BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

rinduku dipenghujung ramadhan

Hari ni Sabtu 28 ramadhan 1430 bersamaan 19 September 2009.
aku sekeluarga dah ada kat kemaman.
nampaknya tahun ini dan mendatang
1 syawal akan kami raikan di kemaman
memandang fil masih ada
dan giliran johor
pada 2 syawal

entah kenapa
sejak ramadhan bertandang memberi salam
hingga menjelang pulang ramadhan
hatiku sering dipalit kesayuan

aku merindui.................................
rasa rindu ini sangat membara
sehingga membakar seluruh jiwa ragaku
kalau luarnya aku dibayangi senyuman dan tawa
senda gurau kata mesra
namun hatiku merintih setiap detik
hatiku menangis setiap saat

puas ku pujuk hati
puas ku liburkan diri
dengan menyibukkan hari
menyediakan keperluan raya
untuk hubby dan anak-anak terchenta
namun bila sendirian
aku akan menangis semahu-mahunya

aku cuba menyambut aidilfitri secara beria-ia
cat rumah tukar deco buat biskut raya
shopping baju tudung kasut bagai
dengan harapan dapat menghapuskan lara dihati
namunn kesayuan tetap merundum jiwa
rasa rindu tetap bertandang

apalagi bila dengar lagu raya
bila mira dan adek
beria-ia menyanyi lagu raya dalam kereta
aku disebelah hubby
diam-diam mengalirkan airmata
kekadang ku turut nyanyi bersama
selalunya berakhir dengan aku terdiam kepiluan

akhirnya aku akur
aku insan biasa
yang ada hati dan naluri
ku akur akan kerinduan ini

emak abah
aku merinduimu
aku rindu senyuman manis bonda tercinta
aku rindu senda gurau ayahanda tersayang
aku rindu airtangan emak
lagi rindu pada kuah kacang dan serunding kelapa abah
yang pada ku tiada tolok bandingnya
kuah kacang dan serunding kelapa air tangan abah
sangat marvellos.............................world
aku rindu kesibukan keduanya didapur dimalam syawal
ye....setiap tahun
sewaktu keduanya masih sihat
abah dan emak sama-sama kat dapur
sibuk menyediakan juadah raya untuk anak-anak
kami hanya membantu sebagai pemerhati
kalaupun hanya pembantu mencuci bahan masakan
atau berkemas apa yang patut

segala juadah akan siap menjelang dinihari
ketupat pula dianyam kami adik beradik
masih terngiang suara abah
'eh cukup tak ketupat ni'
dan nanti akan datang setimbun lagi daun kelapa
untuk kami anyam
(ye kami adik beradik sangat terer menganyam ketupat)
abah kalau boleh
nak semua tetamu yang bertandang
merasa ketupat anyaman anak-anaknya
dan dengan bangga dia akan bagitau
bebudak ni lah yang anyam sarung ketupat

emak pulak tak kering tangan
masakan lodeh rendang dan kari ayam
yang pada ku tak siapa boleh lawan
kami akan sama-sama memotong sayur
mengupas bawang membersihkan ayam
ayam kampung akan abah sembelih
kekadang sampai 10 ekor
emak akan sibuk merendang dan menumis kari
yang harum baunya
dan membuat kami adik beradik
berebut-rebut mengerumuninya
dan akhirnya kami kena bebel
sebab susah baginya nak bergerak

owh ...................................
betapa aku rindu akan detik itu
aku rindu menatap wajah mereka
aku rindu mencium pipi mereka
aku rindu memeluk tubuh mereka
aku terlalu rindu.......................................................................................

dan rinduku terus membara
rinduku terus bertandang
rinduku tak surut

walau ramadhan dipenghujung ini
rinduku tidak akan pudar
kerana biarpun perit ku rasa
namun rindu ini adalah kebahagianku
rindu ini adalah penawar kesedihanku
rindu ini sesungguhnya
pengubat kesedihanku kehilangan keduanya

emak abah
ku sangat merinduimu........................................................

Positif H1N1

mummy baru aje baca blog popular redmummy

anak mereka yang sulung

dijangkiti influenza A H1N1

dan kini menjalani rawatan di Prince Court



kasihan adik shameel

dugaan buatnya dibulan rmadhan ni

juga simpati untuk keluarga red

semoga kuat dan tabah

mengharungi semua ini

Insyaallah keadaan akan kembali normal



marilah kita doakan

untuk anak kecil yang tak berdosa ini

moga adik shameel cepat sembuh

amin..........

Clix