BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label sambal tumis sotong kurang pedas petua. Show all posts
Showing posts with label sambal tumis sotong kurang pedas petua. Show all posts

sambal sotong kesukaan anak-anakku


Anak-anakku memang x suka makan cili. kalau masakan tu pedas , memang tolak tepi la. tapi kalau tomyam tu makan pulak . pedas pun pedas la. so kalau nak masak sambal tumis , aku akan letak bawang banyak-banyak sehingga hilang rasa pedas. so hari ni mummy nak share resipi sambal sotong yang x pedas untuk mereka yg x makan pedas. he he he

mcm biasa bahannya
sotong segar 1 kg ,
2 sudu besar lada kisar (cili segar) ,
3 labu bawang besar(2 dikisar , 1 tu dihiris bulat) ,
5 sudu air asam jawa ,
3 btg serai,
2 sudu besar minyak masak ,
sedikit daun ketumbar , garam dan gula.


bersihkan sotong. (kalau besar potong beberapa bhg). panaskan minyak dalam kuali , tumis lada hingga masak ( lada kalau dah masak, terbit minyak), masukkan bawang kisar dan serai yang dititik. biarkan hingga bawang betul-betul masak. masuk air asam jawa (sukatan asam jawa , jgn banyak air dan ikut kemasamannya sbb ada yg masam n ada yg kurang masam), biarkan didih sekejab. masukkan sotong. tutp seketika. (jgn lama , nanti sotong keras) masukkan garam dan gula. rasakan keseimbangan rasa masam , manis dan masinnya. sebelum angkat taburkan daun ketumbar dan bawang yg di potong bulat tadi.

beberapa petua ;

jgn masak sotong terlalu lama kerana ia akan keras dan tidak enak dimakan.
untuk mengelakkan sotong menjadi keras , celur sekejab sotong dalam air panas sebelum dimasak.
bancuhan air asam jawa, biar pekat kerana sotong mengeluarkan air apabila dimasak.
kalau terlalu masam , seimbangkan dengan manis.
kalau terlalu pedas , seimbangkan dengan masam dan manis.
kalau terlalu masin , seimbangkan dengan masam dan manis.
kalau terlalu manis , seimbangkan dengan pedas dan masam.

* manis : gula pasir , gula melaka , gula batu , air rebusan udang , sotong or ayam , udang kering.
(elakkan guna aji no moto)

masin : garam la ( jgn masin sangat , nanti darah tinggi pulak)

masam : asam jawa , asam keping/gelugur , perahan limau nipis/kasturi , cuka , buah
tomato separuh masak , belimbing buluh , mangga muda , sos tomato

pedas : cili kering/segar dikisar , cili padi , sos cili , cili serbuk , serbuk kari ,


selamat mencuba..............



ps.... waaaaaaaaa mummy rindu kat anak-anak...............sob sob sob

Clix