kring..kring...........bu , ayah ni. kat mana tu? on the way. game baru abis.ada berita sedih la. apa dia? MADI DAH TAK ADA......... hah!!!!!!!!!!! :O bila? pagi tadi kol 10.00 lebih , kat ampang puteri. sakit apa? jantung..............tapi la ni dia orang dah bawak balik jenazah ke trg. Inalillahiwainalillahirrajiuun......................
Allahyarham Madi adalah schoolmate suamiku semasa sek men sains kuala trg. sebak daada ku mendengar berita sedih ini. terkenang anak-anaknya yang masih kecil. kalau x silap aku yang bongsu baru berusia 4 tahun dan yang sulung baru nak SPM tahun ini. sebaya abang. isterinya SALMI juga rakan sekelas suamiku. yang membuat aku bertambah pilu memikirkan anak-anak yatim ini kerana mereka kini yatim piatu. ya yatim piatu kerana ibu mereka allahyarhamah Salmi telah pun dahulu menemui Allah pada bulan ramadhan 2004 yang lalu. sayu dan pilu hati ku mengenang keempat beradik yang hilang tempat bergantung itu.
Allah maha mengetahui , aku tahu perancangan Allah adalah yng terbaik buat hambanya. pasti ada hikmah kepada keempat-empat yatim piatu ini , diuji sebegini. Buat kedua-dua sahabat ini , aku dan suami memanjatkan doa agar mereka mendapat perlindung Allah dan damai di sana sehingga hari kebangkitan. buat anak-anaknya kami doakan agar tabah dan kuat menghadapi cubaan ini. AL_FATIHAH......................
kau pergi jua......................
celoteh Mummy Cinta! at 21:41
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment