BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Petua Melayu Untuk Mengelakkan Penyakit Batu Karang

1. Ambil sebiji buah nenas yang sederhana masaknya, kemudian dibakar sebentar atas dapur. Ia untuk membuang gas yang terdapat dalam buah nenas itu.


2. Potong kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian itu dan dikupas kulitnya lalu kisar/blender hingga hancur. Tapis dan minum airnya. Buat pada sebelah pagi dan sebahagian nenas lagi dikupas lalu kisar untuk diminum pada sebelah malam.

3.Bagi mereka yang sudah ada penyakit batu karang,amalkan ramuan ini selama satu minggu. Untuk mengelakkan penyakit batu karang minumlah sebulan sekali. 


*ensaiklopedia petua melayu lama

juadah berbuka kami

Alhamdulilah hari ni dah masuk hati ketiga
umat islam menunaikan fardu islam ke 3

syukur bagi kami sekeluarga
semuanya berjlan lancar
baby pun seronok turut mengerjakan ibadat puasa
dua hari penuh tanpa komplen
sayng baby....

untuk first day
sahur kami ikut selera adek
nasi putih bersama ayam bakar dan telur goreng
air susu sorang segelas

berbuka pulak ikut selera baby
hurmm senang je
baby mintak speggeti ngan meat ball
paling mudah tapi mummy masak juga
sayur kobis, goreng ikan siakap dan sambal.

second day kami bersahur dengan
nasi putih, telur dadar , sambal sardin dan sayur.
air kosong je.

berbuka pulak ikut tekak adek
roti jala dan kuah kari
sebab baby request lempeng
maka mummy buatkanlah 4 keping lempeng
air sirap and apple jus.

and sahur hari ketiga
telan air liur basi je
sebab..........................................
bila tersedar
.....................................................
hah! dah pukul 6.45 pagi
hoih dah lewattttttttttttttttttttttttttttttttt

Ramadhan datang lagi


Hari ini 11 ogos 2010
bersamaan 1 ramadhan 1431
ramadhan datang lagi...

kita maklum yang
ramadhan adalah bulan beribadah
malamnya adalah malam seribu bulan
bulan mendapat barakah
bulan di mana semuanya
saling mengingati Allah
bagi yang lalai
bagi yang ingat-ingat lupa
bagi yang selalu leka
berebut-rebut ke masjid
menunaikan terawih

bagi yang sentiasa bersamaNYA
sujud sepertiga malam
bacaan alquran pengganti hidangan siang
selawat dan zikir
penghibur waktu senggang


namun bagi diri ini
seorang ibu
ramadhanku bermula
sebaik senja 10 ogos 2010
melabuhkan sauhnya
mummy daddy adek & baby
bersiap ke masjid
berjemaah maghrib , isyak dan sunat terawih

tahun ni baby agak excited
sbb first time dpt ikut mummy
beerjemaah kat masjid.
macam=macam benda disoalnya
macamana nak lafaz niat
macamana nak niat dlm hati
berapa rakaat
apa nak baca
kenapa solat dua-dua
kenapa kena buat banyak-banyak
hurmmmm tugas daddy
terangkan apa yang patut....

berbalik pada diriku
sesungguhnya ramadhan banyak kenangan
yang tercatit di diari hidupku
paling tersentuh mendalam
setiap kali ramadhan menjelma
kesayuan menyambutnya
antara suka dan duka

suka kerana dipanjangkan umur
dapatku lalui ramadhan lagi
untuk tahun ini

yang dukanya
ramadhan menyaksikan
aku kehilangan insan yang paling ku kasihi
ibu tersayang HJH HENDON BT HASHIM
kembali ke rahmatullah
pada 17 ramadhan 1429
tiada kepiluan yang paling menyentap hati
inilah saat paling duka dalam hidup
tatkala melafazkan innalilahiwainnalilahirrajiiun

tahun ini
tahun kedua ku sambut
kedatangan ramadhan tanpa ibu dan ayah
sedih bukan kepalang
dan tahun i i jua
ramadahnku hadir
tanpa dua lagi jiwaku
dua anak kesayangan tanpa di sisi
anaak bujangku abang@muhammad zayn hariz
dan anak dara ku mira@fatin ummirrah
kedua-duanya nun jauh menuntut ilmu

sahurku subuh tadi
ku lalui dengan hati yang pilu
namun tak boleh ku tunjukkan
tak adil rasanya
untuk adek dan baby
tapi aku tak mampu menelan sesuap nasi pun
hanya meneguk air susu segelas
buat pelapik perut

hati ibu
terkenangkan apa yang
menjadi hidangan sahur anak-anakku itu
bagaimana mereka melalui
ramadan ini nanti
kesian anak-anakku

apa lagi bila
abang call kata dia demam
aduh sebak aku mendengar suara sayunya
aku tahu anakku mahukan aku di sisinya
tapi apakan daya
ibu mahu abang jadi orang
yang kuat hatinya
tabah jiwanya
sabar dengan dugaan
ibu doakan abang cepat sihat

bila malam
mira pulak call
bagitau tak sihat
hatiku bertambah walang
gundah gulana dibuatnya
sabar ye kak
ibu tau ini first time
akak puasa dirantau orang
tapi ibu doakan
akak dapat kekuatan untuk melaluinya
jadi insan yang tabah
ibu percaya kakak mampu melaluinya

yaAllah
bagilah aku kekuatan
untuk mengharungi ramadhan ini.......

salam....

assalamualaikum..
wah lama tak buka diari ni
bz ngan urusan harian
insyaallah lepas ni
akan meriah semula

banyak bend nak cerita
kita cerita satu satu ye

ok nanti kita meriahkan semula rumah ini.....

wassalam

Clix