BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Homestay Kg Taman Sedia

Cameron highland (part3)


jam 12.00 kami terus check in
kat homestay kg taman sedia




homestay kg taman sedia
merupakan satu-satunya
homestay perkampungan melayu di Cameron Highland




perkampungan ini dibangunkan
oleh kerajaan negeri pahang
bagi memastikan masyarakat melayu di cameron highland
mempunyai komuniti mereka sendiri
serta mampu bersaing dgn bangsa lain yg memonopoli
populasi di cameron highland




kami check in di chalet al-mashoor
di mana merupakan chalet
milikbekas ketua stesen mardi
yang kini merupakan salah seorang
pengusaha produk pertanian
yang terkenal di cameron highland.

anak-anak sangat teruja
di sini kami benar-benar apat menghayati
cara hidup penduduk kampung Cameron highland




Chalet kami di tengah-tengah ladang strawberry
bukak tingkap boleh capai buah strawberry yg berjuntaian




di tepi tingkap , di tepi dapur , di belakang rumah
memang teruja benar anak-anak
baby sampai melompat keriangan

selesai solat dzohor
apa lagi mira , adek dan baby
diketuai abang meneruskan
misi yg memang dirancang dari rumah



ye...misi mencari strawberry
untuk disaluti dengan coklat
mummy memang dah bawak
coklat bar yang memang banyak lah
memang dah plan dah
kalau beli kat atas tu
cooking chocolate yg sama
mesti lebih mahal

so selepas 10 minit
keempatnya pulang dgn
masing-masing menjinjing plastik bag
dgn tersengih kegirangan
habis di borongnya strawberry pakcik sebelah rumah tu
bukan saja buah, ambik kau!
ngan ice cream sekali



geleng kepala me ngan hubby tengok
mak aiii , anak-anak aku ni!
lepas tu masing-masing pun......
tengok lah gambar kat bawah ni
menceritakan segala-galanya...........................














next entri mummy nak cerita kegigihan sorang pendidik
menjadi salah satu pengusaha ladang strawberry
yang berjaya.........


2 comments:

Unknown said...

nak tanya ckit homstay ni dia tingal sekali dgn tuan rumah ka??terima kasih...

Unknown said...

nak tanya ckit homstay ni dia tingal sekali dengan tuan rumah ka???

Clix