BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Doa ibu untuk kalian.......

Esok , Isnin , 19 September 2011

bermula peperiksaan akhir semester ini
utk abang dan kakak......

esok, kakak mira punya first paper start,
first paper abang hariz will be on Friday,

Seperti biasa, anak-anak nak exam
ibu yang berdebar
perut ibu dah penuh ngan kupu-kupu,





Buat kedua-dua putera dan puteriku
ibu doakan kalian
dapat menghadapi peperiksaan dengan
minda yang tenang
hati yang tenteram
semangat yang tinggi
keyakinan yang teguh
jiwa yang tabah
tawakkal dan taqwa

jangan lupa buat solat hajat
mohon pertolonganNYA
agar dijauhi dari sebarang kesulitan
minta dihindari dari sebarang kekeliruan
minta dipelihara dari sebarang kebuntuan
minta dipermudahkan diri memahami soalan
minta dipermudahkan diri menjawab dengan senang
minta dipermudahkan diri dari sebarang kecuaian
minta dipermudahkan diri mengingati segala yang dipelajari
minta dipermudahkan untuk mencapai kejayaan cemerlang

buat anak-anakku
doa ibu akan sentiasa mengiringi kalian..........

0 comments:

Clix