BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Episod Bermalam di Hospital.....................

Mengejar yang tertinggal

(part 3)


Maka bermula lah pengalaman
bermalam di hospital kerajaan.
secara jujurnya
kali terakhir bermalam di hospital kerajaan
ketika melahirkan adek di Kemaman

yelah masa tu kami menetap di kemaman, terengganu
sebagai sebuah daerah kecil waktu itu
kemaman hanya ada hospital daerah sahaja
yang mana bilik bersalin pun
hanya ada 2 katil sahaja

just imagine kalau ada
lebih dari 2 org ibu nak melahirkan
mereka hanya melahirkan dari atas katil biasa
but it was 16 years back.....

so masa mira admit hari tu
mummy macam blur sikit
kena bayar rm 1 je
dlm hati...wah murahnya!

masa dlm wad kecemasan tu
mummy start macam...
eh, ni hospital ke store?

serius cakap.....
dlm bilik kecemasan tu
ada 6 katil yg mana semua pesakit
on drip.............
ruang antara katil cukup-cukup utk
sorang berdiri....
dgn kat situlah pelbagai mesin utk rawatan
tong oksigen , meja doktor, segala mak nenek

penerimaan pesakit pun agak kurang mesra
masa memula masuk
layanan kurang mesra mummy hadapi

namun setelah mummy bercakap dgn doktor
tentang condition mira 24 hours before
mummy maklumkan juga jenis ubatan
yang mira ambil serta jenis ubat yang dia alahan

layanan mereka mula berubah
tone suara dah mula mesra
dan doktor tu pun panggil mummy "puan"
kalau tak dia cakap, awak...awak...je

so after half an hour
katil ready mira di tolak ke ward
masa nak keluar bilik tu
sorang nurse tu tanya mummy
akak ni kerja medical line ke?

memula mummy blur...
lepas dia explain yg doktor bagtau diorang
yang mummy tahu banyak term perubatan
so diorang mcm ingat mummy ni doktor or nurse

hahaha....mummy cakap
saya hanya seorang ibu yang mengambil berat
tahap kesihatan anak-anak
sebab itu saya tau apa saja nama ubat yg anak saya ambil
dengan kandungan ubat serta beratnya sekali

nurse tu macam,,,ooo err ye ke?
orang kl semua mcm tu kee?
hah? eh...mana saya tahu...
mummy cakap dlm hati...entah apa-apa la diorang ni..

so sampai kat ward
kami disambut dgn baik oleh staff mlm tu
segala pertanyaan mummy dan hubby
dijawab dgn senyuman

tapi baru mummy tahu
betapa tidak selesanya katil hospital kerajaan ni
keras , tinggi , bersesak,panas..........
baru tahu tinggi rendahnya langit....

selama ni kalau kena masuk hospital
kalau tak ampang puteri ke gleneagles
paling tidak pergi damai hospital
sebilik sorang dgn aircond , tv bagai
dgn tilam bantal selimut yg selesa
nah sekarang......ambik kau jahhhh......!!!!!!!!!!!
merasalah,,,,,,,,

semalaman mira meresah
dgn suhu tinggi , sakit badan,,,drip tak putus,
tilam keras , bilik panas......
hahah...dan mummy pulak tidur di atas kerusi plastik putih tu
bayangkan betapa ku merana sepanjang malam itu...........




0 comments:

Clix