BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Family Trip .............Langkawi (part 1)

lama dah hubby plan
dari tahun lepas lagi
kekangan masa dan komitment lain
rancangan nak perabih pitih kat langkawi
terpakssa ditunda tahun ini

memandangkan abang pun tengah smester break
so kami sepakat terbang ke langkawi minggu lepas
saja nak menerai service airasia
seblm ni tak pernah cuba airasia
so hubby kata kita cuba
murah pun murah

so hari jumaat tu
kul 10 mummy abang adek n baby
naik lrt ke kl sentral
untuk catch bus ke lcct
hubby pulak kena tunggu mira
anak dara tu ada ujian bulanan
lepas dia habis kelas
dia ngan daddynya akan terus
kelcct by car
kete tinggal kat lcct
senang nak balik nanti
katanya flight balik jam 11.40pm

so sampai kat sentral
mummy mula panik
tak tau nak gi mana
call hubby tapi masih tak jumpa bas
last-last gi kaunter tiket tu tanya kat mana
bus airasia nak ke lacct
rupanya kena turun tangga
nampak nau tak pernah naik
yelah biasanya terus ke klia
tak pernah naik dari kl sentral

so jumpa bus terus naik
baby dah start excited
berkicau je mulutnya
dari sentral sampaila ke lcct
amoi kat sebelah tu
senyum-senyum je tengok perangai dia

dlm 45 minit sampai kat kl sentral
tengok belum boleh check in
not bad lah terminal ni
first time ni guna lcct ni
cuma kemudahan tu kureng sikitla
kata pun tambang murah kan
apa pun syukur kerana negaraku yang aman ini
memberi peluang anak watan menikmati kemudahan
yang disediakan dengan bebas

adek ngan abang dah lapar
so terusla gi mcd
lepak kat mcd dlm 45 minit
n terus masuk dlm
ingat nak check in
tapi tak boleh sbb daddy ngan mira
belum sampai lagi

dlm 30 minit gitu
mira ngan daddy pun sampai
pass baby kat daddynya
mummy mira abang n adek
terus gi solat
lepas tu turn daddy pulak
n baby cam biasa
kalau ngan daddy tak kan mau ngan mummy dah
terus ikut daddynya gi solat
mummy lagi suka he he he

bila semua dah solat
terus check in
n tunggu flight kul 16.30 pm

1 comments:

Unknown said...

Up load la pics at Langkawi kat Siti..

Clix