada hingga masak ( lada kalau dah masak, terbit minyak), masukkan bawang kisar dan serai yang dititik. biarkan hingga bawang betul-betul masak. masuk air asam jawa (sukatan asam jawa , jgn banyak air dan ikut kemasamannya sbb ada yg masam n ada yg kurang masam), biarkan didih sekejab. masukkan sotong. tutp seketika. (jgn lama , nanti sotong keras) masukkan garam dan gula. rasakan keseimbangan rasa masam , manis dan masinnya. sebelum angkat taburkan daun ketumbar dan bawang yg di potong bulat tadi.

beberapa petua ;

jgn masak sotong terlalu lama kerana ia akan keras dan tidak enak dimakan.
untuk mengelakkan sotong menjadi keras , celur sekejab sotong dalam air panas sebelum dimasak.
bancuhan air asam jawa, biar pekat kerana sotong mengeluarkan air apabila dimasak.
kalau terlalu masam , seimbangkan dengan manis.
kalau terlalu pedas , seimbangkan dengan masam dan manis.
kalau terlalu masin , seimbangkan dengan masam dan manis.
kalau terlalu manis , seimbangkan dengan pedas dan masam.

* manis : gula pasir , gula melaka , gula batu , air rebusan udang , sotong or ayam , udang kering.
(elakkan guna aji no moto)

masin : garam la ( jgn masin sangat , nanti darah tinggi pulak)

masam : asam jawa , asam keping/gelugur , perahan limau nipis/kasturi , cuka , buah
tomato separuh masak , belimbing buluh , mangga muda , sos tomato

pedas : cili kering/segar dikisar , cili padi , sos cili , cili serbuk , serbuk kari ,


selamat mencuba..............



ps.... waaaaaaaaa mummy rindu kat anak-anak...............sob sob sob

baby yang kebosanan ................

hari ni bz sikit. lepas hubby ke ofis , mummy terus kemas rumah , masuk baju dlm w/machine , dan gerak baby n azu. b tw azu ada kat umah sbb emaknya kena outstation. lepas siap mandi , baby sibuk nak mkn roti canai. mummy pun bawaklah dia org kr rest melati. baby n azu mkn roti canai. mummy order tosai. lepas mkn , ingatkan nak gi jj , tapi baby lak sibuk , mummy i want pass motion. uish kacau daun betul.



baby pulak jenis memilih toilet , so sblm dia melepas dlm kereta , baiklah ku batalkan aje niat nak membantu jj tu.



yang angin tu , sampai rumah , sori mummy i dont want go to toilet but i want to watch astro ceria. wahhhhhhhh angin gue ye. sabo je le.



tengah mummy dok menyapu , si baby dah sibuk , jom la mummy kita gi jalan. boring laaa. boleh gitu. awak tu baru 5 taun. yg sebenonya mummy pun boring. kwn gaduh mummy , si mira , abg n adik ada kat kemaman. tak kan nak gaduh ngan baby lak. ilang akal kau.



so mummy pk punya pk , jom baby kita gi klcc. gi aquaria. baby kan suka fish. wah apa lagi , melompat la si baby. call hubby , sib baik dah abis meeting, then kul 11.30 gerak dr rumah menuju klcc.



seronok baby terus menjerit-jerit seronok.............aquaria tungguuuuuuuuuuuuu.............

blog baru mira...

hehehhe..mira menceroboh sebentar blog mummy sebab nak tengok update2 yang tertunggak...*ceyh, cam mira je manager bolg ni! :P

alaa...yang sbenarnye mira getik je updatekan blog mummy sbb nak men-war2 kan blog baru mira..

mummy kan da amik balik blog die nie..so, terpaksa la mira lari cari blog sendiri! wahahha *uisshhh.mira yang getik nak blog baru sbenarnye! :D

so, sila la ke blog mira yang baru =======> http://thecintadiary.blogspot.com/

hehehe..okeyla, mira kne lari sbelom mummy taw!wahahahhahah

Clix