BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mengejar yang tertinggal............

(Part 1)


Mak aih lamanya tak berceloteh
membebel sendiri syok sendiri
(hehehe....sendiri tulis,sendiri baca,sendiri senyum)

dekat sebulan dah bersawang blog ni
semua gara-gara kesibukan surirumah yg melampau

dan memacam perkara berlaku sebulan ni
bermula ngan mira admitted hospital dungun
sebab demam denggi
sendiri pulak demam lepas jaga orang demam
adik n baby start final exam
so nak pegang itu capai ini
akhirnya tersadailah catatan ni sendirian

tak apa kita kejar balik yang tertinggal ye
biar lambat asal selamat

so last month
mummy ingat mlm tu mlm khamis
sejak siang dah byk kali call mira
sebab dah 2/3 hari
dia mengadu demam ,sakit badan ,pening kepala

lepas tu dah 2 kali pergi dr tak juga baik
so mlm dlm lebih kurang pukul 8.00
bincang ngan hubby
mummy nak ke dungun tengok mira
plannya nak naik bas mlm tu jugak
atok ngan baby nak tumpang rumah angah dia
adek teman mummy sbb hubby tak boleh cuti

call angah bg tau
dan pujuk baby explain segala lah
tahukan si kecil ni
banyak why nya....
why must u go
why i cannot go
why abg can go
why must i stay with angah
eiiiii pening dah masa tu
baby mcm tak bagi kerjasama
dia nak ikut jugak
(budak manja yang panjang akal)


tengah dok pujuk-pujuk tu
kawan mira call
katanya badan mira panas sangat
mira getting worst
and they decided to sent her to hospital

mummy terus panic
ye lah kan sekarang ni memacam perkara berlaku
so uncle buat keputusan ambil el
mlm tu jugak lebih kkurang jam 10.00 mlm
kami ke dungun

sepanjang mlm mummy berdoa
agar tiada yg buruk berlaku
sepanjang perjalanan jugak
2/3 kali mummy call wawa and eini
kawan mira yg teman mira kat hospital
mira dihantar pihak kolej ke hospital
dimasukkan air utk turunkan suhu badan
( THANKS TO WAWA , EINI AND QAT)

kami sampai kemaman pkl 1.00 pagi
tinggalkan atok kat kemaman
then pecut ke dungun
sampai dungun lebih kurang pukul 2.00 pagi
call wawa roomate mira
katanya dah balik dr hospital
demam dah kurang
tapi besok kena check darah
nak tengok platelet reading
auntie dah risau kemunkinan denggi ni

so since mira dah kurang demamnya
kami decide cari hotel utk tidur
semua hotel penuh
aduhh......termenung kejab
then ternampak satu signboard
no tel guesthouse.....

so call aje Aina Rest House
tempat tak kisah
janji dapat lelapkan mata dgn selesa

Alhamdulilah ada bilik
rm65 je..
redah je lah....
check in dan masuk bilik
terus cam................
wallaaa......................bilik not bad
mcm standard room hotel biasa
cuma dari segi keluasan je
8' x 8' je luasnya
dgn queen bed , side table plus wardrop
pergerakan agak terhad
tambah pulak ngan extra bed utk adek
tapi diorang bagi air bed yg single size tu
oklah.....

so bagai mengantuk disorong bantal
on aircond , terus kami berempat lena dibuai mimpi





0 comments:

Clix