Hari ini 19 tahun nan lalu
masih segar dalam ingatan
malam sebelumnya
mummy rasa sangat letih
seawal jam 10 mlm
mummy dah lena di buai mimpi
nasib baik petang tu
hubby kembali dari offshore
so , daddy take over
melayan kerenah abang
yang waktu itu
berusia 1 tahun 4 bulan
tengah nakal.
bila dah tidur awal
jawabnya awal subuh
mata dah terbukak luas
seawal 4.00 pagi mummy dah terjaga
cuba tidur tapi tak boleh
so mummy capai towel
dan terus nak mandi
masa nak mandi
mummy sedar ada lendir berdarah
kat panty
mummy berdebar tapi tak rasa sakit
so mandi je lah...
selesai mandi sementara tunggu azan subuh
mummy rasa macam tak selesa
apakah tanda awal ni
kalau ikut due date 1st march
ini baru 16th december
oh...no!!!!!
lepas solat subuh
mummy rasa macam bleeding
check kat toilet...betullah
terus bgtau hubby
MIL pulak macam biasa
buatkan susu dan suruh mummy minum
susu and roti bakar jadi pengalas perut
lebih kurang jam 7.00 pagi
mummy rasa contractions
mild je tapi rasa tak sedap hati
bgtau hubby, so kami bergegas ke hospital
nasib baik hospital dekat je
sampai hospital
doktor check dah 9 cm
and can deliver anytime
wah !
mummy tak rasa sakit sangat
jam 7.30 pagi
dgn sekali push
lahirlah puteri yang dinanti
sangat comel dan
saat daddy mengiqamah ditelinganya
matanya terbuka luas dan tersenyum
di beri nama FATIN UMMIRRAH BT ZAILAN
senang sangat melahirkannya
semudah mengandungkannya
tanpa sebarang kerenah ibu mengandung
senang jugak menjaganya sepanjang dalam pantang
bayi yg comel dan montok
berat 3.0 kg lahir pada 16 disember 1992
dari kecil anak yg mudah dilentur
seawal usia 3 tahun dah boleh membaca
mendengar kata
tapi manja sangat dengan daddynya
daddy princess.............
sangat mudah memahami
pintar, keletah , periang dan lasak
maklumlah atasnya abang
so perangai lasaknya tu
menjadilah
cuma ada masalah lelah
biasalah baby pra-matang kan
buat anakanda
buah hati bonda
selamat ulangtahun ke 19
dah besar anak ibu
mummy doakan agar kakak
jadi anak yang solehah
cemerlang dan terbilang
mummy dan daddy
sangat sayang akan kakak
mummy harap kakak pandai jaga diri dan maruah
mummy dan daddy
sentiasa berdoa agar kakak
dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat
berjaya dengan cemerlang
dapat dekan lagi sem ni
dan berjaya mencapai cita-cita
menjadi manager bank yang terbilang
suatu hari nanti, insyaAllah...........
dan last but not least
ibu doakan kakak dipertemukan jodoh
dengan muslim sejati
yang boleh sama-sama berpimpin tangan
menuju ke syurga jannah, insyaALLAH.............
sayaaaaaaangggg kakak........