BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

grill n gate raya...............................................

masih kat kemaman
lepas dzohor baru nak gerak balik kl
hubby decided nak cat grill pintu n gate
katanya dah berkurun tak cat
so pegi kedai
beli cat
n teruskan misi mengecat

siapakah buruh yg diupah?
sapa lagi
kalau bukan
mira ngan adek
dengan gigihnya mengecat
sambil dikacau baby n nana


cat warna hitam
n hubby kata nak balas ngan
cat warna mcm wrought iron tu

hmmmm gate pun nak raya kan.........

Baby.......first time

this year first time baby puasa
alhamdulilah dari day2 hingga hari ni
baby puasa penuh
cuma hari balik kemaman tu ari je
tak tahan tenguk nana (causin) dok togok air depannya
teruslah merengek nak minum air

first day puasa pun relax je
tak ada komplen lapar ke dahaga ke
cuma moody la sikit
so abang n kakak puaslah
mengambik hati adek kecik diaorang

mummy syukur sangat
baby dah bole puassa
harap-harap baby boleh puasa penuh
insyallah mummy akan bagi
support kat baby
dah janji raya nanti nak bagi duit raya
n baju raya cecantik kat baby

go baby go
cayalah anak mummy.......

juadah kami berbuka puasa...................................

Dah masuk hari ke4 puasa baru ada masa nak update
maklumlah as a mother
merangkap DO (dapur officer)
sudah tentulah bulan ramadhan extra sikit sibuk kat dapur

melayan tekak anak-anak dan suami
amat menggembirakan
hilang penat bersilat kat dapur
bila tenguk hubby n anak-anak makan ber++++++


first day puasa
bersahur dengan nasi goreng
berbuka laksa penang n laksa kuah putih
melengkapi hidangan kfc ori + hotspicy
ditambahi puding roti yang dibuat oleh adek hubby
kami ajak berbuka sama
memandangkan fil ada buka sama
pulak tu birthday abang
so aku beli aje walnut cheese cake kat sr
lepas terawih kami buat surprise party sikit kat abang
ha ha ha terkejut dia ...

second day puasa
menunya udang + kacang panjang masak lemak cili api
sambal tumis sotong
kangkung belacan
ikan + ayam goreng kunyit
nasi putih
kuih lepat ubi n karamel (beli depan zoo negara)
berlumba-lumba anak-anak mummy menambah nasi
suker je hatiku


third day pulak
mummy tak sempat masak
lepas antar abang balik hostel
terus mummy n hubby ke ikea
gi amik glass door utk kitchen cabinet
masa beli tu ari ada manufucture default
so gi tukar abis stok pulak
tu yang baru gi amik ni
lepas pihak store ikea call
confirmkan stok dah ada
so balik dari ikea dah pukul 5.30 ptg
mana sempat masak
cuma sempat masak nasi n air je
so mummy ajak hubby gi ayamas
beli aje ayam percik 2 ekor
so hari tu kami berbuka
1 lauk je.
but not bad
habis nasi satu periuk
adek n mira bertambah-tambah makan
yang bestnya kuih pun tak ada
woii jimat betul

hari ke4 dan 5 kami berbuka di kemaman
balik antar fil
dia nak puasa kat kampung
so nanti tenguk le
apa yang mummy masak kat kampung
rasanya nak masak bubur lambuk terengganu kot

inilah rahmat ramadhan
kalau hari biasa tak kisah apa menum pun
hantam sajalah.........................
tapi bulan puasa
tetiba je rajin ngan pelbagai menu......
hermmmm

Ramadhan datang lagi.........................

Ramadhan datang lagi.
marilah bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia.
bulan seribu bulan yg penuh bereerti
bagi setiap muslimin muslimat.

meriahkan hari-hari anda
dengan bertadarus , berzikir , tahajud dan sedekah
jangan lupa banyakkan berdoa dan solat sunat
kerana bulan ini adalah bulan bonus untuk kita semua
rebutlah peluang yang datang setahun sekali
kerana belum tentu ramadahan akan datang
kita masih di sini...........................

Family Trip .............Langkawi (part 1)

lama dah hubby plan
dari tahun lepas lagi
kekangan masa dan komitment lain
rancangan nak perabih pitih kat langkawi
terpakssa ditunda tahun ini

memandangkan abang pun tengah smester break
so kami sepakat terbang ke langkawi minggu lepas
saja nak menerai service airasia
seblm ni tak pernah cuba airasia
so hubby kata kita cuba
murah pun murah

so hari jumaat tu
kul 10 mummy abang adek n baby
naik lrt ke kl sentral
untuk catch bus ke lcct
hubby pulak kena tunggu mira
anak dara tu ada ujian bulanan
lepas dia habis kelas
dia ngan daddynya akan terus
kelcct by car
kete tinggal kat lcct
senang nak balik nanti
katanya flight balik jam 11.40pm

so sampai kat sentral
mummy mula panik
tak tau nak gi mana
call hubby tapi masih tak jumpa bas
last-last gi kaunter tiket tu tanya kat mana
bus airasia nak ke lacct
rupanya kena turun tangga
nampak nau tak pernah naik
yelah biasanya terus ke klia
tak pernah naik dari kl sentral

so jumpa bus terus naik
baby dah start excited
berkicau je mulutnya
dari sentral sampaila ke lcct
amoi kat sebelah tu
senyum-senyum je tengok perangai dia

dlm 45 minit sampai kat kl sentral
tengok belum boleh check in
not bad lah terminal ni
first time ni guna lcct ni
cuma kemudahan tu kureng sikitla
kata pun tambang murah kan
apa pun syukur kerana negaraku yang aman ini
memberi peluang anak watan menikmati kemudahan
yang disediakan dengan bebas

adek ngan abang dah lapar
so terusla gi mcd
lepak kat mcd dlm 45 minit
n terus masuk dlm
ingat nak check in
tapi tak boleh sbb daddy ngan mira
belum sampai lagi

dlm 30 minit gitu
mira ngan daddy pun sampai
pass baby kat daddynya
mummy mira abang n adek
terus gi solat
lepas tu turn daddy pulak
n baby cam biasa
kalau ngan daddy tak kan mau ngan mummy dah
terus ikut daddynya gi solat
mummy lagi suka he he he

bila semua dah solat
terus check in
n tunggu flight kul 16.30 pm

Clix