BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MATSA pemangkin otak kiri..............................

MATSA merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains Homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya yang terlibat dengan proses pemikiran Matematik dan Sains.MATSA mengandungi rumusan dinamik Nux vomica, Calcarea carbonica ostrearum dan Faktor S 200.Sesuai sangat dengan pelajar yang bengkeng, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat. Kurang tumpuan dan malas.Faktor S 200 untuk yang mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah rasa kecewa dan putus asa.



Reaksi Matsa

Proses mengira memerlukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi. Biasanya apabila kita tidak dapat jawapan yang betul atau payah sangat hendak faham dan menyelesaikan masalah hisab (matematik dan sains) kita mudah putus asa dan menjadi marah. kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap matapelajaran tersebut. InsyaAllah dengan mengambil formulasi MATSA semua ini akan selesai dan anda akan nikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir. MATSA bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses pengiraan, logik dan pemadanan istilah.



Peringatan

Apabila MATSA bertindak mendatangkan perubahan ke arah kecemerlangan minda anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam bentuk ruam atau bisul atau mungkin sedikit sakit kepala atau demam. Jangan bimbang dengan proses pembersihan ini. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan minda menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan mengistilah.


Sejarah Matsa

Dalam tahun 1998, Prof Dr Azizan Hj Ismail telah dijemput menjalankan eksperimen dengan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR di sebuah sekolah kebangsaan di Padang Rengas, Perak. Dengan kebenaran ibubapa dna penjaga, semua murid darjah 6 sekolah berkenaan diberikan makan EXAMO-CKM 500 setiap hari dan EXAMO-CKM 500 Plus setiap minggu sebulan sebelum peperiksaan.

Menurut Ustazah Jamilah Haji Ismail, salah seorang guru yang terlibat dengan projek berkenaan, hasilnya secara menyeluruh terdapat peningkatan keputusan daripada 30% kelulusan tahun sebelumnya, kepada 70%. Prof Dr Azizan kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Beliau hendakkan sesuatu yang lebih meyakinkan lagi.
Oleh yang demikian, apabila beliau mendapat pelawaan untuk membantu murid-murid di sekolah kebangsaan di Mukim Sala, Kedah, beliau terus bersetuju kerana ini akan memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kajiannya. Beliau mendapati ramai juga murid di situ yang agak lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Hal ini dimaklumkan oleh guru dan guru besar sekolah berkenaan. Suatu rumusan khas iaitu MATSA telah disediakan oleh beliau untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kedua subjek tersebut.
Dalam usaha tersebut, 23 orang pelajar telah dipilih daripada kalangan murid yang prestasi paling corot dalam Matematik dan Sains. Mereka diberikan rumusan MATSA yang dibekalkan secara PERCUMA kepada kumpulan murid tadi.
Hasil daripada usaha itu dan kerjasama serta kesungguhan daripada pihak guru dan ibubapa, keputusan sekolah itu meningkat daripada 38.6% pada tahun sebelumnya telah melonjak naik kepada 60.6%. Daripada kalangan 23 murid itu pula, palajar yang lulus subjek Matematik (100%) manakala Sains (95.65%) malahan ada antaranya yang memperolehi pangkat A untuk matematik dan Sains.



Cara Makan:

Diambil bersama EXAMO-CKM500
* Tidak berkesan jika diambil secara sendirian tanpa EXAMO-CKM500

Minggu 1
1 biji pagi & 1 biji malam
(setiap hari)
_

Minggu 2
TIDAK PERLU MAKAN

Minggu 3
1 biji malam
(setiap hari)
_

Minggu 4
TIDAK PERLU MAKAN
_

Minggu 5
& seterusnya
1 biji 1 kali seminggu
(sekali seminggu)


* Rasional:
EXAMO-CKM500 umpama baja pokok (untuk membesar) manakala MATSA adalah baja bunga. Pokok perlukan baja untuk membesar dan seterusnya mengeluarkan bunga. Baja bunga diperlukan untuk mendapatkan bunga yang banyak dan cantik.

Berminat penerangan lanjut?
Tel ; 013-3588471

0 comments:

Clix