Hari ini spt hari-hari yang lalu , rutin menghantar dan mengambil insan2 tercinta dr sekolah n pejabat. spt biasa seawal 7.10 pg , kami keluar dr rumah. Baby ku tinggalkan dgn atoknya yg juga lena diulit mimpi selepas solat subuh. memula antar abg n mira. jarak rumah ke sekolah tak sampai pun 1 km. lepas tu berdesup ke stesen putra gombak. ye lepas kereta yg satu lagi accident ( sewaktu dipandu adik iparku) hubby ke opis naik lrt. bagus jugak , dpt jimat sikit. tapi kesian hubby ku tu, ye lah pepagi bekejar ke opis. turun kat ampang park ,then jln kaki ke opisnya. kul 8.00 pulak terpaksa bergegas ke klcc untuk meeting. kalau rajin dia akan menapak dr opis ke klcc. bepoloh jugak la. kalau tak, pegi ampang park , amik lrt ke klcc. mcm tu tiap hari. nak buat camno dah kejenya ada kaitan ngan minyak n gas.
so hari ni lepas antar hubby, antar adik ke sekola.ada kokurikulum. lepas tu balik umah. kejut baby utk anto ke kinddy. bole dia kata , sori mummy , i'm so sleepy. give me 5 minutes more. itula last nite kul 12 baru tido. dok layan kungfu panda. bila ku gerak lagi , terus di tarik selimut n jerit. i dont want go to school. i'm so sleepy. i want sleep. uuu mak aiii...........kemain lagi.
tak apa lah kalau x mau gi kinddy. aku pun x akan paksa dia sbb dia dah gi kinddy sejak umurnya 2 tahun. aku x mau dia boring ngan alam sekolah. so kalau tiba musim x nak gi skolah, ku biarkan aje. tapi kalau dah msk skolah betul , no way. mak kau ambik rotan nanti. he he he. aku x risau sangat, lagi pun baby dah bole membaca bahasa melayu n english. dah abih buku citer abg n kakak masa kecik dulu di bacanya. Math pun dia dah bole menambah dan menolak dua digit. pada aku ok la tu. exam lepas pun dia dpt no 1. dlm kelasnya ada 5 org . so agak mudah dia menerima ap yg cikgu dia ajar. lately pun ckgu kekadang masuk kan dia di kelas 6 tahun sbb dia agak laju dr kekawan yg lain. Alhamdulilah , aku amat bersyukur dengan anugerah ALLAH ini.
Tengahari ni aku cuma buat fishball sup dan goreng ayam yg dah ku perapkan dgn rempah
madu. Nasi aku dah masak pagi tadi. Nasi ayam ni kegemaran anak-anakku.
kul 12.45 aku gerak dr rumah anto adik n hariz, anak nani jiran ku. kami berpakat. tengahari aku anto n petang nani akan amik dia org kat sekolah. jimat sikit kan. anak-anak ku agak cerewet. x nak tumpang orang lain kecuali auntie nani je.sayang bebeno dia org tu kat nani jiran ku itu. auntie nani tu cool la ibu...... itu kata mereka. layan aje la.
kul 2.30 gi amik mira pulak. hari ni dia ada est. ada citer menarik. biar dia update sendiri lah. kul 4.30 ptg lak , gi amik abang pulak. hari ni dia bertugas kat pusat sumber. so balik lambat sikit la.
lepas tu , baru la aku bole duduk lipat kain yang meggunung tu. dekat 6.30 , aku call hubby, tanya kat mana. hari ni hubby plan nak balik lewat sikit n mintak aku amik dia kat opis kul 8.00 mlm nanti.
aku pun ajak baby siram bunga n sayur yg kami tanam. ye sejak minyak naik harga ni kami mula tanam sayur sendiri. cukup utk mkn sekeluarga. ada yg hidroponik n ada yg hubby tanam dlm pasu. seronok jugak. nanti aku update tentang itu. tengah aku menyiram pokok sayur tu , si baby menjerit ,mummy , can i play the rain? ha ......bila pulak ujan. rupanya dia suruh aku pancut air tu mcm hujan. aku layan kan aje. seronok betul dia. nanti mira update kisah tu.
then lepas maghrib, hubby call, suruh amik kat lrt gombak sbb dia kensel plan blk lewat. ada construction sebelah opis dia, dok dung dang dung dang. naik pekak telinga katanya. baik balik,buat keje kat rumah. so lepas anto abg tusyen , terusla aku ke lrt , amik hubby.
kul 10.00 gi amik abang kat tuition centre nya. aku ajak adik teman, si baby pun sibuk mengekor. aku tengok hubby agak penat. sampai tertido atas sofa. so aku x gerak dia la.benda yg aku bole buat , akan ku usaha lakukan sendiri.
lepas tu baru la aku dapat cuci pinggan n kemaskan dapur. Lepas dinner tadi aku tingalkan aje dlm sink. mcm tu lah selalunya. bila anak-anak dah tido , baru aku cuci pinggan mkn mlm n kemaskan dapur.
la ni semua dah tido. baru la aku dapat ehat kan badan. arrrgggggggg mata pun dah mengantuk. so aku tido dulu la. ok , selamat malam....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
sehari dalam hidup ku..............................
celoteh Mummy Cinta! at 00:04
Labels: anak-anak hubby jimat rutin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment