Quality time for our babies
cewah tajuk tak boleh blah
kasi gempak kata mira.....
so petang ahad tu
balik dr waterfall kat kemensah
kita org rehat dulu
bagi baby tido dulu
cadangnya lepas asar
nak ke bkt jalil jengah abang.
minggu ni abang tak balik
nak siapkan assignment
so cadangnya hari minggu ni
nak amik dia kejab
gi jenjalan satu family
gi makan-makan
shopping sikit-sikit............
tapi dlm kul 2.30 gitu
abang call.....
A : bu , kat mana tu
M : kat rumah. abang kat mana/
A : kat bilik. ibu tak jadi pegi piknik ke
M ; Pegi. Ni dah balik la. mandi pun tak lama.
A :oookejab je lah pegi waterfall tu. best tak bu... baby camana?
M : ok lah tpt tu cantik. tapi yg tak best , abang tak ada. kurang seronok la.
baby kata kalau ada abg lagi best.
A : he he he kesian baby. tak apalah nanti free abang balik la. kita gi ye bu.
M : of course..he he he. abang dah makan?
A : dah. abg mkn nasi lauk kicap je. he he he
M : la knp tak beli lauk.
A : he he he saje...
M ; duit dah abes ke? ni mesti tak de duit....
A : ada lagi sepuluh inggit. simpan utk esok.
M : La knp tak bgtau. nanti ibu gi antar duit.
A : he he he boleh jugak. nak gerak dr rumah ibu call lah abang.
M ; ok. take care.love u. bye
A : assalamaualaikum.
mummy pun apa lagi la gelabah giler.
sedeh lak dengar anak bujangku itu makan nasi ngan kicap je,
abis ku gegar satu rumah suruh siap
kita gi nengok abang.
so dlm kul 4 , gerak terus ke bkt jalil.
hostel abang dekat ngan tpm.
call abg tak berjawab.
dah tiba kat hostel dia ., still tak angkah phone.
tido ke anak bertuah ni.
so mummy decided gi giant kat south city plaza dulu
shoping sikit stok mkn abang
tengah shopping barulah abang call
rupanya dia gi swim.
patut tak angkat phone.
aku suruh je dia jalan kaki ke giant
n teruskan aktiviti menhabiskan duit sang bapak.
lepaas shoping, terus gi makan.
barulah lengkap zailan's family
kita gi kat marry brown je.
oleh sebab father's day
mummy la yg keluar duit belanja makan
sesekali apa salahnya.
makanlah kami sambil bergurau senda
happy betul mummy bila semua anak ada depan mata
bahagia rasanya
lepas makan kami gi main bowling kat tkt 3
kami biar 3 beradik tu main.
sambil melayan telatah baby.
dekat maghrib baru abes main.
lepas semayang magrib kat surau
terus antar abg balik hostel.
straight balik rumah
memasing dah keletihan
sampai rumah , mandi ,solat isyak,
kebabommm semua tumbang keletihan............
penat tapi mummy n hubby happy
coz dpt menggembirakan anak-anak
n spent time ngan baik.............
Alhamdulillah ,
terima kasih Allah atas anugerahMu ini.....................
celoteh Mummy Cinta! at 16:07
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment