Bila anak sakit
ibu sibuk cari ubat
bagi melegakan kesakitan anaknya
bila anak sakit
ibu ribut ke doktor
untuk merawat kesakitan anaknya
bila anak sakit
ibu kalut didapur
menyediakan bubur membuka selera anaknya
bila anak sakit
ibu tersenggut di tepi katil
sambil kerap terjaga memeriksa tubuh anaknya
bila anak sakit
ibu semakin kerap tahajjud
memohon ihsan Ilahi untuk kesembuhan anaknya
bila anak sakit
dahi ibu berkerut
pilu sayu dan sedih hatinya
ingin sekali dia merasai kesakitan itu
ingin sekali dia mohon agar ditukarkan
kesakitan itu padanya
kerana ibu hanya mahu anaknya
gembira sihat sepanjang hidupnya.
0 comments:
Post a Comment