BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Hari Jadi Abang...........

Semalam 23 Ogos 2011

genap 20 tahun usia anak sulungku
si bujang Muhammad Zayn Hariz

pengalaman mengandungkannya
adala pengalaman adalah sejarah
kerana pertama kali hamil diusia 25 tahun

kehadiran abang dalam rahimku
genap sebulan selepas diijabkabulkan dengan daddynya

masih teringat betapa gembiranya
daddy , wan dan atok
dikala menerima berita gembira
yang ada janin sedang berkembang dirahim ini
tapi sebagai orang yang pertama
merasai kesannya
perasaanku berbaur
teruja? indah?takut?keliru?marah?
tak tau nak describe
sebab dikala semua gembira
aku menjeruk rasa bilamana perasaan benci pada hubby menguasai diri

berbagai rasa negatif hadir
benci , menyampah , meluat , bau busuk badannya ,
tak tau kenapa
perasaan itu mula tumbuh perlahan-lahan
sehingga aku sentiasa cari pasal dengannya
kesian hubby......

disaat awal kehamilan
hubby bertugas di Miri
setiap hari bila dia call
rasa menyampah sangat
ada je punca yg menyebabkan hati sakit
sampai kandungan mencecah 8 bulan
hubby kembali ke kemaman
aku tak tau
betapa menyampah pada dirinya
kesian hubby
berbotol perfume disimbah kebadannya
tapi sang isteri tetap mengelak kerana tak tahan bau suami

namun ajaibnya
2 minggu sebelum melahirkan
perasaan itu total berubah
aku jadi manja yang amat
sentiasa merinduinya
sampai waktu mengajar di sekolah
boleh call hubby , bgtau rindulah apa lah
(yes memang mengada)
kat rumah tak boleh berenggang langsung
dan yang paling aku suka
bau ketiaknya!!!!!!!!!!!
hahaha memang takk masuk akal

lagi satu waktu mengandungkan abang
aku paling suka tidur atau baring bawah katil
serius itu lah tempat paling best
nasib baik bawah katil tu bersih
hubby , kalau cari aku tak jumpa
pasti menjenguk bawah katil
kalau merajuk disitulah
membawa hati yang sedih kekononnya

namun mengandungkan abang
tidak menjejaskan langsung kesihatan
malahan berat badan naik mendadak
bayangkan sebelum mengandung 40kg
hingga dimarahi doktor
tapi saat melahirkan beartku 55 kg
beratkan!

aku tidak mengalami morning sickness langsung
cuma selera makan berubah pattern
apa yg tidak digemari dicari
dan yg jadi kegemaran ditolak tepi

saat melahirkan juga amat mudah
tanda kelahiran muncul jam 1.50 pagi
rasa sakit hanya muncul jam3.00 pagi
dan 3,40 pagi abang selamat dilahirkan
dengan berat 3.2 kg

Dan semalam, Selasa 23hb Ogos 2011 bersamaan 23 ramadhan 1432hijjiriah
genap usia abang 20 tahun
Syukur Alhamdulilah
abang meembesar sebagai anak yg terdidik
baik hati , hormat ibu ayah , lembut hatinya
bercita-cita tinggi juga kuat azamnya
walaupun abang menempuh banyak dugaan dalam hidupnya
namun dia membesar sebagai anak yang kuat hatinya

Abang dah tahun ke 3 di universiti
mengejar cita-citanya menjadi jurutera sebagaimana daddynya

Mummy sentiasa doakan
agar abang diberkati Allah
dipermudahkan perjalanan hidup
dilindungi dari perkara jahat dan maksiat
dipelihara dari perbuatan dengki dan khianat
dimurahkan rezeki
dikasihi guru dan sahabat
diberi kesenangan hidup di dunia dan akhirat

Semoga abang menjadi anak yang solleh
yang dapat membimbing adik-adik
yang dapat sama-sama menuju ke syurga Jannah
InsyaAllah
SELAMAT HARI JADI ABANG.........

last minute shopping part 2

hahaha selesai di Isetan

hubby ajak singgah watson
nak beli scott emulsion baby
dan vitamin hubby yg dh habis
sesambil tu menyinggah kat olay regenerist
beli facial cream yg dah seminggu habis

selesai di watson
kami terus ke houz deport
mummy nak gantikan rail curtain yg tercabut

masyaallah jamm tak henggat
macet kata minah indon...
bayangkan dari klcc ke maju junction hampir 40 minit
sudahlah tak ada parkir
nasib baik hubby terror
terus park kereta kat maju junction

kat houz deport sekejab aje
sebab dah tau apa yg nak diambil
(sediakan list dulu ye
kalau tak mau shopping meraban)

ambil barang dan bayar
settle....patah balik ke maju junction
kononnya nak solat dzohor
boleh singgah dulu kat kerusi urut
hahaha me n hubby dah mcm bebudak
lega sikkit badan kena urut dek mesin

selesai solat terus balik
ingat nak masak
tetiba hubby stop kt bazar ramadhan

first time kot puasa kali ni gi bazaar
so kitorang beli nasi lemak sambal sotong
ayam bakar , roti jala , air tebu , cempedak goreng
dan kerabu mangga
then berdesup balik
takut lewat sampai rumah......

Last minute shopping part 1

pagi tadi masa mummy tengah basuh baju

hubby bgatu
sayang , jom pi klcc
wah ! semangatlah mummy
siapkan kerja , shower , bersiap ,
dan jam 12.30 terus berdesup ke klcc

kami dating berdua je
adek ngan baby kat rumah
puasa kan. kalau ajak budak berdua
mahunya nanti berbuka lepas azan asar.

Tujuan utama nak perabih voucher isetan
tempohari kan hubby main golf
then 2/3 kali jugaklah dapat voucher
total rm750
so rm700 dah habis shopping
ada lagi rm50
memang mummy simpan utk beli handbag raya
hehehe

sampai klcc , agak ramai lah orang
tapi tak lah sesak
awal lagi tak....

terus masuk isetan
kepala mummy dah teringat
satu handbag guess yg mummy tengok ngan adek

agak berkenan sebab
ada ruang tersembunyi berzip kat dalam
dan yg penting besar

raya kan...
nak letak duit raya
ngan sampulnya
basic make up ngan cleanser lagi
so memang perlu beg agak besar

tapi so sad
handbag tu dah sold out
sedih...............................

terus hilang mood
tapi hubby cecepat
tolong cari yang lain
lebih kurang je besarnya
simple design ( ini i suka )
warna agak matching ngan baju raya i
tapi sedihnya hanya ada 1 je
tu pun yg display
out of stock
nak buat camana
redho je lahhhhh

wah ada purse sekali
cute sangat.........
after 50% discount plus voucher Isetan Rm 50
dapatlah rm 290 ++++

wah happy giler
lallalalala..........
raya ku bertambah bermakna

thank you darling
love u so much
wa! dan...dan.....tu love bagai..


Atok mengidam KFC

Hehehe serius memang atok mengidam kfc

dah dua tiga hari
atok dok kenen kenen kat baby
sapa nak makan kfc
baby nak buka kat kfc tak?
meh atok belanja kfc utk buka nanti
antara ayat-ayat berlapik atok

so as menantu yg prihatin
(prihatin ke?)
mummy bgtau kat hubby
so semalam kita makan kfc

berbuk dulu dengan cekodok pisang dan ketupat palas
mummy beli sikit bubur lambok dan laksa penang

lepas solat terawih
terus bersiap ke kfc wangsa maju
order sikit je
tapi memang betul atok mengidam kfc
sampai dua ketul atok makan
berselera sungguh
Alhamdulilah dapat tunaikan hasrat atok.....

lepas ni mengidam pizza pulak ye atok......

Manusia hanya bisa merancang........

Yes manusia merancang

Allah menentukan
dan perancangan Allah maha hebat
itu yang berlaku semalam
awal pagi bukan main merancang menu berbuka
semua rencah dan rempah dah disiapkan
cuma tunggu pukul 3.00 pm
untuk nyahbeku ikan dan ketam
tetiba jam 2 pm hubby called
sayang , i buka kat luar hari ni
ada undangan berbuka

ok, fine!
dah ceo tak ada kat rumah
apa kes nak susah-susah lenseng lengan bagai

bincang ngan adek
apa yg nak dimakan
so end up
adek nak mee goreng
baby nak nasi goreng
atok request keropok lekur
adek request keropok lekur celup tepung
baby request water melon and tutti fruity
(Huh tak agak-agak...yg tu mintak kat ur daddy ok)
and mummy teringin fruit punch...

ok menu paling sempoi
pukul 6.00 baru ke dapur
ketung ketang ketung ketang
jam 7.15 semua dah siap terhidang
best macam ni
badan tak penat
dapur tak berkecah
suka...suka...sukaaa

so menu kita semalam ialah
mee goreng
nasi goreng kampung
keropok lekor celup tepung
tembikai merah
air buah tembikai campur oren
keropok ikan parang
kurma

pukul 9.30 mlm
lepas daddy habis terawih
terus ke tutti fruity jln ampang
mengkabulkan hajat si baby

hermmm mummy pun dapat jugak
ehh tetiba terasa nak lagilah
guava yogurt satu..............



menu hari ini

Alhamdulilah hari ni masuk hari ke 18 Ramadhan

moga ibadat kita semua diterima Allah Taala

Mummy tengah berkira-kira nak masak apa hari ni
dalam fridge tu ada sotong, ketam , udang , ikan kembong dan ikan cencaru
for time being no chicken sbb atok alahan ayam
sejak atok balik ke rumah , ayam tak dibenarkan
atok tak boleh makan ayam
nanti gatal seluruh badannya

so apa yg terlintas
cencaru belah belakang
terung masak lemak campur ikan kembung bakar
ketam berlada
pengat pisang
tembikai
dan air sirap campur limau
kalau rajin nak buat sambal belacan

wah siap menu hari ni
lepas asar boleh bersilat
kepada semua selamat berbuka....


home sweet home

Alhamdulilah

sampai sudah saya kat rumah
setelah memandu KL - DUNGUN - KL
3 hari memandu naik kebas kaki

Tapi tak apalah
janji Mira dah selamat sampai ke hostel
dan harap-harap kesihatannya bertambah baik.

ok nak buat persiapan buka ni....

kembali ceria

Bila Anak Sakit

Bila anak sakit

ibu sibuk cari ubat
bagi melegakan kesakitan anaknya

bila anak sakit
ibu ribut ke doktor
untuk merawat kesakitan anaknya

bila anak sakit
ibu kalut didapur
menyediakan bubur membuka selera anaknya

bila anak sakit
ibu tersenggut di tepi katil
sambil kerap terjaga memeriksa tubuh anaknya

bila anak sakit
ibu semakin kerap tahajjud
memohon ihsan Ilahi untuk kesembuhan anaknya

bila anak sakit
dahi ibu berkerut
pilu sayu dan sedih hatinya
ingin sekali dia merasai kesakitan itu
ingin sekali dia mohon agar ditukarkan
kesakitan itu padanya
kerana ibu hanya mahu anaknya
gembira sihat sepanjang hidupnya.



Menu sahur pagi ini

pagi ni bersahur menu yg amat ringkas

tapi berkhasiat

baby macam biasa
roti dan tuna mayonis
tapi pagi ni tambah cheese crackers
air kosong

daddy pulak
roti bakar dan jem
beserta nescaffe panas

adek and mummy
sandwich ringkas
panggang roti hailam
yang disapu mentega dan ditaburi oregano
lapiskan dgn salad , tomato , meatloaf , chicken fillet
dan dimeriahkan ngan sos cili
beserta milo panas

jadilah
mana nak cari subway subuh-subuh ni kan
so feeling subway lah kita kat rumah

hehehe
sewlamat bersahur.......

Berbuka di Dorsett Regency Hotel

Syukur hari ini masuk hari ke 8 kita di bulan mulia Ramadhan Kareem

mummy pasti ada dikalangan kita yang dah berdikit-dikit membuat persiapan
menyambut syawal

semalam kami berempat berbuka di hotel favorite kami sekeluarga
Dorrsett Regency Hotel kat Jalan Imbi
sejak 6 tahun yg lalu setiap kali ramadhan buffet kat hotel ini mejadi kesukaan anak-anak
sajian sup ekornya yang sedap dan lauk-pauknya yang enak
membuatkan ia menjadi senarai teratas dalam list kami sekeluarga

semalam dlm pukul 6.30 ptg , kami gerak dari rumah
jamm tak henggat kat mrr2
tapi alhamdulilah , tengah bandar agak clear
so kami sampai kat hotel lebih kurang jam 7.00 ptg

macam biasa makanannya memang enak dan cukup rasa
selebriti tahun ni jaafar onn dan Haiza
ada sorang artis baru yg turut 'menyumbangkan' lagu ( lagu ye bukan suara)
namun ada sedikit kecalaran yang berlaku.
yang itu nanti mummy cerita.....

selesai makan dalam jam 8.30 kami terus ke masjid klcc
untuk bertarawih
alhamdulilah ...............

Ramadhan ke 7

Alhamdulilah......

hari ni masuk hari ke 7 Ramadhan thun ini
bermakna dah seminggu berpuasa
insyaallah puasa kita semua diterima sebagai ibadah

mummy baru sudah solat subuh
mengantuk pulak rasanya
nak nap kejap

btw semalam kami berbuka di Khan Baba kat plaza idaman
buffet arab cuisine
best jugak makanan yg dihidangkan
mummy paling suka chicken mandy dan nan with dall
yummy.....kebab dia pun sedap
suasananya yg cosy dgn ruang solat disediakan
mummy rekemen tempat ni utk berbuka anak-beranak
bilangan tetamu yg dihadkan membuat kita agak selesa utk berbuka
tak perlu beratur panjang cam kat hotel
ngan harga rm30 perhead menu yg disajikan agak berbaloilah jugak
walaupun tak berpuluh hidangan yg disaji spt hotel 5 bintang
namun bagi mummy rasa makanannya patut dapat pujian
dgn pengalaman makan buffet kat hotel 4/5 bintang
baik bulan puasa atau hari biasa
ada tu tah apa-apa rasanya
ke laut.........
tapi seriously kat Baba Khan ni
bagi yg suka selera timur tengah patut mencuba
chicken mandynya lebih sedap berbanding yg dihidangkan kat impiana klcc

mummy bagitau daddy
bila abang dan mira balik nanti
kita bawak diorang makan kat sini
nan and dall dia pun sedap
insyaallah....


Melawat Bazar Ramadhan.................

Alhamdulilah masih sempat menikmati ramadhan ke 5 thun ini

sekarang ni sedang berehat sekembali dari terawih
malam ni jumpa lagi datin noniswara
beliau nampak anggun
mudah-mudahan Allah memberinya kekuatan
untuk terus beribadat kepada Nya

hari ni juadah berbuka pun simple je
aura malas masak menjelma
mummy beli je karipap 2 ringgit
dan 4 bungkus mee hoon goreng
bayar 10 ringgit
selesai......pemalas kan!

daddy balik kerja
ajak jengah bazar kat masjid hidaya melawati
ada 8 gerai je di pekarangan masjid
baby ngan adek nak ice blanded
so beli 2 cup chocolate blanded
rm 5.......
then daddy suruh beli kuey teow goreng
its cost rm3.50
nampak satar , rasa mcm sedap
so beli rm2
sebelum pulang ternampak lamb grill
nampak sedap so beli sekeping
nak rasa je
sekeping pun rm6.90
wah lebih dari masak sendiri
mahal betul harga makanan sekarang....

lepas azan mulakan misi merasa makanan bazar ramadhan
puhhhhhh rasa entah apa-apa
yg boleh lepas tekak hanya karipap dan meehooon goreng je
yang lain rasanya ke laut.....
masin gila , masam gila....tak sedap gilaa
waaaaaaaaa pun gila
lepas ni no more bazar ramadhan ye tok puan siti.......






daddy bogel?????????????????


Hahaha tajuk tak boleh blah
@7.00 am , hubby call..
hubby :yang, boleh tolong i tak?
me :yup, ada apa dar?
hubby :tolong hantar satu kemeja lengan pendek.
me :what but why? dah sampai ofis ka?
hubby :yes,but i forgot. yesterday got email that said cannot wear t-shirt anymore on friday....
me :lorr cam tu ke..ok i off now. jumpa kat mana?
hubby :petronas dpn ampang puteri.
me :orite baby....

then gerak baby yg tengah lena
me :jom baby kita gi antar baju daddy
baby : (dengan mata yang kelat,,) mummy kita nak gi mana ni?
me :kita nak antar baju daddy.
baby :why? Pagi tadi daddy gi office berbogel ke?(dgn muka yg sangat penuh tanda tanya)
me :errrkkk...............

Ramadhan Ke 5


Syukran Ya Rabbi....
selesai sahur hari ke 5
dinihari ni apa saja lah selera ditelan
so daddy request scramble egg n toast....
ok gak.....
so pagi ni kita sarapan western la..
plus hot milo plus plain water.

berbuka semalam , masak yg ringkas sahaja
udang goreng kunyit , asam pedas kembong ,
talapia merah goreng berlada
sayur....lupa nak beli ,,hehehe
mintak tolong daddy beli
yg ado.......sayur da habis kat kedai...
ramai je yg makan sayur..
bagus...bagus

lepas hantar adek tuisyen
singgah kt gerai kt melawati
beli akok 2 keping
bingka ubi 2 keping
laksam 4 bungkus
total rm14...mahalnya....
tapi nak buat sendiri agak malas,,,,

semalam ke masjid klcc lagi
sejak mlm pertama ramadhan lagi
kami terawih di masjid klcc
selesa tempatnya dan selamat utk anak-anak kecil
sebab ruang solat para muslimat kat atas...
dri rumah ke klcc tak sampai 10 minit.
tapi semalam ada sorang artis dn anaknya
mummy solat betul-betul belakang dia
anggun tapi lupa namanya.
balik rumah terus goggle gambar artis
noniswara namanya
alhamdulilah.......
moga ramadhan
kali ini membawa keberkatan untuk semua umat....


Ramadhan datang lagi.......


Alhamdulilah
setahun berlalu
ramadhan datang lagi
syukran ya Allah
kau beri kesihatan yg baik kepada hamba
untuk menunaikan ibadat ini untukmu

seperti last year
ramadhan kami sambut berempat je..
abang and kakak nun jauh di rantau orang
meneruskan perjuangan untuk masa depan

so far berjalan lancar
baby pun agak mudah digerak untuk bersahur
hari ni hari keempat ramadhan
kami belum berkesempatan ke bazar rmadhan

hari pertama berbuka simple je
sambal tumis udang , sayur sawi goreng , kerapu sweet sour and sotong goreng kunyit
desertnya strawberry yougurt plus air sirap

hari kedua lagi simple...hahaha...
roti jala dan kari ayam
bawal masak lemak kuning
sayur goreng
desert dan air tetap sama

and hari ketiga
jemputn berbuka
kat impiana hotel klcc

hari keempat ni tengah fikir lagi nak buka apa
hurmmm kuey teow goreng pun sedap......

Clix