BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ramadhan datang lagi


Hari ini 11 ogos 2010
bersamaan 1 ramadhan 1431
ramadhan datang lagi...

kita maklum yang
ramadhan adalah bulan beribadah
malamnya adalah malam seribu bulan
bulan mendapat barakah
bulan di mana semuanya
saling mengingati Allah
bagi yang lalai
bagi yang ingat-ingat lupa
bagi yang selalu leka
berebut-rebut ke masjid
menunaikan terawih

bagi yang sentiasa bersamaNYA
sujud sepertiga malam
bacaan alquran pengganti hidangan siang
selawat dan zikir
penghibur waktu senggang


namun bagi diri ini
seorang ibu
ramadhanku bermula
sebaik senja 10 ogos 2010
melabuhkan sauhnya
mummy daddy adek & baby
bersiap ke masjid
berjemaah maghrib , isyak dan sunat terawih

tahun ni baby agak excited
sbb first time dpt ikut mummy
beerjemaah kat masjid.
macam=macam benda disoalnya
macamana nak lafaz niat
macamana nak niat dlm hati
berapa rakaat
apa nak baca
kenapa solat dua-dua
kenapa kena buat banyak-banyak
hurmmmm tugas daddy
terangkan apa yang patut....

berbalik pada diriku
sesungguhnya ramadhan banyak kenangan
yang tercatit di diari hidupku
paling tersentuh mendalam
setiap kali ramadhan menjelma
kesayuan menyambutnya
antara suka dan duka

suka kerana dipanjangkan umur
dapatku lalui ramadhan lagi
untuk tahun ini

yang dukanya
ramadhan menyaksikan
aku kehilangan insan yang paling ku kasihi
ibu tersayang HJH HENDON BT HASHIM
kembali ke rahmatullah
pada 17 ramadhan 1429
tiada kepiluan yang paling menyentap hati
inilah saat paling duka dalam hidup
tatkala melafazkan innalilahiwainnalilahirrajiiun

tahun ini
tahun kedua ku sambut
kedatangan ramadhan tanpa ibu dan ayah
sedih bukan kepalang
dan tahun i i jua
ramadahnku hadir
tanpa dua lagi jiwaku
dua anak kesayangan tanpa di sisi
anaak bujangku abang@muhammad zayn hariz
dan anak dara ku mira@fatin ummirrah
kedua-duanya nun jauh menuntut ilmu

sahurku subuh tadi
ku lalui dengan hati yang pilu
namun tak boleh ku tunjukkan
tak adil rasanya
untuk adek dan baby
tapi aku tak mampu menelan sesuap nasi pun
hanya meneguk air susu segelas
buat pelapik perut

hati ibu
terkenangkan apa yang
menjadi hidangan sahur anak-anakku itu
bagaimana mereka melalui
ramadan ini nanti
kesian anak-anakku

apa lagi bila
abang call kata dia demam
aduh sebak aku mendengar suara sayunya
aku tahu anakku mahukan aku di sisinya
tapi apakan daya
ibu mahu abang jadi orang
yang kuat hatinya
tabah jiwanya
sabar dengan dugaan
ibu doakan abang cepat sihat

bila malam
mira pulak call
bagitau tak sihat
hatiku bertambah walang
gundah gulana dibuatnya
sabar ye kak
ibu tau ini first time
akak puasa dirantau orang
tapi ibu doakan
akak dapat kekuatan untuk melaluinya
jadi insan yang tabah
ibu percaya kakak mampu melaluinya

yaAllah
bagilah aku kekuatan
untuk mengharungi ramadhan ini.......

0 comments:

Clix