BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

hari pertama..........sekolah

salam semua. yep hari ni hari pertama persekolahan sessi 2009. Mcm ibu-ibu lain aku juga agak bz pagi ini menguruskan persekolahan putera-puteriku. kesibukan agak kurang berbanding waktu aku masih memegang status pendidik dulu. klau dulu hari pertama , suami terpaksa ambil cuti utk uruskan persekolahan anak coz aku juga sibuk ngan anak murid.la ni tumpuan 100% pd nak sendiri.

pepagi rumah dah riuh suara baby yg dah x sabar nak ke sekolah semula. cuti kali ini membuatkan dia rasa rindu sangat nak jumpa teachers n friends kat skolah. sibuk ngan beg dan uniform baru. kul 7.00 dah ready nak ke kindie. padahal kindienya start at 8.30. suka nau dia ngan skolahnya tu. tahun ni masuk tahun ke 4 baby kat kindie tu. tahun depan mula perjalanannya di alam sekolah rendah.

pagi ni hanya mira sorang ke sekolah. ye lah abang dah habis spm kan. wah kan main lagi tarik selimut lepas subuh tadi. menjeling jealous si mira. dah awak tu baru form five , apa nak jeling-jeling. gi aje lah. kul 7.00 dah gerak dari rumah. hari ni brtugas kat asembly. anak dara ku itu sememangnya sibuk ngalahkan cikgu.......:D

hubby pun gerak awal , pagi ni ada meeting penting. takut jamm katanya.

lepas antar mira , layan baby breakfast. pas tu anta gi kindie. jalan kaki je. dh skolahnya blakang rumah je. kali ni ada bodyguard. abang ngan adek la. dah anta baby ke skolah , dua anak bujang ku ini merengek ajak gi makan roti canai. aku layankan aje...........

lepas makan , balik cecepat. kemas rummah segala. cuci kain. kali ni best sbb abang ada tolong sidai kain. ringan sikit kerja ku. mekacih ye abang. tenghari nanti nak masak apa ye..................hmm apa kata kita tapau lauk aje la. masak nasi n tapau lauk dari kedai. wah.........pandai-pandai........ngeeee

makan kenduri.......

tepat pukul 12.30 tenghari kami pun keluar semula. bab makan amat tepati masa. he he he. janji ngan arief, kwn hubby nak jumpa kat rumah kenduri pkl 12.30 macam tu.



rumahnya bknlah jauh sangat. tak sempat menguap dah sampai. kat au5, belakang giant tmn permata tu aje. jln nak gi carefour. masa tu pulak ujan. mulanya renyai, x lama lepas tu lebat la pulak. camana ni. nak turun kang,basah lencun.so tunggu jab dlm kete.



bih kurang 5 minit caam tu, ujan pun reda. we all pun turun le. terus masuk rumah. tenguk org baru habis marhaban. wah malu wei. majlis nya baru bselesai. so kami dtg makan je lah. lagi pun memang kami dijemput utk makan bukan tukang baca doa kan......



best betul la lauk yg dimasak. beriyaninya sedap sangat.acar buah dia pun syedappp.

alhamdulilah ...kenyang kami sekeluarga. murah rezeki tuan rumah yg menjemput kami.



buat baby wan imran yang cute, auntie doakan agar sentiasa membesar sihat dan jadi anak yang soleh. buat Ena selamat menjalani waktu berpantang. sabo ye. lepasni boleh belajar renang ngan mira. he he he. buat azib ..tahniah dan moga lebih semangat bekerja cari duit tuk keluarga...and utk kakak alia, auntie doakan cepat sembuh dan kembali ceria. alia ni comeel sangat.........

cerita hari ini...............

Asalamualaikum semua. baru hari ni rajin nak mencatat semula. lama dah tak mengintai di ruang maya ini. bz katanya.

hari ni kami sekeluarga mulakan hari agak lewat. hiks mummy nya coti...hah kau satu family terlajak. subuh gajah gitu. hubby pun bengang coz kunci alarm nak gi masjid. alarm x bunyi. tengok-tengok silent mod . kah kah kah. nan ado......bengang je dia. 6.30 am baru terjaga. org masjid dah balik pun.

so kalu dah lewat bangun tu, apa lagi kecoh lah gerak anak-anak bangun. dia org ni pulak, last nite tido lewat. tengok movie, liat sikit lah. aku pun high speech la.

lepas siap semua , kami keluar antar abang ke imkeda. hari ni first day abang belajar memandu. isi masa tunggu result kan. ramai yang agak sebaya abang yg belajar sama. lepas bye-bye abang , kita orang terus gi breakfast kat au5.

mira ngan adek makan nasi lemak ngan ayam goreng. daddy makan nasi dagang. me self makan beehoon goreng n baby makan roti canai. rasanya semua failed. nasi dagang ngan kuahnya tawar hebeh kata org ganu. nasi lemak out berminyak, beehoonnya ya rabbi manis....roti canainya aje sedap but kuahnya entah apa-apa rasa. bengang je kami. dah lah mahal. rm18.50 semuanya. sori kami x akan datang lagi.

lepas makan apa lagi , baliklah. otw nampak la banner sale. wah sale gitu. apa lagi ku goda sang suami untuk menjengah bertanya kabar salesman itu. he he he. saja la nak meninjau dryer. skarang ni cuaca kan tak menentu. so ada masa baju dua tiga hari baru kering. ada dryer settle masalah. tapi tak beli lagi. haruslah meninjau harga dulu. model ariston rm1550, elektrolux rm2300++++. nak compare ngan sengheng dulu la. tengok mana murah n kena ngan kudrat poket suami ku. kata ukur baju badan sendiri.

lepas bincang itu ini kami pun balik lah. kena cepat sbb petang nanti ada jemputan makan-makan. kwn hubby buat kenduri akikah utk babynya yg baru lahir. bagus-bagus...x payah masak...he he he

Clix