BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Homestay Kg Taman Sedia

Cameron highland (part3)


jam 12.00 kami terus check in
kat homestay kg taman sedia




homestay kg taman sedia
merupakan satu-satunya
homestay perkampungan melayu di Cameron Highland




perkampungan ini dibangunkan
oleh kerajaan negeri pahang
bagi memastikan masyarakat melayu di cameron highland
mempunyai komuniti mereka sendiri
serta mampu bersaing dgn bangsa lain yg memonopoli
populasi di cameron highland




kami check in di chalet al-mashoor
di mana merupakan chalet
milikbekas ketua stesen mardi
yang kini merupakan salah seorang
pengusaha produk pertanian
yang terkenal di cameron highland.

anak-anak sangat teruja
di sini kami benar-benar apat menghayati
cara hidup penduduk kampung Cameron highland




Chalet kami di tengah-tengah ladang strawberry
bukak tingkap boleh capai buah strawberry yg berjuntaian




di tepi tingkap , di tepi dapur , di belakang rumah
memang teruja benar anak-anak
baby sampai melompat keriangan

selesai solat dzohor
apa lagi mira , adek dan baby
diketuai abang meneruskan
misi yg memang dirancang dari rumah



ye...misi mencari strawberry
untuk disaluti dengan coklat
mummy memang dah bawak
coklat bar yang memang banyak lah
memang dah plan dah
kalau beli kat atas tu
cooking chocolate yg sama
mesti lebih mahal

so selepas 10 minit
keempatnya pulang dgn
masing-masing menjinjing plastik bag
dgn tersengih kegirangan
habis di borongnya strawberry pakcik sebelah rumah tu
bukan saja buah, ambik kau!
ngan ice cream sekali



geleng kepala me ngan hubby tengok
mak aiii , anak-anak aku ni!
lepas tu masing-masing pun......
tengok lah gambar kat bawah ni
menceritakan segala-galanya...........................














next entri mummy nak cerita kegigihan sorang pendidik
menjadi salah satu pengusaha ladang strawberry
yang berjaya.........


Pertengahan perjalanan......................

cameron highland (part2)


Perjalanan kami ke CH mengambil masa
lebihkurang 4 jam
melalui lebuhraya PLUS
Dari KL exit jalan duta
hingga exit simpang pulai
kemudin mendaki terus ke tringkap

kalau exit tapah
lebih dekatlah
tapi pendakiannya mengambil masa
kerana kita kena lalui ringlet dulu
baru mendaki ke tanah rata-brinchang-tringkap

otw kita singgah kat rnr tapah
untuk breakfast
punya ramai umat manusia pagi tu
sampai nak makan

kena chop meja dulu.......


kelaparan ni...tak sempat toleh kiri kanan



manja daddy .......berkepit 24 jam


licin....nasib baik ditinggal juga tulang
bukti
anak-anakku kelaparan

habis makan bangun cepat-cepat
sebab org lain dah tunggu tepi meja
serius tak kenyang ok.....

sebelum sambung perjalanan
layan sebentar kehendak baby








last but not least
tuan rumah mencuba menarik milo
dalam cubaan membuat milo tarik
kesudahannya
hanya 50% sahaja air yg dapat diminum
yang selebihnya bertitisan di atas meja
sabar je la...............

Permulaan perjalanan....................

Cameron Highland (part 1)


Musim peperiksaan akhir tahun berakhir
bermakna sampailah masa
me and hubby
membawa 4 permata hati
merehatkan otak dan badan
dari penat menghadap buku.....

permata hati CtXylan

awalnya hubby plan nak bawak
anak-anak pergi hongkong disneyland
namun tarikh yang dirancang
tidak sesuai sebab cuti sekolah ngan cuti u
tak sama.. dgn kata lain clash.....

so after discuss satu family
kita pilih pergi cameron highland
dekat , tak perlu tempah flight, banyak pilihan hotel,
tempat berehat yang sesuai

dan yang penting banyak strawberry
sebab anak-anak memang suka strawberry

stoberi kesukaan anak-anak


................***************.....................

so bermulalah pencarian hotel
setelah berbincang
kami pilih untuk tinggal kat homestay

homestay yang dimaksudkan
adalah kediaman rumah kampung
kami nak rasa macamana kehidupan orang kampung
kat cameron highland

kami temui Homestay Kampung Taman Sedia
dalam bebanyak senarai
kami sepakat menyewa Chalet Al-Mashoor

chalet al mashoor


Namun hanya untuk 2 mlm sahaja
kerana tarikh berikutnya dah ada penyewa
2 malam seterusnya kami menempah
apartment dengan Alinas homestay apartment (AHA)
melalui En.Khairuddin kami berjaya menempah
apartment 3 bilik with fully furnished
di Imperial Courts Apartment Brinchang

Crown imperial courts brinchang

so tempat tinggal selesai
maka pada tarikh yang dipilih
kami pun berangkat menuju cameron highland
mengikut laluan Simpang Pulai

...............*******.........................

Pagi 22 oktober 2011
selesai solat subuh
mummy sekeluarga bertolak ke Cameron Highland (CH)
sepanjang perjalanan semuanya happy dan teruja
walau dah banyak kali pergi
masih lagi teruja untuk menjejak kaki ke CH




yang dingin dan hening

bye.....bye.....

hilang dulu seminggu ye
nak pergi memenatkan badan merehatkan minda
di tempat sejuk dan hening.......................................

nanti kita jumpa lagi ye

Episod Bermalam di Hospital.....................

Mengejar yang tertinggal

(part 3)


Maka bermula lah pengalaman
bermalam di hospital kerajaan.
secara jujurnya
kali terakhir bermalam di hospital kerajaan
ketika melahirkan adek di Kemaman

yelah masa tu kami menetap di kemaman, terengganu
sebagai sebuah daerah kecil waktu itu
kemaman hanya ada hospital daerah sahaja
yang mana bilik bersalin pun
hanya ada 2 katil sahaja

just imagine kalau ada
lebih dari 2 org ibu nak melahirkan
mereka hanya melahirkan dari atas katil biasa
but it was 16 years back.....

so masa mira admit hari tu
mummy macam blur sikit
kena bayar rm 1 je
dlm hati...wah murahnya!

masa dlm wad kecemasan tu
mummy start macam...
eh, ni hospital ke store?

serius cakap.....
dlm bilik kecemasan tu
ada 6 katil yg mana semua pesakit
on drip.............
ruang antara katil cukup-cukup utk
sorang berdiri....
dgn kat situlah pelbagai mesin utk rawatan
tong oksigen , meja doktor, segala mak nenek

penerimaan pesakit pun agak kurang mesra
masa memula masuk
layanan kurang mesra mummy hadapi

namun setelah mummy bercakap dgn doktor
tentang condition mira 24 hours before
mummy maklumkan juga jenis ubatan
yang mira ambil serta jenis ubat yang dia alahan

layanan mereka mula berubah
tone suara dah mula mesra
dan doktor tu pun panggil mummy "puan"
kalau tak dia cakap, awak...awak...je

so after half an hour
katil ready mira di tolak ke ward
masa nak keluar bilik tu
sorang nurse tu tanya mummy
akak ni kerja medical line ke?

memula mummy blur...
lepas dia explain yg doktor bagtau diorang
yang mummy tahu banyak term perubatan
so diorang mcm ingat mummy ni doktor or nurse

hahaha....mummy cakap
saya hanya seorang ibu yang mengambil berat
tahap kesihatan anak-anak
sebab itu saya tau apa saja nama ubat yg anak saya ambil
dengan kandungan ubat serta beratnya sekali

nurse tu macam,,,ooo err ye ke?
orang kl semua mcm tu kee?
hah? eh...mana saya tahu...
mummy cakap dlm hati...entah apa-apa la diorang ni..

so sampai kat ward
kami disambut dgn baik oleh staff mlm tu
segala pertanyaan mummy dan hubby
dijawab dgn senyuman

tapi baru mummy tahu
betapa tidak selesanya katil hospital kerajaan ni
keras , tinggi , bersesak,panas..........
baru tahu tinggi rendahnya langit....

selama ni kalau kena masuk hospital
kalau tak ampang puteri ke gleneagles
paling tidak pergi damai hospital
sebilik sorang dgn aircond , tv bagai
dgn tilam bantal selimut yg selesa
nah sekarang......ambik kau jahhhh......!!!!!!!!!!!
merasalah,,,,,,,,

semalaman mira meresah
dgn suhu tinggi , sakit badan,,,drip tak putus,
tilam keras , bilik panas......
hahah...dan mummy pulak tidur di atas kerusi plastik putih tu
bayangkan betapa ku merana sepanjang malam itu...........




Mengejar yang tertinggal......... (part 2)............


dah macam drama bersiri la pulak ye
kita sambung cerita kat dungun tu dulu

so dinihari tu kami tidur mati
nasib baik phone daddy memang ada alarm
so sempat tidur 4 jam,
tapi subuh gajah le pagi tu
alarm bunyi tapi bangunnya tidak

bukan apa
masing-masing mengantuk sangat
ditambah langsir tutup rapat
tak sedar hari dah cerah
so subuh jam tujuh pagi le jawabnya

lepas siap semua
call mira, kata nak ambil dia
lepas tu terus gi breakfast

mummy agak terkejut tengok keadaan mira
walau bdn dah tak panas sangat
tapi kelihatan sangat letih
dlm hati berdoa jannganlah kena denggi

hati mummy tak sedap
sebabnya hari jumaat tu mira ada exam
final kn masa tu
so lepas makan terus gi klinik uitm
ambil darah and
dr kata ptg kena dtg lagi
nak monitor platelet
masa tu bacaannya 163

dah tu kami pindah ke hotel uitm
tengahari pergi lunch kat bandar dungun
masa tu mira dah tak mau makan
komplen sakit belakang
dan suhu badan meningkat

lepas makan pergi ambil darah lagi
kali ni bacaan menurun ke 148
tapi darah putih dah menurun
dr kata esok pagi sebelum exam dtg lagi
ambil darah lagi

so balik bilik
mira dalam demam still study lagi
hati mummy dah berkata
kena masuk ward nampak gaya ni
sebab tak mau makan and minum

mlm tu suhu naik mendadak
panasnya merisaukan mummy
sepanjang mlm mira resah
dah bagi ubat pun
suhu mcm on off je
mummy sentiasa basahkan kepala dan badannya

so pagi jumaat tu
mira ada paper eco
lepas breakfast bersiap nak gi klinik
kiranya nak ambil periksa kat klinik

tapi mira dah tak larat nak jalan
mummy lagi risau dah ni
so sampai klinik , ambil darah
terkejut platelet turun lagi
kali ni 145 pulak
cell darah putih dah semakin kurang
dr menasihatkan mira utk drop paper
dia bagi mc dgn pesanan
ptg nanti dtg lagi check darah

kat hotel mummy keep on
paksa mira minum air and 100plus
keadaannya makin teruk
so ptg tu ambil darah lagi
bacaan terus drop 120
and white cell counter makin teruk

so dr suruh call ambulance hantar hospital
tapi mummy kata tak payah lah
biar kami yang hantar
dah kami ada kat sana kan....

so daddy terus pecut ke hospital
keadaan mira makin teruk
sampai kat ward kecemasan
daftar and tunggu kejap
terus dipanggil masuk
terus kena masuk drip
and dr kata kena admitt
bacaan pletlet masa tu turun 102


1st nite kat ward


so bermula lah
episod kami bermalam di hospital
ada banyak cerita yang mummy nak kongsi ni



drip yg ke 3 utk mlm tu



nanti kita sambung ye
mata dah ngantuk ni
nite...............................daaaaaaa....;)


mummy tinggalkan
dengan photo mira dalam kelambu
mengenang nasib...hahaha


tunjuk perasaan kena tido dalam kelambu.....

Mengejar yang tertinggal............

(Part 1)


Mak aih lamanya tak berceloteh
membebel sendiri syok sendiri
(hehehe....sendiri tulis,sendiri baca,sendiri senyum)

dekat sebulan dah bersawang blog ni
semua gara-gara kesibukan surirumah yg melampau

dan memacam perkara berlaku sebulan ni
bermula ngan mira admitted hospital dungun
sebab demam denggi
sendiri pulak demam lepas jaga orang demam
adik n baby start final exam
so nak pegang itu capai ini
akhirnya tersadailah catatan ni sendirian

tak apa kita kejar balik yang tertinggal ye
biar lambat asal selamat

so last month
mummy ingat mlm tu mlm khamis
sejak siang dah byk kali call mira
sebab dah 2/3 hari
dia mengadu demam ,sakit badan ,pening kepala

lepas tu dah 2 kali pergi dr tak juga baik
so mlm dlm lebih kurang pukul 8.00
bincang ngan hubby
mummy nak ke dungun tengok mira
plannya nak naik bas mlm tu jugak
atok ngan baby nak tumpang rumah angah dia
adek teman mummy sbb hubby tak boleh cuti

call angah bg tau
dan pujuk baby explain segala lah
tahukan si kecil ni
banyak why nya....
why must u go
why i cannot go
why abg can go
why must i stay with angah
eiiiii pening dah masa tu
baby mcm tak bagi kerjasama
dia nak ikut jugak
(budak manja yang panjang akal)


tengah dok pujuk-pujuk tu
kawan mira call
katanya badan mira panas sangat
mira getting worst
and they decided to sent her to hospital

mummy terus panic
ye lah kan sekarang ni memacam perkara berlaku
so uncle buat keputusan ambil el
mlm tu jugak lebih kkurang jam 10.00 mlm
kami ke dungun

sepanjang mlm mummy berdoa
agar tiada yg buruk berlaku
sepanjang perjalanan jugak
2/3 kali mummy call wawa and eini
kawan mira yg teman mira kat hospital
mira dihantar pihak kolej ke hospital
dimasukkan air utk turunkan suhu badan
( THANKS TO WAWA , EINI AND QAT)

kami sampai kemaman pkl 1.00 pagi
tinggalkan atok kat kemaman
then pecut ke dungun
sampai dungun lebih kurang pukul 2.00 pagi
call wawa roomate mira
katanya dah balik dr hospital
demam dah kurang
tapi besok kena check darah
nak tengok platelet reading
auntie dah risau kemunkinan denggi ni

so since mira dah kurang demamnya
kami decide cari hotel utk tidur
semua hotel penuh
aduhh......termenung kejab
then ternampak satu signboard
no tel guesthouse.....

so call aje Aina Rest House
tempat tak kisah
janji dapat lelapkan mata dgn selesa

Alhamdulilah ada bilik
rm65 je..
redah je lah....
check in dan masuk bilik
terus cam................
wallaaa......................bilik not bad
mcm standard room hotel biasa
cuma dari segi keluasan je
8' x 8' je luasnya
dgn queen bed , side table plus wardrop
pergerakan agak terhad
tambah pulak ngan extra bed utk adek
tapi diorang bagi air bed yg single size tu
oklah.....

so bagai mengantuk disorong bantal
on aircond , terus kami berempat lena dibuai mimpi





hi......

holaaaaa



lamo tak besuo.......................................

Clix