Semalam 23 Ogos 2011
genap 20 tahun usia anak sulungku
si bujang Muhammad Zayn Hariz
pengalaman mengandungkannya
adala pengalaman adalah sejarah
kerana pertama kali hamil diusia 25 tahun
kehadiran abang dalam rahimku
genap sebulan selepas diijabkabulkan dengan daddynya
masih teringat betapa gembiranya
daddy , wan dan atok
dikala menerima berita gembira
yang ada janin sedang berkembang dirahim ini
tapi sebagai orang yang pertama
merasai kesannya
perasaanku berbaur
teruja? indah?takut?keliru?marah?
tak tau nak describe
sebab dikala semua gembira
aku menjeruk rasa bilamana perasaan benci pada hubby menguasai diri
berbagai rasa negatif hadir
benci , menyampah , meluat , bau busuk badannya ,
tak tau kenapa
perasaan itu mula tumbuh perlahan-lahan
sehingga aku sentiasa cari pasal dengannya
kesian hubby......
disaat awal kehamilan
hubby bertugas di Miri
setiap hari bila dia call
rasa menyampah sangat
ada je punca yg menyebabkan hati sakit
sampai kandungan mencecah 8 bulan
hubby kembali ke kemaman
aku tak tau
betapa menyampah pada dirinya
kesian hubby
berbotol perfume disimbah kebadannya
tapi sang isteri tetap mengelak kerana tak tahan bau suami
namun ajaibnya
2 minggu sebelum melahirkan
perasaan itu total berubah
aku jadi manja yang amat
sentiasa merinduinya
sampai waktu mengajar di sekolah
boleh call hubby , bgtau rindulah apa lah
(yes memang mengada)
kat rumah tak boleh berenggang langsung
dan yang paling aku suka
bau ketiaknya!!!!!!!!!!!
hahaha memang takk masuk akal
lagi satu waktu mengandungkan abang
aku paling suka tidur atau baring bawah katil
serius itu lah tempat paling best
nasib baik bawah katil tu bersih
hubby , kalau cari aku tak jumpa
pasti menjenguk bawah katil
kalau merajuk disitulah
membawa hati yang sedih kekononnya
namun mengandungkan abang
tidak menjejaskan langsung kesihatan
malahan berat badan naik mendadak
bayangkan sebelum mengandung 40kg
hingga dimarahi doktor
tapi saat melahirkan beartku 55 kg
beratkan!
aku tidak mengalami morning sickness langsung
cuma selera makan berubah pattern
apa yg tidak digemari dicari
dan yg jadi kegemaran ditolak tepi
saat melahirkan juga amat mudah
tanda kelahiran muncul jam 1.50 pagi
rasa sakit hanya muncul jam3.00 pagi
dan 3,40 pagi abang selamat dilahirkan
dengan berat 3.2 kg
Dan semalam, Selasa 23hb Ogos 2011 bersamaan 23 ramadhan 1432hijjiriah
genap usia abang 20 tahun
Syukur Alhamdulilah
abang meembesar sebagai anak yg terdidik
baik hati , hormat ibu ayah , lembut hatinya
bercita-cita tinggi juga kuat azamnya
walaupun abang menempuh banyak dugaan dalam hidupnya
namun dia membesar sebagai anak yang kuat hatinya
Abang dah tahun ke 3 di universiti
mengejar cita-citanya menjadi jurutera sebagaimana daddynya
Mummy sentiasa doakan
agar abang diberkati Allah
dipermudahkan perjalanan hidup
dilindungi dari perkara jahat dan maksiat
dipelihara dari perbuatan dengki dan khianat
dimurahkan rezeki
dikasihi guru dan sahabat
diberi kesenangan hidup di dunia dan akhirat
Semoga abang menjadi anak yang solleh
yang dapat membimbing adik-adik
yang dapat sama-sama menuju ke syurga Jannah
InsyaAllah
SELAMAT HARI JADI ABANG.........
0 comments:
Post a Comment