BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

dinner ngan orang jauh.........................


malam jumaat lepas kami sekeluarga ada dinner dengan sahabat lama yang menetap di dahran saudi arabia. harun dan sue sekeluarga pulang bercuti selama 2 minggu. sebelum itu dia orang satu famili bercuti sakan kat perth dan goldcost selama 2 minggu. best nya aku dengo cerita percutian mereka. siap jumpa bebudak af6 yg pi cuti kat sana. yang lawaknya dia orang x kenal bebudak tu tapi budak af tu yang kenalkan diri mereka dan ajak anak-anak sue begambar. tak popular nak wat camno kan.....

hmmm daddy dok pikir tu camno nak gi dinun gak............

malam tu lepas maghrib kami gerak dari rumah menuju ke ttdi. janji jumpa 8.30 kat restoran muhibbah. x susah nak cari restoran tu. agak ramai jugk malam tu. bila dah jumpa , apalagi peluk-peluk , tanya kabar n berborak panjang la we all sambil menjamu selera. terima kasih harun belanja kami semua. sedap lauknya terutama kerabu pucuk paku tu. i suka sangat.





auntie sue yng sentiasa vogue the vazzzzz.......

memacm citer yang keluar.sikakak apa lagi,jump gang dia , x berenti cot cet dia oraang. ye lah, dia orang balik setahun sekali , last year x balik, hah kau kali jumpa banyak nak citer tu.


6 dara pingitan. jangan memain , yang tengah tu nak terbang ke uk n new zealand next year.

aku tumpang bangga dengan sue sekeluarga. wlu pun dia orang di tahap sekarang, tetap tak sombong dan mesra macam biasa. ada sesetengah tu bila dah berjaya, lupa kawan lama kan.

sebelum berpisah mestilah posing dulu, bawah neon lagi...



aku jugak tumpang bangga dengan kejayaan anak-anak mereka. yang sulung n ketiga tu dengar kabar akan terbang ke uk dan new zealand next year untuk study kat sana. auntie doakan kakak berdua berjaya dlam mengejar impian ye. umur panjang 2 tahun depan jumpa lagi. take care n love u all :)

mira n baby bersama anak-anak harun n sue. tima kasih daun keladi.

hasil tanaman kami.....

balik dari amik abang n mira tadi , baru ku perasan yang pokok timun yang ditanam hubby dah mengeluarkan bunga. wah bangganya aku. ni mesti caling-caling hubby. sekali dia jawab pelahan je. i dalam meeting yang. ops sorry.......mesti antar mms ni. bagi dia teruja dalam meeting tu...ha ha ha. aku memang suka kacau hubby dalam meeting.kekadang anto sms i miss u . bengang je dia......................


tengok pokok tu dah keluar bunga. dah dua pokok berbunga. tapi ada problem cikit. tak buat junjungnya lagi. pokok mentimun kan kena buat junjung sbb jenis memanjat kan. petang ni mesti buat jugak ni.

timun yang kami tanam ni orang trg panggil timun 40 hari. yang kecik-kecik tu. rasanya best. rangup dan segar aje. keluarga aku memang suka timun ni. kalau balik kemaman pasti kami beli bebanyak. bawak balik kl. bole simpan dua tiga minggu. tak sabarlah nak tunggu buahnya nanti....................

durian oh durian

tepat jam 7.30 petang semalam , adik dan daddynya sampai dari kemaman. wah sebakul durian diborongnya. apa lagi melompatlah si baby. di a kan ngikut bapaknya yang antu durian. lepas solat maghrib, bersila la kami 6 beranak mengadap durian. itu lah diner kami malam tadi. sampai tersandar makan durian. pagi ni pun ada lagi belen-belennya. jab lagi si baby pasti akan mintak lagi tu. kan dia antu durian..........

hubby borong durian kijal. fresh dari dusun lak tu. murah oii. tapi aku tak berapa suka durian kemaman ni sbb rasanya lemak manis. aku lebih suka durian yang ada rasa pahit. lagi pahit lagi sedap. hmmmmmmm dah dibelikan banyak pulak songehnya.sekeh kang....jeling suamiku :)

kau pergi jua......................

kring..kring...........bu , ayah ni. kat mana tu? on the way. game baru abis.ada berita sedih la. apa dia? MADI DAH TAK ADA......... hah!!!!!!!!!!! :O bila? pagi tadi kol 10.00 lebih , kat ampang puteri. sakit apa? jantung..............tapi la ni dia orang dah bawak balik jenazah ke trg. Inalillahiwainalillahirrajiuun......................



Allahyarham Madi adalah schoolmate suamiku semasa sek men sains kuala trg. sebak daada ku mendengar berita sedih ini. terkenang anak-anaknya yang masih kecil. kalau x silap aku yang bongsu baru berusia 4 tahun dan yang sulung baru nak SPM tahun ini. sebaya abang. isterinya SALMI juga rakan sekelas suamiku. yang membuat aku bertambah pilu memikirkan anak-anak yatim ini kerana mereka kini yatim piatu. ya yatim piatu kerana ibu mereka allahyarhamah Salmi telah pun dahulu menemui Allah pada bulan ramadhan 2004 yang lalu. sayu dan pilu hati ku mengenang keempat beradik yang hilang tempat bergantung itu.



Allah maha mengetahui , aku tahu perancangan Allah adalah yng terbaik buat hambanya. pasti ada hikmah kepada keempat-empat yatim piatu ini , diuji sebegini. Buat kedua-dua sahabat ini , aku dan suami memanjatkan doa agar mereka mendapat perlindung Allah dan damai di sana sehingga hari kebangkitan. buat anak-anaknya kami doakan agar tabah dan kuat menghadapi cubaan ini. AL_FATIHAH......................

kena tinggal lagi...........:(

Huh................gerrrrrrrrrrrammmmmmmmmm. sudahlah separuh hari kat pdg ijau nya itu , tiba-tiba hubby call . sayang , i otw ke umah ni , sori to say i kena gi kemaman la. ada meeting tomorrow morning. nak ikut tak? hmmmmmm kalau ikut hati nak aje aku ikut buuuutttt pikirkan kain baju yg menimbun nak gosok tu , tepaksalah mengalah. suruh adik je ikut ayahnya.

so sat ni leps assr begeraklah dua beranak tu ke kemmn. aku tak ikut lor.abang n mira byk hwork. mummy pulak lagi byk hwork nak buat.

wahhhhhhhhh adik ...mentang-mentang keta tu dia sorang , abih bantal dibawaknya. siap satu beg cd. entah tenguk movie ke movie tengok dia. siap bawak bekal nasi n muffin n air. anak kesayanganku yang sorang ni tak bole lapar. kalau lapar sah-sah tak ada tenaga. huh kuat makan.........!

ok bye bye sayang.....drive carefully . jangan merempit okey. kalau ngantuk , tido. n DONT FORGET>>>BELI DURIAN BEBANYAK....................kirim salam atok ye.

kemalasan memasak

adoi malas betul nak masak ari ni. deeeeaaaarrrrrr.....kita makan luor yeeeeeeeeee. kat kak eta ke........he he he. kat wangsa maju ada satu kedai stimbot fav anak-anakku. once a month kami akan ke sana. tapi la ni lama x pegi sbb kat situ dah sibuk semacam. x macam dulu.nak park kete pun azab. pegi nelayan titiwangsa pun okey gak ni.

sebab aku malas nak masak , aku bake satu round lagi muffin untuk lunch hari ni. he he he kesian anak-anak. mummy kemalasan ari ni. tapi dah kul 2.00 gitu ,kesian la pulak kat anak-anak , mummy pun paksa diri msk dapur. capai rempah segera beriani, keluarkan ayam dan serba rempahnya. taaraa siap la nasi beriani segera. walau x sama dengan restoran syed tu , boleh la buat isi perut kosong.

kena tinggal

wah lama tak berceloteh. sibuk manjang.melayan suami dan anak-anak ni sehari suntuk x abis keje.


hari ni tinggal aku berdua ngan baby. daddynya apa lagi. mencangkul kat padang ijau le. mentang-mentang geng mencangkulnya yang duduk kat saudi baru pulang bercuti . senyum manjang dok mengelap kayu golfnya malam tadi. dah lama x mencangkul, hah kau,pepagi buta kul 6.00 pagi tadi dah gerak. semangat suamiku itu. biar lah. bagi peluang dia bersama kengkawannya. release tension.





abang pulak kul 8.00 tadi dah gerak ke sekolah. ada latihan silat. anak bujang ku ini gigih berlatih silat. minggu depan ada ujian silat. dah itu minatnya. ikutkan aje. seblm pegi tadi,sempatlah aku buatkan telur separu.h masak 2 biji n air horlicks kat dia. nanti kalau lapar dia makanlah roti yang dijual kat kantin tu.anak bujang kesayanganku ini agak simple orangnya. makan minum x cerewet.asal kenyang. untung menantu ku nanti :) mommy luv u abang hariz.





mira ngan adik lak kul 9.30 tadi gerak gi skolh. hari ni semua kena jalan kaki.keta x ada. kan keta sebuah lagi dlm bengkel.x siap lg. meka dua tu nak gi cari cenderhati untuk badan pengawas.bln depan jamuan pengawas. so as bendahari,mira kena gi la beli cenderahati ngan pengerusi kelab pengawas. dah adik pun pengawas,aku perentah kan dia eskot kakaknya. bahaya oii bior anak dara jalan sorang. so sebelum gerak tadi sempat la makan muffin yang aku bake pagi tadi. sampai sorang ngap 2 biji muffin n segelas susu. mira siap tapau untuk pengerusinya. alahai anak dara ku. aceli muffin tu dia yang buat. semestinya bawah pemerhatian mommy. tu yang eksen sangat, nak suruh member dia rasa.


la ni tinggal bedua ngan baby. dia dah start merengek kebosanan.ni nak menaip entry pun kena sambil pujuk dia. ok la.nanti sambung lagi.baby dah jerit.mommy i want my mariposaaaaa!!!!!!!!!

okey darling.mommy coming...................

the roller coaster..

hehehe..agk pelik kan title utk entry nieyh?ape kes roller coaster neyh?xde keje tengah2 org duk gi skola die nk main roller coaster..hehehe..gimik je sbenanye...mse est smlm mra kne present psl roller coaster..

so, mira just kne duduk diam cuz bebudak laki ni gtl nk wat presentation sndri..hehehhe..so, bia pi la...our team ni yg last jd kiteorg dapat tgk others to present it first...tp yg lain smua cam suam2 basah..xla best sgt dorg nye persembahan..ceyhhhh...hihi

bile da sampai our team si bebudak laki ni bkn men lg nk wat presentation...klu time lain bkn men mls lg nk bgn tp kali ni bersemngt waja okeyh!depa duk happy nk kne kan mira..

diorg namekn roller coaster tu "the orgasm"..hah!mne x malu mira dibuatnye..da la mira sesatu pompuan dlm grup nieyh..ai, mau aku lesung korg sesorg taw!tp..nsb bek mira kne diri sbelah je..diam sesorg...org lain dok gelak sakan!sungguh malu btol..

baby in the rain..

adoi pnt btol arini..mira blk tros terbongkang dlm blk sesorg kasi tido!hehehhe..pnt okey..pas pkl 5.30 td mira turun dgr baby dok nyanyi kuat2..meroyan ape?ye la..mne tak nye dok nyanyi lagu ujan die.."rain, rain go away come again another day.."org dok pepanas ari ni die dok nyanyi lagu ujan..mmg nk kne bdk nieyh!ceyh..hehehe

skali mira kuar..nmpk ibu dok nyiram pokok tp bile btol2 duk luar umh mira nmpk si monster tu tgh lompat2..ibu kasi pancut air paip sama die la..habs basah lencun..teringin juga mira nk men air cam die..tp bolayaannn la..saiz lain2...klu baby tu mcm tikus..mira ni cam gajah...adoiyai...hihih


mula2 tu die dok lompat2 kat ats rumput cuz kat ctu ade paddle of mud cket..punye la girang die bersuka ria..mau je mira mandi skali..hehehe..pabila ingat blk psl saham ku yg akn jatuh klu ade org nmpk nie...terbatal le niat mira tuh..hihih

lps lompat2 die nyanyi pulak..klu pelahan xpe juga..ni mcm die sorg duk kat kwsn perumahan nieyh..ceh3...lelebih la pulak minah ni..hihi...tp, yg best tu bolej die bukak bju kt luar,..adik sape la ni..ish3

sehari dalam hidup ku..............................

Hari ini spt hari-hari yang lalu , rutin menghantar dan mengambil insan2 tercinta dr sekolah n pejabat. spt biasa seawal 7.10 pg , kami keluar dr rumah. Baby ku tinggalkan dgn atoknya yg juga lena diulit mimpi selepas solat subuh. memula antar abg n mira. jarak rumah ke sekolah tak sampai pun 1 km. lepas tu berdesup ke stesen putra gombak. ye lepas kereta yg satu lagi accident ( sewaktu dipandu adik iparku) hubby ke opis naik lrt. bagus jugak , dpt jimat sikit. tapi kesian hubby ku tu, ye lah pepagi bekejar ke opis. turun kat ampang park ,then jln kaki ke opisnya. kul 8.00 pulak terpaksa bergegas ke klcc untuk meeting. kalau rajin dia akan menapak dr opis ke klcc. bepoloh jugak la. kalau tak, pegi ampang park , amik lrt ke klcc. mcm tu tiap hari. nak buat camno dah kejenya ada kaitan ngan minyak n gas.

so hari ni lepas antar hubby, antar adik ke sekola.ada kokurikulum. lepas tu balik umah. kejut baby utk anto ke kinddy. bole dia kata , sori mummy , i'm so sleepy. give me 5 minutes more. itula last nite kul 12 baru tido. dok layan kungfu panda. bila ku gerak lagi , terus di tarik selimut n jerit. i dont want go to school. i'm so sleepy. i want sleep. uuu mak aiii...........kemain lagi.

tak apa lah kalau x mau gi kinddy. aku pun x akan paksa dia sbb dia dah gi kinddy sejak umurnya 2 tahun. aku x mau dia boring ngan alam sekolah. so kalau tiba musim x nak gi skolah, ku biarkan aje. tapi kalau dah msk skolah betul , no way. mak kau ambik rotan nanti. he he he. aku x risau sangat, lagi pun baby dah bole membaca bahasa melayu n english. dah abih buku citer abg n kakak masa kecik dulu di bacanya. Math pun dia dah bole menambah dan menolak dua digit. pada aku ok la tu. exam lepas pun dia dpt no 1. dlm kelasnya ada 5 org . so agak mudah dia menerima ap yg cikgu dia ajar. lately pun ckgu kekadang masuk kan dia di kelas 6 tahun sbb dia agak laju dr kekawan yg lain. Alhamdulilah , aku amat bersyukur dengan anugerah ALLAH ini.

Tengahari ni aku cuma buat fishball sup dan goreng ayam yg dah ku perapkan dgn rempah
madu. Nasi aku dah masak pagi tadi. Nasi ayam ni kegemaran anak-anakku.

kul 12.45 aku gerak dr rumah anto adik n hariz, anak nani jiran ku. kami berpakat. tengahari aku anto n petang nani akan amik dia org kat sekolah. jimat sikit kan. anak-anak ku agak cerewet. x nak tumpang orang lain kecuali auntie nani je.sayang bebeno dia org tu kat nani jiran ku itu. auntie nani tu cool la ibu...... itu kata mereka. layan aje la.

kul 2.30 gi amik mira pulak. hari ni dia ada est. ada citer menarik. biar dia update sendiri lah. kul 4.30 ptg lak , gi amik abang pulak. hari ni dia bertugas kat pusat sumber. so balik lambat sikit la.
lepas tu , baru la aku bole duduk lipat kain yang meggunung tu. dekat 6.30 , aku call hubby, tanya kat mana. hari ni hubby plan nak balik lewat sikit n mintak aku amik dia kat opis kul 8.00 mlm nanti.

aku pun ajak baby siram bunga n sayur yg kami tanam. ye sejak minyak naik harga ni kami mula tanam sayur sendiri. cukup utk mkn sekeluarga. ada yg hidroponik n ada yg hubby tanam dlm pasu. seronok jugak. nanti aku update tentang itu. tengah aku menyiram pokok sayur tu , si baby menjerit ,mummy , can i play the rain? ha ......bila pulak ujan. rupanya dia suruh aku pancut air tu mcm hujan. aku layan kan aje. seronok betul dia. nanti mira update kisah tu.

then lepas maghrib, hubby call, suruh amik kat lrt gombak sbb dia kensel plan blk lewat. ada construction sebelah opis dia, dok dung dang dung dang. naik pekak telinga katanya. baik balik,buat keje kat rumah. so lepas anto abg tusyen , terusla aku ke lrt , amik hubby.

kul 10.00 gi amik abang kat tuition centre nya. aku ajak adik teman, si baby pun sibuk mengekor. aku tengok hubby agak penat. sampai tertido atas sofa. so aku x gerak dia la.benda yg aku bole buat , akan ku usaha lakukan sendiri.

lepas tu baru la aku dapat cuci pinggan n kemaskan dapur. Lepas dinner tadi aku tingalkan aje dlm sink. mcm tu lah selalunya. bila anak-anak dah tido , baru aku cuci pinggan mkn mlm n kemaskan dapur.

la ni semua dah tido. baru la aku dapat ehat kan badan. arrrgggggggg mata pun dah mengantuk. so aku tido dulu la. ok , selamat malam....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Bengong.......................

Semalam aku ke sekolah adik utk amik report card (rk) sbb masa hari terbuka tu aku x sempat mengambiknya. Aku n hubby terpaksa rush blk ke trg amik fil yg sakit . ye lah sejak mak tak ada ni , fil aku tu selalu x sihat. sedih la kan. so hari tu lepas amik rk abang n mira , kami terus blk trg. adik kan sekolah ptg, so x sempat la.
Jadi semlm baru aku ada masa nak amik. Pkl 3.40 pm tu menonong la aku ke sekolah yg 3 minit je memandu dr umah. Sampai kat san terus ke pejabat.

mummy : asalamualaikum.
kerani : Walaikumsalam. Ye ada apa puan. ( Wah bagus budak ni)
mummy ; Saya ni nak amik rk anak dr kelas 1 .....
kerani : ok puan boleh terus ke bilik guru kat tkt 1 blok c.
mummy : terima kasih dik.

terkedek-kedek lah aku mencari bilk guru. Tengah jln , jumpa bekas murid aku thn 2002. Kenal pulak da org kat aku. Terharu tau. Berbual sikit, dia org dgn baik ati bawak aku jumpa Pn ..... tu
Dia ada kat bilik ..

mummy : maaf cikgu menganggu. saya ibu ...........hari tu saya x dpt dtg. ada hal.jadi ni
nak amik lah rk tu.
cikgu : oh ye ke. tapi rk tu x ada kat saya,
mummy : abih tu saya kena jumpa sapa pulak ni.
cikgu : mcm ni puan. ada sedikit kesilapan teknikal pd rk kelas anak pn. sblm ni markah A adalah 80% ke
atas tapi hari dpt rk tu sekolah naik kan 75% dah A , so kom dah salah keluarkan result. ( start nak
salahkan komputer) jadi keputusan satu kelas salah. ni saya sedang perbaikilah. nanti kalau dah
sudah saya bagi rk tu kat anak puan
mummy : ok la cikgu tapi guru pengwas nak kan result dia.
cikgu : ok tak apa , nanti saya bagi kat dia. sori la puan , saya ada keje nak buat ni.
mummy : ok cikgu, terima kasih. { dalam hati : sengal betul cikgu ni. nak tipu aku ye)

Aku pun balik dgn hati yg geram kerana ku tahu apa sebenarnya berlaku. Cikgu tu try nak tipu aku . Masalahnya markah 75% ke atas tu A dah 2 tahun dilaksanakan di sekolah tu. mcm mana dia boleh kata hari amik rk tu baru sekoalh buat cam tu. mau aku gi jumpa pengetua , apahal lembab sangat sistem sekolah ni sampai ada cikgu yg x dpt informasi yg betul. Aku geram betul sbb so far abang n mira punya form teacher x pernah la pulak sengal mcm cikgu sorang ni. kesian adik. Dah la dr awal taun dia dok komplen memacam tentang cikgu kelasnya tu. Tapi aku n hubby buat derk aje sbb x mau la nanti dia ingati aku bela dia, x respek kat cikgu pulak.

Ptg tu bila amik adik dr sekola terus aku tanya, ada tak cikgu bagi rk kat adik. Tak ada pun bu. cikgu x ckp apa pun. GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR. siap ko cikgu,hari ni kalau x ada rk tu, esok aku gi jumpa pengetua. Kau cuba nak tipu aku yg dah berbelas taun jadi cikgu ni ye........Bengong betul..............

Clix