BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Laman hijauku...............











Sejak berhenti kerja
dan anak-anak dah besar
mummy dapat meluangkan lebih masa utk melayan hobi
yup..selain membaca dan menulius
mummy suka bertanam

dulu masa duduk di terengganu
mummy dan arwah mak selalu melawat nursery
ada je bunga baru yg kami bawak balik

kalau tak bunga.
pokok lada pun kitorang rembat
padahal boleh je semai sendiri
tapi geram tengok lada yg lebat berbuah
kami terus beli
itu 12 tahun lalu lah
sebelum mummy berhijrah ke kl ni
berhenti kerja dan mengikut suami berpindah

kita tengok kolamm koi kesayangan hubby






kolam ni duluny penuh dgn ikan koi yg besar
la ni tinggal yg anak je
kenapa?...
semuanya angkara sekor kucing hitam mata biru
serius mummy pernah intai dia
duduk tepi kolah dan tunggu ikan timbul
then dia tangkap dgn kukunya
mummy perambat kucing tu
lari tak cukup tanah
geram betul

mawar merah kesayangan baby
rajin betul berbunga

mummy pun tanam pokok pandan
kunyit ,lengkuas , cili , serai dan pegaga.

puas hati bila tengok
hasil tangan subur menghijau
sambil tu dapat jimat duit dapur..
itulah untungnya
berbudi pada tanah..............


Aduh pening kepalaku!............................

ResQ! ResQ! SOS! tolong!tolong!..............................

warrrrrrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh
sedih hatiku melihat kemusnahan yang dilakukannya
sakit kepala memikirkan mengapa tegar
mereka berbuat demikian kepada kami sekeluarga
kami tak pernah usik mereka
kami tak pernah sentuh mereka
apa lagi sakiti mereka

namun mereka sesuka hati
memusnahkan milik kami
membuat kami terkesima
apakah salah kami pada mereka

oh tidak! mengapa kalian sanggup
buat begini kepada kami
kenapa sanggup kalian
menjadikan bilik anak dara kami
sarang kalian wahai sang anai-anai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Oh tidaaaaaaaakkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
PEST CONTROL........help meeeeeeeeee!!!!!!!!!!






sampai hati kaliann....:(

Tutti Fruity kini di Taman Melawati!!!!!!!!!!


yup, benar sekali!

desert kegemaran anak-anakku
kini mula beroperasi di Taman Melawati
bermula 17&th September 2011 di Ukay Boulevard

me pada mulanya tak sedar
yang cawangan ni dah buka
its around 8pm mlm saturday nite tu ,
nak ke Bangsar mengambil Baby di rumah angahnya
disebabkan jamm yang melampau di MRR2
hubby cencel je plan ke bangsar
lagi pun call baby, dia minta nak overnite
kat rumah makngah.......
so hubby kata ok lah,
kita turn back............

so masa nak dekat sampai
tetiba hubby turn ke area Ukay Boulevard
yang baru siap tu.....
me, macam eh u nak gi mana ni?
hubby pun, tu hah, anak-anak kita punya fayv icecream
haahlah dah bukak
jom try....

hahaha mak pak nya yang excited lebih
dan yang bestnya ada discount 30%
so end up makanlah berdua dlm kedai tu
dah macam bebudak belajar dating pun ada
hahaha sabar je lah.....

Iceroom Batu Cave

Melayan selera anak-anak @ Iceroom Batu Cave



strawberry snow ice pilihan kakak n baby



Passion fruit snow ice pilihan adek



Budak baru balik sekolah yang kelaparan


Muka tak sabar


http://www.churpchurp.com
Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so! Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited. The more, the merrier!

breakfast cara tradisional...............

PISANG REBUS............................
pernahkah anda memakan pisang rebus?
hahaha dah macam game show
anda ada 60 saat dari sekarang!





yes, pisang rebus..
pagi ni mummy masak pisang rebus utk breakfast
atok ngan baby...
mummy puasa lorrr
puasa sunat syawal tak habis lagi
campur puasa sunat utk abang dan kakak
yang sedang berjuang di dewan peperiksaan

memang sedap sesekali makan
makanan yang ' old school ' ni.

senang je buatnya
cuci bersih-bersih pisang nipah
dengan kulitnya sekali ye...
(pisang tu ambil yang masak ye, bukan yang muda ye)
lepas tu rebuslah macam rebus jagung tu
letak sikit salt
bila kulit pisang mula merekah
itu tandanya dah masak
dan boleh ditoskan dalam penapis
biar sampai kering

then utk serve
buang kulit pisang
(ada ke orang makan pisang ngan kulit :) )
letak atas piring
parutkan cheese atasnya
taburkan gula perang
atau kalau nak sedap lagi
tabur gula melaka yang hancur tu
kalau tak ada cheese dlm fridge tu
tabur je kelapa parut pun sodap
kalau nak sedap lagi
sebelum tabur tu masuk kejap dlm oven
bagi garing sikit
walllaaaa makan ngan kopi panas
fuhhh tak sedar 2/3/4 ulas masuk dlm mulut
musim hujan gini
kalau tak breakfast
masa minum teh petang nanti pun sedap

pagi ni mummy buat utk atok ngan baby
baby macam pelik
berkerut mukanya
tapi habis jugaklah sebiji pisang tu

but atok suka bukan main
sambil atok makan
mummy layan atok bercerita nostalgianya masa
zaman jepun
hurmmm atok ni kalau cerita dulu=dulu
memang dia ingat
laju je macam scanner
tapi peristiwa yang baru memang dia tak ingat langsung
hari pun setiap 2 @ 3 jam sekali
dia bertanya, eh hari ni hari apa ek......

happy tengok atok happy harini
sebab dapat makan makanan yang mendekatkan
dirinya dengan zaman kanak-kanaknya
maybe atok rindukan zaman silamnya..........................

Doa ibu untuk kalian.......

Esok , Isnin , 19 September 2011

bermula peperiksaan akhir semester ini
utk abang dan kakak......

esok, kakak mira punya first paper start,
first paper abang hariz will be on Friday,

Seperti biasa, anak-anak nak exam
ibu yang berdebar
perut ibu dah penuh ngan kupu-kupu,





Buat kedua-dua putera dan puteriku
ibu doakan kalian
dapat menghadapi peperiksaan dengan
minda yang tenang
hati yang tenteram
semangat yang tinggi
keyakinan yang teguh
jiwa yang tabah
tawakkal dan taqwa

jangan lupa buat solat hajat
mohon pertolonganNYA
agar dijauhi dari sebarang kesulitan
minta dihindari dari sebarang kekeliruan
minta dipelihara dari sebarang kebuntuan
minta dipermudahkan diri memahami soalan
minta dipermudahkan diri menjawab dengan senang
minta dipermudahkan diri dari sebarang kecuaian
minta dipermudahkan diri mengingati segala yang dipelajari
minta dipermudahkan untuk mencapai kejayaan cemerlang

buat anak-anakku
doa ibu akan sentiasa mengiringi kalian..........

Selamat berjuang...............................


Hari ini , Selasa 13hb September 2011
merupakan hari yang mendebarkan
bagi calon upsr...
pada yng kurang arif
UPSR stand for Ujian Penilaian Sekolah Rendah
yang dijadikan kayu pengukur tahap pencapaian
pelajar sekolah rendah untuk kemasukan
aliran menengah rendah....

kak Aju


kak Nadhira

Anak-anak buah ku
seramai 3 orang yang akan menduduki peperiksaan upsr
Zuhaida (Aju) anak adik iparku,
Naadhira(adek) anak adikku dan
Hazirah (kaklong) anak adikku juga.

Buat kalian Auntie doakan
agar dapat menghadapi peperiksaan
dengan tenang , yakin dan jangan lupa
berdoa pada yang Esa
agar kalian memperolehi keputusan yang cemerlang.

Kembalikan Ramadhanku Ya Allah........

SubhanaAllah

hari ini dah 10 syawal rupanya
bermakna dah 10 hari Ramadhan meninggalkan aku

sedih hati nak melepaskan Ramadhan pergi
entah dapat entah tidak bertemu Ramadhan sekali lagi

Ya Allah , berilah peluang padaku
untuk bertemu lagi bulan mulia ini
untuk aku bermunajat separuh malam lagi
memohon rahmatMu
untuk aku sujud sepenuh hati
memohon keampunanMu
untuk aku merayu dihening malam lagi
memohon ihsan hidayahMu

Ya Allah aku mohon aku merayu padaMu
berilah aku peluang itu lagi
kembalikanlah Ramadhan padaku
sekali lagi
dalam keadaan aku yang lebih menghargainya................

Salam Lebaran

Minal aidil wal faizin

salam lebaran untuk semua
lama membzkan diri
insyaallah lepas ni
akan ada cerita baru
untuk dikongsi......................

Clix